g PROFILEg

Kusyi Hirdan

MULA menulis cerpen dan puisi diusianya 12 tahun. Dia bermula dengan menyumbang berita pendek, sekadar peristiwa yang berlaku sekitar kampung dan pekannya, ke siaran radio kawasan utara. Kegiatan suka-suka itu akhirnya membuahkan minat yang lebih mendalam.

Cerpennya mula tersiar di Majalah Nona, Jelita, Perempuan, Citra, Wanita dan Seri Dewi & Keluarga.

Selain aktif menulis novel (untuk kanak-kanak, remaja, dewasa dan sains fiksyen) Kusyi Hirdan juga bekerjaya sebagai wartawan. Kini bertugas sebagai penulis penyumbang untuk majalah Jelita.

 

Sepanjang kerjaya di dunia kewartawanan dan penulisan, Kusyi telah dianugerahi:

·        Hadiah Kewartawanan Malaysia – Penulis Majalah Terbaik (Bahasa Melayu) 2002,

·        Singapore Tourism Award – Penulis Artikel Terbaik (Bahasa Melayu) 2005 dan

·        Pertandingan Menulis Skrip Berunsur Islam anjuran IKIM – hadiah saguhati

Pencapaian:

·        Tiga novel Kusyi Hirdan, Takdir Nor Aida, Misteri Mayat Terapung di Resort Melati dan Hafiz & The Silver dipilih oleh Perpustakaan Negara Malaysia untuk mengisi perpustakaan seluruh Malaysia.

 

Novel-novel Kusyi Hirdan: (setakat September 2008)

1.      Hafiz & The Silver (2006)

2.      Siri Kembara Hafiz 1- Dunia Baru

3.      Rantaian Cinta

4.      Siri Kembara Hafiz 2 – Rahsia Terbongkar

5.      Misteri Mayat Terapung di Resort Melati

6.      Takdir Nor Aida

7.      Siri Kembara Hafiz 3 – Janji Sahabat

8.      Bacakan Saya Satu Cerita (Himpunan 15 penulis)

9.      Umairah Dan Kuda Putih – Fiksyen kanak-kanak

10. Urana Exham – Fiksyen dewasa

11. Siri Kembara Hafiz 4 – Hafiz ke Sabah

12. Marung & 9 Perhentian

13. Menjemput Ida – Koleksi 21 cerpen

 

Akan datang :

1.      Skandal Pelangi

2.      Lelaki Yang Tidak Bersalah

 

g  Disediakan:

Jendelaku Dot Com

Emel: kusyihirdan@gmail.com