Kusyi Hirdan bekerjaya sebagai wartawan tetapi sangat aktif menulis novel sejak 2004 dan setakat ini telah menghasilkan 32 buah novel termasuk novel bersiri.
Anak kelahiran Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak kini menetap di Selangor dan bercadang untuk balik ke kampung bila tiba masanya kelak dan menikmati kehidupan desa. Anak ke 9 dari 10 adik beradik, berbintang Capricorn, gemar melancong dan mencuba resipi sebagai terapi menenangkan minda.
Tidak menyukai hiruk pikuk kota, Kusyi sentiasa terkenangkan zaman persekolahannya yang indah membuatkan ideanya sentiasa segar untuk menulis novel berkenaan remaja dan juga kanak-kanak. Bersekolah rendah di Sekolah Rendah Raja Perempuan Muzwin dan kemudian Sekolah Menengah Raja Perempuan Kelsom, intipati zaman persekolahanlah yang sering menjadi inspirasi Kusyi dalam menghasilkan novel.
Novel Kusyi melawan arus lambakan novel yang ada di pasaran kerana menekankan ciri Islamik.
“Saya berpegang pada prinsip, apa yang ditulis kita juga turut di tanya Allah di akhirat kelak jadi tentu sahaja saya tidak mahu ia sesuatu yang memudaratkan dan memberi impak negatif,” tegas Kusyi.
Kusyi Hirdan menulis pelbagai genre meliputi kanak-kanak, remaja, dewasa dan juga sains fantasi. Emel Kusyi Hirdan di
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
atau layari laman web rasminya www.jendelaku.com.
Sepanjang kerjaya di dunia kewartawanan dan penulisan, Kusyi telah dianugerahi:
· Hadiah Kewartawanan Malaysia – Penulis Majalah Terbaik (Bahasa Melayu) 2002, dan
· Singapore Tourism Award – Penulis Artikel Terbaik (Bahasa Melayu) 2005
· Pertandingan Menulis Skrip Berunsur Islam anjuran IKIM – hadiah saguhati
· Anugerah Hadiah Sastera Perdana Malaysia ke 19 - Kategori buku kanak-kanak terbaik bagi Umairah & Kuda Putih.
Pencapaian:
· Tiga novel Kusyi Hirdan, Takdir Nor Aida, Misteri Mayat Terapung di Resort Melati dan Hafiz & The Silver dipilih oleh Perpustakaan Negara Malaysia untuk mengisi seluruh perpustakaan desa di seluruh Malaysia.
Novel-novel Kusyi Hirdan (setakat Oktober 2010) : 31 buah buku:
1. Hafiz & The Silver
2. Siri Kembara Hafiz 1- Dunia Baru
3. Rantaian Cinta
4. Siri Kembara Hafiz 2 – Rahsia Terbongkar
5. Misteri Mayat Terapung di Resort Melati
6. Takdir Nor Aida
7. Siri Kembara Hafiz 3 – Janji Sahabat
8. Bacakan Saya Satu Cerita (Himpunan 16 penulis)
9. Umairah Dan Kuda Putih – Fiksyen kanak-kanak
10. Urana Exham – Fiksyen dewasa
11. Siri Kembara Hafiz 4 – Hafiz ke Sabah
12. Koleksi Cerpen – Menjemput Ida
13. Marung & 9 Perhentian
14. Mengapa Aku Jadi Pengetua?
15. Urana Exham – Satu Eterniti (Sains Fiksyen dewasa)
16. Mengapa Aku Masih Jadi Pengetua?
17. Misi Suhana – Saya Sayang Mama
18. MuazHaikal 1 - Along Hilang
19. Kembara Hafiz 5 – Selamat Hari Raya The Silver
20. Kembara Hafiz 6 – Siapa ke Guilin?
21. Penakluk Kota Unggu
22. Misi Suhana - Saya Sayang Papa
23. MuazHaikal 2– Kapten Baru
24. Galau di Hati Seri
25. Harumnya Norjannah
26. MuazHaikal 3– Gerak Kilat
27. MuazHaikal 4 – Strategi Jersi Merah
28. MuazHaikal 5 – Sayang Bola Sayang Bumi
29. Zara 1 – Misi Mustahil
30. Mengapa Aku Rela Jadi Pengetua?
31. Harga Cinta
32. Misi Suhana 3 - Saya Sayang Semua
Hadis Hari Ini
Dari Anas bin Malik r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: ”Sesungguhnya apabila orang-orang kafir mengerjakan kebajikan di dunia dia diberi upah dengan amalnya itu berupa rezeki di dunia. Sedangkan orang-orang mukmin, pahala kebajikannya disimpan Allah Taala untuknya di akhirat kelak serta diberinya rezeki di dunia berhubung dengan taatnya.” |







![]() | Hari ini | 237 |
![]() | Semalam | 321 |
![]() | Minggu ini | 1667 |
![]() | Minggu lepas | 2772 |
![]() | Bulan ini | 8704 |
![]() | Bulan Lepas | 11421 |
![]() | Keseluruhan | 131565 |
Your IP: 38.107.179.238
,
Today: Feb 23, 2012
















