Sinopsis
-
DI usia enam tahun Hafiz
tiba-tiba menjadi yatim
dan kerana itu dia
tinggal bersama datuk,
nenek dan makciknya di
Kampung Sewarna. Dahulu
di Kuala Lumpur Hafiz
biasa hidup senang
tetapi di Kampung
Sewarna kehidupannya
berubah sama sekali. Dia
perlu membiasakan diri
dengan hidup susah,
suasana kampung dan
kawan-kawan baru.
Setelah lima tahun
berlalu, Hafiz mula
menganggap Kampung
Sewarna sebagai
kampungnya sendiri. Dia
mula melupai Kuala
Lumpur kerana tidak mahu
terkenang keluarganya
yang telah tiada. Banyak
perkara baru muncul
dalam hidup anak yatim
ini. Kemunculan sepupu
kembar dan ujian yang
hampir memusnahkan
persahabatannya dengan
Amir, Izham dan Laili.
Ternyata cuti sekolah
kali ini sungguh
berbeza.