
Seri Arina seorang penyanyi cuba mengubah pandangan umum terhadap dunia hiburan kepada persepsi yang lebih baik. Sesuai sebagai imej sebagai artis bintang realiti yang bertudung, dia cuba berdakwah dengan caranya yang tersendiri. Biarpun cuba menghindari fitnah dan tohmah dunia yang penuh kepura-puraan ini, namun kealpaannya yang sedikit, menjadikan dia mangsa fitnah yang amat lelah.
Bagi Sulaiman pula, dunia politik adalah impiannya sejak kecil. Dia mengimpikan politik yang bersih dan jujur. Di masa yang sama, dia benar-benar bencikan dunia hiburan yang baginya, sesuatu yang cukup melalaikan. Namun tanpa Sulaiman sedar, dunia politik adalah lebih kotor dan cukup menjijikkan.
Baik Seri Arina mahupun Sulaiman, kedua-dua mereka tidak pernah bersua muka. Namun dalam peristiwa hitam rancangan sang durjana, mereka ditemukan. Ada rasa tidak suka antara mereka dan seringkali bersengketa. Namun tanpa sedar, titik hitam itulah membuat hati mereka berdua terpaut.
Hadis Hari Ini
Seorang lelaki bertanya: “Wahai Rasulullah sesungguhnya aku mempunyai beberapa orang kerabat, yang hubungan aku erat dengan mereka tetapi mereka memutuskannya. Aku berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berperangai buruk kepadaku, aku bersabar mengahadapi sikap mereka itu tetapi mereka menganggap sikapku itu adalah bodoh.” Kemudian baginda menjawab,” Sekiranya benar sepertimana yang engkau katakan itu maka seolah-olah engkau menyuap mereka dengan abu yang panas, sedangkan engkau sentiasa mendapat pertolongan daripada Allah Taala selama mana engkau berada di dalam kebenaran atas perkara yang demikian itu”. |







![]() | Hari ini | 237 |
![]() | Semalam | 321 |
![]() | Minggu ini | 1667 |
![]() | Minggu lepas | 2772 |
![]() | Bulan ini | 8704 |
![]() | Bulan Lepas | 11421 |
![]() | Keseluruhan | 131565 |
Your IP: 38.107.179.238
,
Today: Feb 23, 2012















