
Apakah keputusan Suhana bagi tidak melukakan kedua-dua orang tuanya? Adakah dia akan mengikut cadangan ibunya? Ataupun kekal bersama bapanya? Suhana berbelah bahagi kerana dia menyayangi kedua-duanya.Suhana terpaksa menerima hakikat dan takdir niatnya mahu menyatukan ibu bapanya tidak menjadi kenyataan. Suhana perlu memilih sama ada tinggal di Alor Gajah selepas ibunya berkahwin ataupun terus bersama Dr.Ikram di Kuala Lumpur.Kata-kata Suhana membuatkan Puan Zaida terkedu. Dia melepaskan keluhan. Dia tidak mahu meletakkan Suhana di tempat yang sukar. “Sekiranya saya tinggal dengan mama, bagaimana dengan papa?”
Hadis Hari Ini
Daripada Abu Hurairah r.a, daripada Nabi SAW bersabda maksudnya: ”Sesiapa yang melepaskan sesuatu kesusahan seorang mukmin dari kesusahan-kesusahan dunia Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan dari kesusahan hari Akhirat dan sesiapa melapangkan seorang yang berada di dalam kesempitan Allah akan melapangkan untuknya di dunia dan di akhirat dan sesiapa yang menutup keburukan saudaranya maka Allah akan menutup keburukannya di dunia dan akhirat dan Allah pasti menolong hamba-Nya selagi mana hambanya menolong saudaranya. Dan sesiapa mengikuti satu jalan untuk mencari ilmu Allah akan memudahkan untuknya jalan ke syurga. Tidak berkumpul satu kaum di dalam rumah dari rumah-rumah Allah dan saling belajar dan mengajar antara satu sama lain melainkan turunlah ketenangan atas mereka, rahmat meliputi mereka, para malaikat mengerumuni mereka dan Allah akan menyebut (nama-nama) mereka di sisi-Nya. Dan sesiapa yang kurang amalannya maka nasab (keturunannya) tidak akan dapat menyempurnakannya.” |







![]() | Hari ini | 238 |
![]() | Semalam | 321 |
![]() | Minggu ini | 1668 |
![]() | Minggu lepas | 2772 |
![]() | Bulan ini | 8705 |
![]() | Bulan Lepas | 11421 |
![]() | Keseluruhan | 131566 |
Your IP: 38.107.179.240
,
Today: Feb 23, 2012
















