Harga Cinta
Kusyi Hirdan PDF Cetak E-mail

Laluan untuk hidup bersama bukannya semudah mengucapkan 'aku cinta padamu'. Tembok hati yang mereka cipta amat kukuh sehingga tidak memungkinkan salah seorang mengintai di sebalik tembok yang satu lagi. Tiada siapa yang bisa mengoyak takdir jika itu yang telah tersurat untuk diri masing-masing…..Tekanan demi tekanan yang diterimanya memaksa Aida menjauhi keluarga angkatnya demi membina hidup yang belum pasti. Beriltizam membina hidup yang dilimpahi sejalur pelangi, dia ditemukan dengan seorang lelaki yang begitu mendambakan kasihnya. Namun baginya dia hanya akan membina mahligai impian setelah berjumpa dengan lelaki yang mempunyai semua sifat dan perlakuan seperti abang angkatnya tanpa menyedari sebenarnya mereka sama-sama saling menyimpan perasaan antara satu sama lain.Melayari hidup sebagai anak kesayangan keluarga, tak selalunya ditemani keindahan. Ada ketikanya igauan ngeri menjadi santapan mimpi. Mendapat tahu diri adalah anak angkat, sesuatu yang tidak dapat dibayangkan. Apatah lagi diri dipaksa menerima abang angkat yang telah dianggap sebagai abang sendiri untuk menjadi suami. Diri terbelenggu dengan budi, hati pula terhimpit dengan impian membina hidup sendiri.

Novel Kusyi Hirdan Terkini

Tarikh Hari Ini

Hadis Hari Ini

Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: " Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik ialah orang tua Muslim, orang yang berilmu dan imam yang adil."

Statistik Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini49
mod_vvisit_counterSemalam364
mod_vvisit_counterMinggu ini745
mod_vvisit_counterMinggu lepas1440
mod_vvisit_counterBulan ini6117
mod_vvisit_counterBulan Lepas7882
mod_vvisit_counterKeseluruhan688563

We have: 18 guests online
Your IP: 54.166.136.90
 , 
Today: Jul 25, 2017

Masa Itu Emas..