Novel
Harumnya Norjannah
Kusyi Hirdan PDF Cetak E-mail

Kekalkah iman Puvaness dalam mengharungi cabaran dari orang terdekatnya?Hati ibu yang paling dijaganya tetapi dia sudah tekad berhijrah segala-galanya.Pertolongan sahabat lama membuah kembali putik minatnya. Namun cabaran untuk memeluk agama suci bukan kecil-kecilan.

Puvanes sudah lama mengenali Islam tetapi hajatnya tertangguh kerana berkahwin aturan keluarga. Nasib malang menimpanya membuatkan dia menjadi janda anak dua dan terpaksa pulang menumpang ibu.

 
Sayang Bola Sayang Bumi
Kusyi Hirdan 15 Januari 2011 PDF Cetak E-mail

Ramai di antara pemain bola sepak Sekolah Seri Budiman mengikuti program cuti sekolah dan kempen alam sekitar di tempat mereka tinggal. Adakah Muaz&Haikal turut serta dalam program itu?

Bagaimana pula kempen alam sekitar? Adakah Muaz, Haikal dan kawan-kawannya ikut serta berkempen bersama Amalina dan persatuan penduduk tempat mereka tinggal?

 
Harga Cinta
Kusyi Hirdan PDF Cetak E-mail

Laluan untuk hidup bersama bukannya semudah mengucapkan 'aku cinta padamu'. Tembok hati yang mereka cipta amat kukuh sehingga tidak memungkinkan salah seorang mengintai di sebalik tembok yang satu lagi. Tiada siapa yang bisa mengoyak takdir jika itu yang telah tersurat untuk diri masing-masing…..Tekanan demi tekanan yang diterimanya memaksa Aida menjauhi keluarga angkatnya demi membina hidup yang belum pasti. Beriltizam membina hidup yang dilimpahi sejalur pelangi, dia ditemukan dengan seorang lelaki yang begitu mendambakan kasihnya. Namun baginya dia hanya akan membina mahligai impian setelah berjumpa dengan lelaki yang mempunyai semua sifat dan perlakuan seperti abang angkatnya tanpa menyedari sebenarnya mereka sama-sama saling menyimpan perasaan antara satu sama lain.Melayari hidup sebagai anak kesayangan keluarga, tak selalunya ditemani keindahan. Ada ketikanya igauan ngeri menjadi santapan mimpi. Mendapat tahu diri adalah anak angkat, sesuatu yang tidak dapat dibayangkan. Apatah lagi diri dipaksa menerima abang angkat yang telah dianggap sebagai abang sendiri untuk menjadi suami. Diri terbelenggu dengan budi, hati pula terhimpit dengan impian membina hidup sendiri.

 
Urana Exham
Kusyi Hirdan 17 Januari 2011 PDF Cetak E-mail

 

Sinopsis - Tahun 4050. Dunia Oshab bergolak. Tiga bangsa majoriti berebut kuasa. Bangsa-bangsa minoriti menjadi mangsa. Pemimpin yang didorong dendam dan tamak haloba, dengan bala tentera separuh robot separuh manusia, bersengketa sesama mereka. Exham, cucu pemimpin bangsa majoriti Super, dan Suryan M, abang pemimpin bangsa majoriti Madawi, berpaling tadah dan bersatu. Mereka membentuk persatuan pemberontak Medex, kumpulan yang beroperasi secara haram demi menghapuskan kezaliman di Dunia Oshab. Urana, gadis dari kaum minoriti Songkok, menyertai Medex. Di situ Urana bertemu Exham. Pertemuan itu sungguh bererti, namun pertemuan itu jugalah yang mencetus tragedi....

 
Zara Misi Mustahil
Kusyi Hirdan PDF Cetak E-mail

Pada masa yang sama dia perlu bekerjasama dengan Normawar. Adakah misinya berjaya?Dalam misinya kali ini, Zara bersekongkol dengan Mak Cik Rohana, pekerja kantin bagi menjodohkan Ali dan Izaz. Tetapi dia perlu berlawan dengan Normawar yang mahu menjadikan Izaz sebagai ibu tirinya.Selepas tamat SPM, Zara meminta kerja sementara di Kolej Elita. Izaz, Pengetua Kolej Elita memberi jawatan penjaga kafe siber. Semua kawannya mahu ke luar negara mengambil short course tetapi Zara tidak mahu pergi ke luar negara dan mahu kekal di Kolej Elita.Mengisahkan berkenaan watak Zara Tan Sri Zamanis yang berusia sembilan belas tahun. Pelajar yang pandai, lasak, berani dan sedikit tomboy. Dia tidak pernah mengambil PMR kerana malas dan mengulang pada tahun berikutnya. Ini membuatkan usia Zara ketika mengambil SPM pada usia sembilan belas tahun. Zara pernah digelar samseng kerana hidupnya terlalu sosial.

 
<< Mula < Sblm 1 2 Seterusnya > Tamat >>
Page 1 of 2

Novel Kusyi Hirdan Terkini

Hadis Hari Ini

Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnya ada bagi Allah beberapa Malaikat yang berjalan di merata-rata bumi untuk menyampaikan salam kepadaku dari sesiapa di antara umatku yang memberi salam kepadaku, sekalipun jauh negeri orang itu dan tempat tinggalnya.

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini236
mod_vvisit_counterSemalam321
mod_vvisit_counterMinggu ini1666
mod_vvisit_counterMinggu lepas2772
mod_vvisit_counterBulan ini8703
mod_vvisit_counterBulan Lepas11421
mod_vvisit_counterKeseluruhan131564

We have: 3 guests online
Your IP: 38.107.179.237
 , 
Today: Feb 23, 2012