Latarbelakang Jurugambar

Home

Ke rumah jurugambar

Galeri

Hubungi kami

SAYA, Zulkeflee Haron, anak Melaka yang dibesarkan di Tampin, Negeri Sembilan tetapi melencung menjadi penyokong setia pasukan bolasepak merah kuning, Selangor.

Saya mula berjinak - jinak dengan kamera pada tahun 1999. Masih ingat lagi, ketika itu langsung tidak mempunyai walau kamera kotak sekalipun ('compact'). Nak pergi ambil gambar artis pun kena pinjam pada kawan.

Bayangkan nak ambil gambar artis guna kamera kotak, masa itu gambar tetap jadi tapi hasilnya tak secantik kamera SLR yang diguna jurugambar profesional. Apa nak buat itu saja yang ada. Kalau tak silap masa tu saya pergi majlis malam gala Nutrimetic, kena ambil gambar Amy Mastura dan Aznil.

Itulah hari yang mula memberi perubahan besar dalam hidup saya. Saya 'ter' berminat pula dengan kamera. Tanpa pengetahuan isteri, mula kumpul duit beli kamera SLR.

Biasalah, masa tu orang panggil gila stering, macam orang yang baru dapat lesen memandu. Kamera sentiasa ada di tangan, apa saja di depan mata mesti, saya ambil dengan kamera baru tu.

Namun walaupun dah ada kamera SLR tapi rasa masih ada kekurangannya iaitu pelajaran asas mengenai kamera dan fotografi. Akhirnya bermula satu lagi fasa saya dalam bidang kerjaya JURUGAMBAR. Dalam proses tersebut saya mengambil kursus demi kursus bagi mencantikkan hasil gambar selain itu berusaha menambah pengalaman seboleh mungkin. Pengalaman yang saya lalui sepanjang tempoh pembelajaran memang cukup berharga. Tanpanya tidak mungkin saya sampai ke tahap ini.

Saya dapat merasa menggunakan filem. slaid dan sekarang era digital. Sesuatu perkara yang kita belajar mesti kita amalkan supaya tidak lupa. Pengalaman saya dari majlis orang biasa hingga ke majlis menteri-menteri dan VVIP, Sultan serta Agong, semuanya sudah saya tempuhi.

Jenis-jenisnya juga pelbagai, dari gambar artis, pelancaran produk, persembahan konsert dan teater, acara sukan, sehinggalah ke majlis perkawinan orang biasa, artis dan VIP. Pendek kata luas juga pengalaman yang saya dapat kutip untuk tempoh 7 tahun.

Dan sekarang saya jadikan bidang fotografi ini sebagai kerjaya yang kedua.