Halaman UtamaCoverProdukKaunselingAgamaAkhmar

New Page 2 please!

Sombong? ??

Sekadar cerita...

JUMAAT, Sabtu dan Ahad saya akan berkursus ke Perak jadi cepat-cepat  menyiapkan ruang ini. Rabu lagi saya sudah menyerahkannya pada pihak admin walau sepatutnya setiap Jumaat.

Banyak cerita yang hendak saya kongsi, satunya republish tentang bapa saudara - Kuis, kedua, tentang Jay yang putus cinta - cinta terlarang sesama jenis. Ketiga tentang nasib Ijah yang terpaksa mengikut adat walau tidak mampu, agak sedih cerita majlis perkahwinannya. Ada kisah keempat tapi entah kenapa saya blur sekejap, tak dapat nak ingat semuanya.

Keadaan ini mungkin kerana tekanan kerja yang sangat banyak. Baik saya atau pun Zul. Sebab itu saya tidak dapat bersungguh-sungguh membantu di booth PTS, hanya sekali sekala dapat pergi. Sebenarnya saya mahu pergi setiap hari tapi itulah, masa tidak mengizinkan.

Hinggakan tidak mampu menolong Miss J, yang meminta saya menguruskan hal Internet dan LHDN online, untuk seorang lagi kakak saya. Saya katakan, saya dalam stress sekarang dan tidak berdaya untuk input perkara-perkara lain yang berkaitan dengan stress juga. Semua orang tahu betapa stressnya mengisi borang LHDN (hehehe). Inilah akibatnya kalau kita buat semua perkara di saat-saat akhir. Ia akan melibatkan banyak pihak dan memberi tekanan sama rata.

Nasib baik Miss J faham.

Eloklah saya bercerita perkara ini. Dan sekiranya 'orang itu' membacanya (saya tahu dia membacanya), saya harap dia akan dapat idea sedikit sebanyak tentang apa yang berlaku.

Tentang diri saya ni, saya memang suka berkawan dan berkenalan. Dan selalu saya tegaskan, saya tidak kisah untuk senyum dulu, tegur dulu dan memulakan dulu persahabatan itu. Bagi saya, menjalin silaturahim ni ada pahalanya. Mungkin ada sedikit (sangat sedikit) latar belakang PR, sebaik tangan dihulur, saya terus menyatakan nama.

Saya akan buat sekali, dua kali dan mungkin sampai tiga kali.

Namun harap maaf kerana kali keempat, saya tidak akan buat lagi. Jika saya lihat keadaannya seperti one way, dan hanya saya yang beria-ia hendak menjalinkan persahabatan, kali ke empat itu saya mungkin menutup terus pintu hati, and sorry to say, kadang-kadang tu tertutup selama-lamanya. Tambah-tambah lagi pada pihak yang suka mengena dan ambil kesempatan.

Oh ya, di pesta buku saya jumpa pelbagai jenis orang. Kami saling berbincang, berkongsi cerita dan bertukar-tukar pendapat. Saling tanya macam-macam, itu dan ini. Bagi yang tiada buku (produk) akan tanyakan pengalaman orang yang sudah ada buku. Bagi yang ada sebuah buku, akan mendapatkan pengalaman pula pada yang ada banyak, banyak, banyak buku. Begitulah paternnya lebih kurang. Suatu patern yang sihat.

 

 

Rasanya elok juga kita berkenal-kenalan dan saling bantu membantu begini. Namun apabila anda sudah tanya macam-macam pada orang, bersedialah jika orang itu juga akan bertanya balik pada anda. Janganlah jawab 'Adalah...' saja. Macam hendak sorok-sorok dan tidak berminat bercerita tentang diri sendiri dan cepat-cepat larikan diri. Pulakk!

Tak baguslah begitu. Awak dah korek sejarah hidup orang, dapat name card orang maka setidaknya-tidaknya, bersopan sedikitlah dengan mengenalkan nama... At least, tolonglah kenalkan diri.

Kes 1

Mungkin anda pun pernah kena begini. Orang yang kita anggap kawan, sebenarnya bukan kawan. Kepada kawan, kita rasa bertanggungjawab untuk saling membantu. Sedapat tidak, jika berkemampuan, kita akan turun padang membantunya. Namun rupa-rupanya hanya kita yang beranggapan begitu.

Di pihak dia, mungkin menganggap saya sebagai orang yang berguna.

Baru-baru ini, saya betul-betul dalam tekanan dan mengharapkan bantuan (bukan langsung kewangan ya, hanya sedikit informasi yang saya tahu dia ada sebab itu antara tugasannya). Saya siap memberitahu, betul-betul mengharapkan pertolongannya. Help! kata saya. Maknanya - Urgentlah. Apa balasnya? Kosong. Langsung tiada. Langsung tidak berminat untuk beri pendapat atau setidaknya, beri alasan yang munasabah. Malam itu saya sedih sangat. Sedih memikirkan nasib...

Alhamdulillah, seorang sahabat yang bertahun tidak berhubung, Azizan Aziz yang membantu. Siap tolong buatkan appointment lagi dengan Dr Razali. (thanks doktor) Jika Azizan membaca posting ini, saya mengucapkan rasa terima kasih yang tidak terhingga. Hanya Allah yang membalas jasa anda. Azizan ni tak ada blog, kalau ada boleh juga saya link kan di sini. (Saya tahu Azizan akan kata 'Apa raa kau!')

Kes 2

Setiap kali berjumpa M, dia akan tunjuk muka moodynya. Saya perhatikan, selagi orang tidak menegur, dia akan terus mengkayukan diri. Sekali dua tiga kali berjumpa, mungkin kita rasa dia pemalu. Empat lima enam kali, mula nampak belangnya. Rupa-rupanya dia ada ego sendiri. 'Hendak berkawan dengan aku, kalau standard tu tak tinggi, pandai-pandailah menegur.'

'Itu sombong maknanya. Buat apa nak layan orang sombong!' Kata Zul.

Betul juga. Sebab sudah kali ke 8 dia masih berperangai sama, baru-baru ini kami berselisih bahu, saya langsung tidak menegurnya. Buat apa, seriklah. Sebab kalau kena anginnya tidak baik, dia buat tak dengar dan tarik muka. Kita juga yang malu.

Kita ni, walau angin puting beliung sedang melanda, seboleh mungkin, hendak menjaga hati kawan.

Saya rasa dia terkejut. Selalu saya senyum dan menegurnya, kali ini saya buat-buat tak tahu. Yalah, kita ni lagi tua usianya dari dia, hati tu sensitif jugalah.

Lalu selepas itu, dengan tidak disangka-sangka, dia menghampiri saya."Haiii, langsung tak menegur orang!" Katanya dengan nada marah.

Hmmm... Macam kesalahan besar pula walhal itu yang selalu dia buat pada orang lain. Tahu pula dia menegur sikap orang.

Saya sekadar senyum dan cepat-cepat menyibukkan diri dengan perkara lain, kemudiannya berlalu ke tempat lain. Dari sakit hati dan bengang, lebih baik saya tidak melayannya.

Lebih baik saya tengok kartun Detektif Conan, lagi best..