Galau di Hati Seri...
|
Sekadar bercerita. Pertama kali saya bertemu dengan penulis tersohor Norhayati Berahim ialah pada Pesta buku 2009 tahun lalu. Saya yang sedang bertatih sebagai penulis baru menghulurkan tangan perkenalan, memperkenalkan diri pada Puan Norhayati. Waktu itu Norhayati dikerumuni peminatnya yang saya pasti tegar membaca serta menjadi pengikut setianya. Lama juga saya menunggu sebelum dapat meningkah. Sebenarnya, selain hendak berkenalan dengan Norhayati, saya berharap juga sahabat saya Lily Haslina Nasir ada di situ. Ini supaya Lily boleh memperkenalkan kami. Namun tiada rezeki saya bertemu Lily hari itu tetapi pertemuan dan silaturahim terjalin juga antara saya dan Norhayati. Walau singkat tetapi penuh bermakna. Saya sempat bertanya dan dijawab dengan penuh positif oleh Norhayati yang kemudiannya saya panggil sebagai Kak Yati.
Ini buah tangan terkini Kak Yati. Mesti kena baca ni...
Beberapa bulan selepas itu baru saya mempunyai kelapangan untuk menyerahkan manuskrip kepada NB Kara Sdn Bhd, syarikat Kak Yati sendiri. Saya berkenalan pula dengan Pengurus Bukunya, Su. Seronok dapat melepas-lepas cakap Perak kerana Su senegeri dengan saya. Hari berganti minggu, minggu berganti bulan. Saya setia dan sabar menunggu. Kebanyakan urusan dilakukan oleh pengurus merangkap suami dan kekasih hati saya, Zul kerana tahun 2009 saya agak sibuk dengan tugasan luar. Ish ish, asyik ke sana ke mari saja kata mak mentua saya. Tetapi saya dan Su sering 'bergmail-gmail' dan perkembangan terkini tetap saya tahu. Tik tok tik tok, hampir sepuluh bulan selepas itu, lahirlah jeng jeng jeng..... GALAU DI HATI SERI.
Inilah muka depannya (cover). Green and pink. Gambaran tentang seorang gadis yang berani. Berani dan berprinsip jitu. Begitulah cerita dan langkah lalu seorang gadis bernama Seri Arina.
Alhamdulillah, mulai Februari 2010, Galau Di Hati Seri menjengah pasaran. Sekiranya ada yang berminat hendak membelinya, beli terus dari kami untuk mendapatkan diskaun hebat hanya RM18.00 termasuk penghantaran. Sila emel ke kusyihirdan@gmail.com. Sinopsis
----SUDAH TERBIT -
FEBRUARI 2010---- Jumpa lagi. 8 Februari 2010
|

Sinopsis:
Zaman ini zaman pasca-apokalips.
Haiwan dan hutan telah lama hilang dari mata manusia. Tiada siapa tahu cerita sebenarnya kenapa harta berharga bumi lenyap begitu sahaja.
Zaman ini zaman gagasan.
Zaman di mana Amar memerintah kota, zaman di mana masa depan adalah sebuah fantasi.
Namun Kota Unggu berdiri menyimpan rahsia silam. Rahsia yang terbongkar tatkala bencana alam yang tidak dapat dielakkan. Kota Unggu menyaksikan pertelagahan manusia yang menghuninya. Rahsia itu memecah segala harmoni. Tapi wujudkah harmoni atau ia sekadar artifisial yang dicipta saintis masa lampau?
Sebuah novel fantasi masa depan yang mesti dibaca.
Terbitan: PTS Fortuna
Harga: RM14 / RM16 (Sabah & Sarawak)
