Orang baru dan kursus penulisan
Assalamualaikum
Sekadar bercerita
Pada 19 Jun yang lepas, merupakan harijadi anak buah saya - si kembar Nawwar dan Farhana. Bulan Jun bukan saja birthday mereka tetapi tiga lagi anak saudara Nazirah, Kuna dan Nadrah. Tiba-tiba, dari lima orang menjadi enam pula?
Ha, alkisahnya pada 19 Jun lalu,
lahir seorang lagi anak saudara saya. Bahiyah
bersalinkan Puteri Sayyidah Nafisah
bt
Khairul Anwar melalui pembedahan. Aduh, tak
sabar-sabar rasanya nak mencium anak Bahiyah tetapi
terpaksa bersabar kerana terikat dengan kerja. Esoknya
baru dapat pergi ke Seremban 2.
Tengok gambar sebelah, baru dua hari
dia sudah pandai menengok orang, terbuka matanya
merenung kita. Eee... geramnya. Kak Kusyi cubit pipi dia
perlahan-lahan saja, belum boleh kuat lagi... hehene...
Nantilah dah besar sikit.

Sekarang Nafisahlah jadi tumpuan keluarga kami sebab dia baby yang terbaru. Semua orang tak sabar-sabar nak menunggu kelahirannya maklum Bahiyah tu adik Kak Kusyi yang bongsu kan. Ini pula gambar Bahiyah baru belajar-belajar dukung anak sendiri, masih kekok lagi tapi ada tanda-tanda untuk menjadi terror.
Hari Ahad sepatutnya saya kerja, alih-alih sesuatu terjadi membuatkan ia ditunda. Bermakna saya free dan Zul sudah merancang kami mengganti rehat yang sepatutnya dibuat pada minggu lepas. Rehat itu selalunya diisi dengan acara mengemas rumah, membasuh kain, memasak dan membasuh bilik air bagi pihak saya manakala Zul akan memperbaiki speaker seperti selalu. Hik Hik. Bila lagi nak mengemas rumah, minggu depan saya dah sibuk semula kan.
Saya teringat pada Wan Zayu, bakal penulis yang beberapa hari sebelumnya menghubungi saya untuk bertanya tentang kursus penulisan. Belek punya belek, saya tahu sehingga pertengahan Julai belum punya masa terluang untuk bertemu Wan Zayu. Kursus anjuran pihak lain adalah dan ia selalunya tertutup. Saya beritahu Zul, Ahad ini mahu mengadakan kursus. Zul agak risau kerana dia tahu kepenatan saya tetapi itulah, kesian pula pada orang yang mengharap. Maka saya cuba bertanya Siti Zarina, Farid dan Kak Shidah, kot mereka mahu join. Siti dan Farid tak dapat tetapi Kak Shidah mahu turut serta.
Saya cuba mengajak wakil PTS Asyura dan Firdaus untuk join sekali. (Alif dan Rafiza sudah pernah turut serta). Alhamdulillah mereka lapang.
Maka, berjalan lancar juga kursus kami. Kak Shidah sudah ada novel yang siap, Mas baru hendak bermula dan mencari arah, Wan Zayu pula sudah 20 % isi manuskripnya. Asahan bakat dan kerajinan Insya-Allah menjadikan impian sebagai nyata.
Saya harap segalanya membuahkan hasil yang positif. Saya suka dengan semangat semua yang hadir. Kami semua saling berkongsi ilmu dan pengetahuan. Lorongan nampaknya sudah ada. Teruskan usaha...

Dari kiri Mas, Syura, Kak Shidah, Kusyi, Firdaus dan Wan Zayu.
Novel baru Kusyi Hirdan
MISI SUHANA 1 - Saya Sayang Mama

Ceritanya tentang Suhana, budak yang tinggi lampai, dia ada misi, misi mahu menyatukan mama dan papanya kembali. Namun mama berpindah ke Melaka, papa pula pindah ke rumah nenek. Bagaimana Suhana mahu melaksanakan misinya. Kawan-kawannya tidak menyokong sangat kerana ibu bapa mereka pun becerai juga. Suhana mahu keadaan seperti dahulu. Seperti Farah masih ada. Berulang-alik KL-Melaka, Suhana mahu misinya berjaya
PTS One Sdn Bhd
RM 14.50 / RM 16.50 (Sabah & Sarawak), 983-3654-88-6,
978-983-3654-88-8, Tarikh Terbit: 12 June 2009
21 Jun 2009
Dapatkan
koleksi 21 cerpen,
Menjemput Ida di pasaran.
Boleh tempah terus daripada kami dengan cara ini http://www.jendelaku.com/pcp.htm
Harga Promosi sehingga Disember 08. Beli secara online akan berserta tandatangan penulis.
