Mari sertai kuiz!
Assalamualaikum
Novel 'Mengapa Aku Jadi Pengetua?' sudah di pasaran dan saya gembira kerana sejak seminggu yang lepas, mula mendapat maklum balas dari pembaca. Mereka juga turut serta dalam kuiz yang kami anjurkan. Promo tentang kuiz ini ada diletak di mukasurat terakhir novel ''Mengapa Aku Jadi Pengetua?'
Pihak Jendelaku Dot Com menyediakan 20 hadiah menarik (klik sini pun boleh untuk info lanjut). Ada T-Shirt 'Mengapa Aku Jadi Pengetua?', buku nota comel dan juga novel percuma untuk dimenangi. Kuiz ini berlangsung sehingga akhir Disember 2009. Setiap akhir bulan, 2 orang pemenang akan diumumkan di laman web ini. Hadiah akan dihantar melalui pos. Kata Zul, sekiranya sambutan menggalakkan, kami mungkin akan menambah jumlah hadiah. Mungkin menambah 10 atau 20 lagi hadiah untuk pembaca menjadikan lebih ramai lagi berpeluang untuk menang. Tengoklah dulu macam mana :)
Saya nak bercerita tentang program book talk atau MPH bookfair yang saya sertai membawa buku 'Mengapa Aku Jadi Pengetua?' pada 26 Oktober lepas di Plaza SACC, Shah Alam. Pada mulanya saya menyangka perlu mempromosi Marung & 9 Perhentian (sebab itu hanya buku nota kecil Marung yang kami sediakan, tak sempat buat yang baru) tetapi kata wakil PTS yang membantu saya, Fida dan Hani, 'Mengapa Aku Jadi Pengetua?' yang dipilih, saya mengikut saja. Tak kisahlah, mana-mana pun boleh.
Seperti biasa, saya bersiap sedia dengan segala keperluan, promo display, soalan kuiz, profile dan juga hadiah-hadiahnya.
Waktu
saya jam 1 - 2 petang dan saya sudah bersedia dengan sebarang
kemungkinan. A, orang tak ada. B, orang tak peduli, C, semua perkara di
atas. Aha...
Gambar: Suasana di hadapan dan sekeliling pentas.
Ini
gambar orang baju sedondong yang sudah diperbesarkan menggunakan kanta.
Hhmmm.... Namun saya tetap teruja kerana ini program book talk saya yang pertama di tempat itu. Tak pernah pun ke Sacc Plaza tu. Selalunya saya mengadakan book talk atas jemputan seperti di perpustakaan, kolej, maktab dan universiti serta sekolah-sekolah. Saya dan Hani berbincang untuk menyemarakkan program dan kami nampaknya mudah saja serasi. Memang kerjasama penulis dan publisher amat perlu dalam hal ini. Tidak boleh satu pihak saja... Bila saling bekerjasama, kita pun bersemangat sama, ya dak?

Gambar: antara 5 peserta yang menyertai kuiz.

Alhamdulillah, kuiz kami mendapat sambutan dan semua lima hadiah yang disediakan, berebut-rebut orang hendak mengambil bahagian. Tak sangka juga kerana tiba-tiba suasana jadi meriah. Sambutan tidaklah seperti jika adanya Mawi (ewah wah) tetapi secara humblenya, saya rasa sederhana begitu pun okey juga. Kami bercerita dan bercerita tentang 'Mengapa Aku Jadi Pengetua?' dan saya rasa, misi kami untuk memperkenalkan buku ini tercapai. Saya boleh nampak orang yang lalu lalang membuka telinga kemudian berhenti sebentar untuk mendengar, akhirnya belek-belek buku yang dipamerkan.
Selepas
program saya, penulis hebat Haji Muda, Ridzwan Bakar pula
mengambil bahagian. Saya sempat menegur dan bertanya khabar walau tidak
dapat tunggu lama kerana ada urusan lain selepas itu. Kami sempat
bergambar. Seperti tajuk bukunya Haji Muda, Ridzwan pun muda orangnya.
Setakat ini kita bercerita. Jumpa lagi.
4 November 2008
Terkini Siri ke 4 Kembara Hafiz - Hafiz ke Sabah



Dapatkan dua novel terbaru Kusyi Hirdan di pasaran sekarang!!
Urana Exham dan Umairah & Kuda Putih
Dapatkan
koleksi 21 cerpen,
Menjemput Ida di pasaran.
Boleh tempah terus daripada kami dengan cara ini http://www.jendelaku.com/pcp.htm
Harga Promosi sehingga Disember 08. Beli secara online akan berserta tandatangan penulis.
