Menjemput Ida - kompilasi 21 cerpen penuh kenangan
Rancangan
kami besar sekali untuk novel ini. Lepas satu, satu idea promosi dilontarkan.
Seronok merancang ni walau semuanya belum tentu. Tapi Zul nampaknya
berazam sekali untuk merealisasikannya. Road Tour seluruh Malaysia
katanya.
Hahaha... Wah, wah, besar sekali hajat di hati. Macam promosi Batman - The Dark Knight pulak! Road tour memerlukan bantuan penaja, siapa nak taja? Steven Spielberg? Ah, dia yahudi.
Hhhmmm.... kena cari orang Islam ni... Siapa? Perlukah jumpa PM atau TPM atau...mana-mana jutawan Malaysia?
Seorang YB mengsms saya pagi tadi. Katanya dia akan bertemu Raja Muda Perak. Saya membalas dalam gurau, memesan dia memberitahu Tuanku tentang saya. Kot-kot orang Perak mahu mengiktiraf kewujudan penulis-penulisnya. Entah kenapa saya rasa asing di negeri sendiri. Cuba banyak kali mengintai peluang-peluang berpersatuan. Emel pun pernah. Balasannya? Hambar, dingin, dialu-alu pun tidak. Ada sekali, disuruh berhubung orang sana dan orang sini. Putus talian. Lama-lama saya bosan dan bengang. Oh, saya juga pernah cuba memarket diri ke DPB bahagian utara. Diminta profile, saya hantar, diminta gambar saya hantar. Itu cerita lebih setahun lalu. Hasilnya? Belum nampak lagi....
Ops! Saya sudah berazam tidak mahu bercakap tentang cerita kecewa atau duka. Baik ingat kenangan mengheret basikal di tepi Sungai Perak. Lagi best! Saya mahu menyanyi, menyanyi diiringi petikan gitar Fikri. Nantikan!!!!
Menjemput Ida ialah novel kompilasi 21 cerpen-cerpen saya. Yang tersiar di media cetak dan juga alam siber. Sebaik selamat dicetak, saya memeluknya. Ada antara cerpen di dalamnya ditulis ketika usia saya 12 tahun... Agaknyalah, jika pihak majalah yang menyiarkan cerpen itu tahu saya ketika itu 12 tahun, mungkinkah mereka terima? Atau mereka contact Malaysian Book of Records, kot-kotlah saya penulis terrrrrmuda yang menulis ke majalah dewasa itu. Ceh, berangan menjadi-jadi nampaknya.
Memegang Menjemput Ida, kenangan lama pun datang. Saya teringat perjalanan pulang dari sekolah di waktu petang, menyusuri sungai Perak yang cukup indah. Saya suka pulang lewat dan berkurung di perpustakaan kerana mahu membaca buku-buku klasik Inggeris yang banyak di situ. Lagi lusuh cover buku, lagi saya suka. Sekarang saya tak punya banyak masa untuk membaca, asyik menulissss saja.
Menjemput Ida juga mengimbau ingatan pada kawan-kawan, persahabatan, kebencian dan hati yang terluka. Ia umpama diari perjalanan hidup saya. Dari zaman kanak-kanak, dewasa dan sekarang - tua. Uichhh.
Saya perlu kembali menulis cerpen supaya nanti ada kompilasi yang kedua. Insya-Allah.
Dapatkan Menjemput Ida di pasaran. Boleh tempah terus daripada kami dengan cara ini http://www.jendelaku.com/pcp.htm . Harga Promosi. Beli secara online akan berserta tandatangan penulis.



14 Ogos 2008
Terkini Siri ke 4 Kembara Hafiz - Hafiz ke Sabah



Dapatkan dua novel terbaru Kusyi Hirdan di pasaran sekarang!! Urana Exham dan Umairah & Kuda Putih

