Betulkah ni???
Kusyi Hirdan 26 Februari 2012 PDF Cetak E-mail

Assalamualaikum

Sekadar cerita....

Tajuk posting ini, betulkah ni? adalah kena mengena dengan apa yang saya rasa waktu itu. Itulah yang membuatkan hati saya berkata-kata. Betulkah ini?

Saya mendapat jemputan untuk membuat ceramah penulisan dan kerjaya pada Sabtu lepas kepada pelajar-pelajar Sekolah Menengah Agama Al-Falah, Melaka. Ia sempena minggu perkhemahan bahasa Malaysia yang pihak sekolah anjurkan.

Dan pelajar sekolah ini semuanya lelaki!

Ini adalah pengalaman pertama saya berceramah pada peserta yang semuanya lelaki serama lebih kurang 150 orang. Baik saya dan Zul memang teruja dengan perkembangan baru ini tetapi kami juga risau.

Kerana risau kami meminta kerjasama dari pihak guru untuk meminta 3 orang pelajar membuat ulasan buku saya sebelum majlis bermula. Ini sebagai warm up sahaja. Saya mahu memastikan tahap dunia pembacaan mereka.

Mengejutkan, mereka bersungguh-sungguh dan kesungguhan itu membuatkan saya terharu. Saya tahu permintaan saya agak baru bagi mereka semua.

Segalanya berjalan dengan baik. Tiga orang pelajar mereview dua siri Kembara Hafiz dan Takdir Nor Aida.

Respon dari semua membuatkan sempua pihak seronok. Kami berinteraksi dengan baik antara satu sama lain. Apabila tiba acara soal jawab dengan penulis, adik adik Al Falah tidak segan-segan bertanya dengan pelbagai soalan yang menarik.

Saya berharap adik-adik dari Al Falah suatu hari nanti akan menjadi penulis yang baik walaupun mempunyai kerjaya yang lain. Penulisan adalah sesuatu yang mencabar dan menarik walau ia adalah kerjaya kita ataupun sekadar hobi.

Di bawah ini saya kongsi gambar-gambar bersama adik-adik Al Falah yang sporting belaka semuanya.

Saya diberitahu, mereka semua kepenatan dengan program yang dianjurkan. Namun, semuanya masih bersemangat walau waktu intai-intai ke belakang ada yang tertidur hehehe...

Adik ini review novel Kembara Hafiz-Hafiz ke Sabah.

Adik ini pula review buku Selamat Hari Raya The Silver dari siri Kembara Hafiz juga.

Ha, adik ini review novel Takdir Nor Aida. Novel ini sudah pun ada novel penamatnya iaitu HARGA CINTA ya, dik.

Ini ketika sesi soal jawab pula.

Memang seronok kerana soalannya pelbagai. Kak Kusyi cuba menjawab sebaik mungkin. Semoga kita dapat berjumpa lagi.

 

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

 

*** Jumaat lepas 24 Februari, datuk kepada Zul telah kembali ke rahmahtullah di usianya 90 tahun. Dua tahun sebelumnya, isterinya iaitu nenek Zul telah pergi terlebih dahulu. Semoga Allah mencucuri rahmat ke pada roh Othman bin Mohd Ali. Al-fatihah.

 

 

Comments  

 
#2 -Kusyi Hirdan 2012-03-01 12:51
Terima kasih en abu!
Quote
 
 
#1 abuzarin 2012-02-27 16:51
alfatihah..
Quote
 

Add comment


Novel Kusyi Hirdan Terkini

Hadis Hari Ini

Dari Abdullah, katanya: ”Bersabda Rasulullah s.a.w. kepada kami: ”Tidakkah kamu gembira bahawa seperempat dari penghuni syurga itu dari kamu?” Kata Abdullah kami pun segera mohon ditambah. Kemudian berkata pula beliau: ”Tidakkah kamu gembira bahawa sepertiga penghuni syurga itu dari kamu?” kata Abdullah, kami pun mohon diperbanyakkan lagi. Akhirnya Rasulullah s.a.w. berkata: ”Sesungguhnya saya mengharap bahawa seperdua) dari penghuni syurga itu dari kamu. Dan ketahuilah! Bahawa bandingan jumlah kaum Muslimin dengan kaum kafir itu, laksana sehelai bulu putih ditubuh sapi hitam atau sehelai bulu hitam di tubuh sapi putih.”

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini277
mod_vvisit_counterSemalam423
mod_vvisit_counterMinggu ini1943
mod_vvisit_counterMinggu lepas1652
mod_vvisit_counterBulan ini5361
mod_vvisit_counterBulan Lepas12937
mod_vvisit_counterKeseluruhan164741

We have: 3 guests online
Your IP: 38.107.179.238
 , 
Today: Mei 18, 2012