Kata Kusyi Hirdan 9
Kusyi Hirdan

KATA KUSYI HIRDAN

Berita duka

Assalamualaikum

Sekadar cerita...

Hari ini, 15 Jun 2017, sekitar lebih kurang jam 5 petang, Panglima Tentera Udara Jeneral Datuk Seri Affendi Buang dalam sidang media memaklumkan dua juruterbang Mejar Hasri Zahari, 31, dan Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39, terbunuh selepas terhempas di kawasan 51 kilometer dari pangkalan udara Tentera Udara Diraja Malaysia Kuantan.

Kedua-dua mayat juruterbang ditemui dalam keadaan memakai payung terjun ditemukan maut di kawasan hutan paya Chukai, Kemaman pada 2.30 petang tadi.

Pesawat telah berlepas dari Pangkalan Udara Kuantan pada jam 11 pagi dan terputus hubungan pada jam 11.30 pagi tadi.

Sejak awal lagi mendengar berita ini saya berdoa, kedua-dua juruterbang itu ditemui dalam keadaan selamat dan dapat menamatkan ibadah puasa masing-masing, berbuka puasa dan pulang ke sisi keluarga tercinta.

Namun, yang diumumkan adalah sebaliknya. Hati saya rasa sayu. Pasti keluarga kedua-duanya sangat terkejut dan bersedih. Kehilangan. Berduka.

Kedua-duanya menemui sang pencipta di bulan Ramadhan, bulan yang mulia. Sudah tertulis takdir buat mereka.

AL FATIHAH.

Jumpa lagi.

 

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

.

.