Kata Kusyi Hirdan 5
Kusyi Hirdan 26 Mei 2017 PDF Cetak E-mail

KATA KUSYI HIRDAN

2 hari sebelum Ramadhan...

 

Tadi, masa program gotong royong, penatnya tak tahu nak cakap macam mana. Maklum baru balik outstation. Nak postpone mmg tak boleh dah sebab 2 hari je lagi kita nak masuk bulan Ramadhan. Namanya program pra ramadhan... Jadi kena teruskan juga...

Saya cuba menguntum senyum, saya organiser kan, takkan nak berwajah masam. Payah juga sebab sebab kepenatan tapi saya usaha. Seboleh mungkin, doa saya, biarlah volunteer yang bantu tahu kerja2 mereka. Sebab memang tak terdaya nak lead langsung.
Bab mengangkat yang berat2 memang lelaki sorang sahaja yang ada. Zul saya. Bila volunteer perempuan kami cuba mengangkat sama, saya risau. Risau apa2 jadi kat mereka. Harap sgt ada lelaki utk buat kerja panjat memanjat, angkat berat semua tu... tapi...

Hati teringat Hanif Rosdi Abu Yazid. 'Anak' saya yang sudah balik ke Langkawi selepas habis belajar. Kalau dulu, Hanif lah saya kerah tanpa belas kasihan. Tapi dia tak pernah merungut. Dia buat semuanya sebab tahu kami perlukan pertolongan. Lagipun dia nakkan pahala.

Alhamdulillah, semuanya lancar je tadi. Walau saya nampak bebudak tu penat. Akmar, Syafiqah, Farah, Aisyah, Wani dan Naabihah. Kerja Superfrends, mana ada kerja ringan, memang sentiasa berat. Tapi mereka buat juga sampai selesai. Harap mereka tak serik... Harap sangat sangat.



Kemudian packing agihan pra Ramadhan, 300 pack semuanya, banyak tuh... Setelah penat gotong royong surau, kena pack pulak. Dalam cuaca panas terik di luarnya. Lega, angin bertiup kuat, jadi seronok sikit masa tu. Kami sembang sambil dengar lagu ramadhan dari hp saya. Nak bangkitkan mood puasa. Lagu Mahir Zainlah, lagi Tompi lah, lagu Raihan dan Ajai pun ada. Kami sembang juga tentang Aiman Tino. Saya tanya bebudak tu, lagu apa yg si Aiman Tino tu nyayi. Depa kata dia cute. Hhmm Okey....

Bila masa agihan bermula, di tepi jalan raya yg agak sibuk, berdepanan surau An Nuriah, KSB, semua bagai hilang penat. Tak sangka, laju sungguh perjalanan agihan. Zul berdiri di hadapan sekali, mula tahan kereta. Sampai ke kami, kereta dan slow down. Jadi mudah mereka nak berhenti.






Yang bestnya, volunteer kami, semua tak segan silu. Semua berdiri tepi jalan, tahan kereta, motor, lori, bas, bagi set kurma, gula, kicap dan ucap selamat berpuasa. Mereka pun teruja melihat tindak balas penerima yang teruja sama. Ada yg terlepas, siap gostan balik. Ada yang honk2 kami sambil ucap selamat berpuasa.

Kebanyakan yang kami tahan, berhenti dengan rela. Ini kali kedua kami buat program pra ramadhan ni. Last year kami hantar dari rumah ke rumah.

Saya terus teringat kenangan Street dakwah kami di Krabi Februari lepas. Waktu itu kami agihkan telekung, suasana lebih kurang macam ini. Di jalan raya yang sibuk.

Balik ke rumah tadi, masing-masing saya dan Zul, burned hari ini kerana berjemur. Saya bergurau dengan bebudak volunteer tadi, habislah saham korang dah jatuh sebab kulit putih melepak dah jadi hitam. Mereka gelak je. Alhamdulillah, bebudak ni semua tak kisah kerja susah dan berpanas terik.

Kami dari Superfrends nak ucapkan terima kasih pada semua yang menyumbang bagi menjayakan program ini. Dengan sumbangan anda, kami bukan hanya dapat buat program pra Ramadhan agihkan Kurma, gula dan kicap, kami juga dapat bergotong royong membersihkan surau tadi. Telekung, sejadah, langsir dapat didobi. Beli 2 rak baharu. Dapat jamu volunteer makan dan minum, dan juga sedekah2 yang lain.

Selamat menyambut bulan Ramadhan semua warga bumi sekalian. Terima kasih atas sokongan anda. I love you too.
Jumpa lagi.

* Kusyi Hirdan ialah penulis, wartawan dan pengasas kumpulan amal SUPERFRENDS
.
.
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
.
.

Comments  

 
#1 height exercise 2017-06-02 12:46
I am so happy to read this. This is the type of manual that needs to be given and not the accidental misinformation that's at the other blogs.
Appreciate your sharing this best doc.

My web-site; height exercise: https://lilliabrood.wordpress.com/2016/02/20/the-answer-to-leg-length-discrepancy-is-shoe-lifts/
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh

Novel Kusyi Hirdan Terkini

Tarikh Hari Ini

Hadis Hari Ini

”Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sekiranya anak Adam memiliki satu lembah daripada harta, nescaya ia mahu yang kedua dan sekiranya ia mempunyai dua lembah nescaya ia mahu yang ketiga. Tidak akan memenuhi perut anak Adam melainkan tanah dan Allah sentiasa menerima taubat orang yang bertaubat."

Statistik Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini59
mod_vvisit_counterSemalam364
mod_vvisit_counterMinggu ini755
mod_vvisit_counterMinggu lepas1440
mod_vvisit_counterBulan ini6127
mod_vvisit_counterBulan Lepas7882
mod_vvisit_counterKeseluruhan688573

We have: 28 guests online
Your IP: 54.166.136.90
 , 
Today: Jul 25, 2017

Masa Itu Emas..