Ke Teratak Rahmat lagi!
Kusyi Hirdan 05 Januari 2012 PDF Cetak E-mail

Assalamualaikum,

Sekadar cerita....

Seperti yang dirancang, pada 31hb Disember 2011, Grup Ukhwah ke Kangar, Perlis bagi menghantar wang belanja sekolah buat anak-anak Rumah Teratak Rahmat. Mereka ini anak-anak yang memerlukan dan akan memulakan persekolahan di tahun baru 2012.

Saya bergurau dengan Zul, kita akan sambut new year di Perlis.

Sebenarnya elok juga kami lari dari sambutan demi sambutan maha membazir di ibu kota yang tentu saja menelan berjuta-juta belanja. Di Perlis malam itu walau ada juga sambutan dan kami nampak bunga api berdentum ke awan dari bilik hotel malam tahun baru itu tapi sekurang-kurangnya tidaklah menyesakkan dada seperti di KL.

Saya katakan menyesak dada kerana, wang banyak yang dihabiskan untuk pesta tahun baru untuk bunga api, hiburan dan pesta-pestaan lebih wajar di beri pada insan-insan yang memerlukan dari ia habis menjadi debu dan habuk yang tidak berguna. Sekelip mata. Tidakkah rasa bersalah membazir sebegitu sekali???

Cukup cerita kisah sambutan tahun baru yang ala kafir itu saya mahu bercerita tentang kunjungan kedua kalinya Grup Ukhwah ke Teratak Rahmat.

Sebenarnya rasa tidak sangka pula kami boleh datang lagi dalam masa lebih kurang 6 bulan dari kunjungan pertama. Memang kami bertekad untuk terus berhubung dengan Teratak Rahmat dan menyambung usaha bersama mereka sehingga bila-bila. Sebabnya kami tidak mahu menjadi ‘datang-sekali-kemudian-terus-lupa’ punya gaya. Gaya sebegitu tidak patut dilakukan kerana kami tidak mementingkan kuantiti tetapi kualiti.

Buat apalah melawat berpuluh-puluh rumah kebajikan tetapi perginya hanya sekali dan silaturahim juga hanya sekali. Kualitilah yang saya dan kawan-kawan tekankan.

Sebab itu kami berkunjung sekali lagi ke Teratak Rahmat dan mungkin selepas ini ke Ummu Sofiah pula.

Memandangkan kami semua ada kerja dan tanggungjawab peribadi sendiri maka setiap trip mesti dirancang sesuai kelapangan masing-masing. Tarikh 31hb itu sesuai kerana kebetulan kami bercuti tahun baru.

Kunjungan kali ini sangat mengujakan kerana kami rasa umpama balik ke kampung sendiri bertemu dengan orang-orang yang familiar dan mesra dengan kami. Rasanya itulah kelebihan Teratak Rahmat. Para penyelianya menganggap kami sebagai kawan atau kakak dan hubungan terjalin umpama saudara.

Alhamdulillah, kali ini selain menghantar wang belanja sekolah kiriman anda semua, kami juga menganjurkan majlis ringan makan-makan bersama Teratak Rahmat. Kami menjamu KFC, bihun goreng dan kuih muih yang serba sederhana.

Seronok dapat makan bersama mereka semua.

Sumbangan kali ini berjaya kami kumpul sebanyak RM8,820. Walau pun masih kurang dari jumlah sebenar yang perlu di tanggung Teratak Rahmat tetapi kami bersyukur sekurang-kurangnya dapat meringan sedikit beban. Sehingga ke saat akhir masih ada yang mahu menyumbang sama.

Oh, dramatis Irma Hasmie juga sudi menaja jam tangan kepada semua anak-anak Teratak Rahmat. Jam yang berwarna warni itu sungguh istimewa bagi mereka. Thanks Irma! Terima kasih dari anak-anak dan juga dari Grup Ukhwah.

Kepada semua yang menderma, yang menyumbang wang belanja sekolah anak-anak Teratak Rahmat, hanya Allah yang membalas budi anda. Mari kita terus merancang aktiviti berfaedah bersama Grup Ukhwah.

Doakan kami tabah, kuat dan kalis cabaran sama ada dalaman mahu pun luaran dalam melakukan misi kecil ini ya.

Sebaik sampai Grup Ukhwah terus sibuk hidang menghidang makanan. Pihak Teratak Rahmat menyediakan bekas hidang dan juga air minuman. Seronok saling kerja sama begini kan.

Goodie gift dari Hartini dan Irma Hasmie. Simple but nice. Semoga dapat menyeronokkan anak-anak ini. Norhayati Berahim mewakili Grup Ukhwah menyampaikan sumbangan.

Wang terkumpul diserahkan kepada penasihat Teratak Rahmat, Mak Wan.

Konon-konon merasmikan perpustakaan yang diusahakan oleh sahabat kami Iskandar Syah Ismail aka Drbubbbles.

Dr Hazman membawa kami melawat perpustakaan yang masih baru beroperasi. Tahniah Is!

Ada persembahan teater dari anak-anak. Tentang balasan syurga kepada orang yang bersedekah dan berjihad kerana Allah.

Pada kunjungan pertama dahulu kami tak sempat bergambar bersama anak-anak TR. Kali ini kami cepat-cepat buat photography session sebelum makan supaya semuanya ada berkumpul.

Makan time!

Jam yang dihadiahkan oleh Irma Hasmie!

 

Selepas lebih dua jam bersama Teratak Rahmat, kami ke Balik Bukit, Chuping, untuk menziarah kawan Kak Yati yang baru meninggal dunia. Kami sebenarnya mahu menziarah arwah yang sudah lama terlantar sakit tetapi Allah sudah menetapkan pagi itu juga arwah meninggal dunia. Arwah Ayu pergi meninggalkan suami, anak dan keluarga yang sangat menyayanginya. Kami diberitahu lebih kurang sebulan sebelum itu ayah Ayu sendiri meninggal dunia.

Semoga Allah meletakkan Ayu dan bapanya di syurga Jannah. Al-Fatihah...

Jumpa lagi.

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya


Add comment


Novel Kusyi Hirdan Terkini

Hadis Hari Ini

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sifat malu itu akan menghasilkan kebaikan”.

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini237
mod_vvisit_counterSemalam321
mod_vvisit_counterMinggu ini1667
mod_vvisit_counterMinggu lepas2772
mod_vvisit_counterBulan ini8704
mod_vvisit_counterBulan Lepas11421
mod_vvisit_counterKeseluruhan131565

We have: 4 guests online
Your IP: 38.107.179.236
 , 
Today: Feb 23, 2012