Raub memujuk hati...
Kusyi Hirdan 26 Disember 2011 PDF Cetak E-mail

Assalamualaikum

Sekadar cerita,

Sekiranya segalanya berjalan dengan baik, saya mungkin tinggal beberapa hari lagi di Bentong sebelum menuju ke destinasi seterusnya. Sebenarnya destinasi seterusnya tidak perlu pun. Yang penting saya dapat menyiapkan kerja-kerja saya di Bentong. Pendek kata dapat bahanlah.

Tetapi itulah, pengalaman di Bentong membuka minda dan memberi pengalaman baru pada saya.

Walau ia manis, walau ia pahit, pengalaman tetap pengalaman. Dan ia pengajaran. Pengajaran sepatutnya mengajar kita tetapi dalam menerima pengajaran itu tidak dapat dielakkan rasa kecewa yang teramat.

Dalam tugasan saya sebagai orang media, saya mungkin agak berpengalaman dalam membaca rentak dan mengesan sesuatu yang tidak kena pada sesuatu itu. Itulah yang saya telah (teka).

Ya, saya ada update di twitter tentang kecewa dan panasnya hati berdepan dengan orang-orang kerajaan di sana.

Oh, saya bertuah kerana bertemu dengan Kak Halijah dari Jah Bakery di Bentong. Pertemuan dan artikel sedikit sebanyak menutup kekecewaan pada sebuah niat lain saya yang sangat simple. Nasib baik jumpa Kak Halijah. Itulah buah tangan istimewa saya di Bentong.

“Kenapa awak nak tulis tentang puspanita kami. Banyak lagi badan wanita yang lain?”

Begitulah lebih kurang pertanyaan dari eorang yang bijak pandai.

Soalan itu sendiri amat negative. Boleh saja saya mengulang tanya, mengapa saya tidak boleh menulis tentang puspanita anda? Tetapi waktu itu saya sudah terlalu kecewa dan malas berlawan kata. Saya sedar adanya sebuah bentuk pergolakan apabila saya disergah dengan kata-kata dari seorang yang lain, “Kenapa telefon saya, bukankah saya sudah suruh si anu jelaskan tadi. Apa dia cakap???” nada suaranya tidak langsung friendly.

CUT !!! Akhirnya saya hilang sabar dan meminta dia mendengar. Please… please listen first before you made unpolite judgement.

Cerita di sana masih panjang. Ada unsur yang sukar saya jelaskan. Dan dalam pencarian bahan ini saya dan Zul mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan.

Kami membuat perkiraan. Saya dan Zul mengambil langkah demi memikirkan kelaratan kami. Kami tidak mahu rush terus ke Kuala Lipis atau lebih jauh lagi ke Pantai Timur yang paling jauh.

“Raub?” cadang saya. “Kalau tak dapat bahan baru kita gerak ke Lipis,” saya lagi yang memberi cadangan.

Zul agak malas gayanya. Mungkin terkesan dengan pengalaman yang baru kami hadapi. Tetapi saya pujuk dia. Kami ada mission. Kami kena teruskan. Sekurang-kurangnya kami mencuba.

Gambar: Pekan Raub.

Bab semangat ini memang saya kena kuatkan diri sendiri. Jarang Zul memberi saya semangat. Dia cepat give up. Kalau ikutkan dia, dia sudah mengajak berpatah balik. Kekuatan dan keinginan yang mendorong saya untuk meneruskannya.

Sampai di Raub setelah melalui Lurah Bilut. Semuanya pertama kali. Kami pernah ke Bentong beberapa tahun lalu ketika pilihanraya Ketari tetapi belum pernah ke Raub. Inilah perjalanan kami yang pertama.

Bentong dan Raub sangat berbeza dari segi rupa. Dan paling ketara kami bertemu dengan orang-orang yang mahu membantu.

Penolong pegawai daerah Raub, Encik Kamarul contohnya bukan hanya membantu saya tentang pencarian di Raub tetapi dia berkongsi suatu maklumat ini. Maklumat tentang Bentong.

“Di Bentong yang popular ialah Roselle dan batik…”

Kenapalah kami tidak tahu info ini? Sungguh. Sedikit sekali pengetahuan tentang Bentong yang kami tahu. Apabila ditanya pada orang tempatan jawapan mereka, apa yang ada di Bentong? Tak ada apalah. Biasa saja…" kata beberapa orang yang kami temui.

Berbanding di Raub. Bertanya pada gadis muda pun mereka bangga memberitahu itu dan ini. Dari makanan yang popular hinggalah buah-buahan. Dodol gula kabung, halwa belimbing dan juga buah perah. Semuanya ini akan saya tulis di dalam artikel saya kelak.

Rasa kecewa masih berbekas kerana saya tidak dapat banyak hasil tulisan dari Bentong. Ia mungkin ada dan sama banyaknya seperti Raub cuma saya tidak mendapat pertolongan sebagaimana di Raub.

Di Raub sebaik menjejak kaki ke Pejabat Daerah, setiausaha yang saya temui (namanya Zila) sudah memainkan peranan. Dia menemukan saya pada orang-orang lain walau sebenarnya seperti di Bentong saya mahu menemui penghulu. Penghulu sedang bermesyuarat.

Di Bentong tempoh hari penghulu ke luar daerah tetapi itu bukanlah penyebab apa yang saya lalui.

Setelah Zila membuat beberapa panggilan, saya ditemukan di pejabat sama dengan Penolong Pegawai Daerah juga Chief Penolong Pegawai Daerah yang ketika itu sedang sibuk bermesyuarat tetapi tetap meluangkan masa memberi laluan pada saya.

Dan untuk mendapatkan bahan-bahan saya, mereka membantu saya dengan menyediakan jurupandu dan pemandu bagi membawa kami ke Kampung Dong.

Gambar: Di Kampung Peri. Berjumpa pembuat dodol gula kabung yang sedap.

 

Gambar: Belajar cara memasak gulai ayam asam rong dari Ustazah Teh di Kampung Batu Malim.

Beginilah pertolongan Allah yang melorongkan segala-galanya kepada kami. Hati yang kecewa terubat juga. Kenangan kembara di Raub, di Kampung Peri dan Kampung Batu Malim, suatu kembara yang cukup indah.

Jumpa lagi.

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya


JANGA LUPA BACA PROMO DI BAWAH !!!

Mari sumbang wang belanja sekolah untuk anak yatim dan asnaf

GRUP UKHWAH mengajak sahabat dan saudara mara kami untuk sama-sama membantu anak-anak yatim dan asnaf bagi mengurangkan beban di awal persekolahan 2012 akan datang ini. Begitu juga untuk tabung belanja harian persekolahan mereka. Kami mahu mengumpul RM24,000 bagi 40 orang atau lebih anak-anak di Teratak Rahmat, Perlis. Biar mereka dapat meneruskan persekolan dengan tenang dan gembira.

Jom kita menderma sekurang-kurangnya RM50 untuk tabung ini. Atau sebanyak mana yang sahabat-sahabat mampu dan ikhlas mahu membantu. Kempen sebulan ini adalah supaya kami dapat menyerahkan wang belanja sekolah ini menjelang permulaan sekolah kelak. Emel saya untuk derma supaya saya boleh memberikan nombor akaun ya

Comments  

 
#2 admin kusyi hirdan 2011-12-30 08:56
betul tu liza. smoga semuanya selamat di sarawak sana
Quote
 
 
#1 Liza Bujang 2011-12-30 05:42
Bila baca artikel ini saya teringat buku SAGA. Bila mengembara baru kita melihat pelbagai ragam manusia. Moga dipermudahkan segala urusanmu sahabat. Jaga diri dan moga sihat selalu. :)
Quote
 

Add comment


Novel Kusyi Hirdan Terkini

Hadis Hari Ini

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a: Suatu ketika Rasulullah SAW terserempak dengan seorang Ansar (lelaki) yang sedang menegur saudara lelakinya kerana ia sangat pemalu. Ketika itu juga rasulullah SAW bersabda: ”Biarlah dia kerana malu adalah sebahagian daripada iman.”

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini237
mod_vvisit_counterSemalam321
mod_vvisit_counterMinggu ini1667
mod_vvisit_counterMinggu lepas2772
mod_vvisit_counterBulan ini8704
mod_vvisit_counterBulan Lepas11421
mod_vvisit_counterKeseluruhan131565

We have: 4 guests online
Your IP: 38.107.179.237
 , 
Today: Feb 23, 2012