Berpicnic bersama kawan
Kusyi Hirdan 19 Disember 2011 PDF Cetak E-mail

Assalamualaikum

Sekadar cerita....

Buat artikel kena mengena picnic tiba-tiba rasa nak berpicnic pula. Maka sesaja mengajak kawan-kawan di twitter berpicnic bersama. Yang seronoknya kawan-kawan pun sudi menyemarakkan rancangan dengan turut serta berpicnic sama.

Kiranya rancangan diatur dalam seminggu saja. Kerana Sabtu lepas beberapa dari kami lapang maka kami bersetuju untuk potluck di Tasik Titiwangsa. Di sebuah pavilion di situ. Ya, inilah pavilion yang sama saya dan keluarga sering mengadakan majlis keluarga. Perkelahan, hari jadi dan hari ibu juga kami adakan di pavilion@wakaf yang satu ini.

Kali ini pula saya menganjurkannya bersama-sama rakan-rakan rapat dan baru. Seperti biasa, walaupun majlis dirancang 9 pagi, saya datang seawal 8 pagi untuk cop tempat sebab risau pula tempat digunakan orang lain.

Turut serta memeriahkan picnic julung-julung kalinya di sini bersama rakan-rakan ialah Mas, Anis, Tini dan emaknya, dua kawan Mas, Salina Ibrahim dan juga Khamisah. Khamisah ini patutnya tak datang sebab ada medical check up tetapi rancangan ditunda jadi dia dapatlah datang menyertai kami.

Makanan seperti biasa penuh meja. Ada nasi lemak, sandwic, mi goreng, nasi putih dan ayam masak kicap, kuih muih tak usah hairanlah memang macam-macam. Aduihhh, kami makan, sembang, makan, sembang dan seronok sekali rasanya hari itu.

Wakaf yang kami jadikan lokasi berkelah memang selesa sangat. Selain itu ada kerusi-kerusi lain berdekatan jadi kami bebas duduk di mana-mana. Pemandangan pula cantik. Selain tasik, pokok-pokok kelapa menghiasi latar belakang perkelahan kami membuatkan suasana macam dalam drama swasta pulak.

Jadi, kita kongsi gambar bersama-sama.

 

Ini antara makanannya. Selepas ini ada lagi yang datang membawa makanan.

 

Jangan tak tau, ada yang jual tudung kat tepi tasik hari itu. Heheh...

 

Polis berkuda Titiwangsa. Mereka sporting sangat dan sudi bergambar dengan kami. Kenangan yang manis sekali. Nama kuda ialah Ayu, (kiri) dan Ratu.

 

Bergambar memang acara wajib. Ini sebelum melompat. Readyyyy....

 

LOMPAT!!!!

 

Ini bergambar cara ayu pulak.

 

JANGA LUPA BACA PROMO DI BAWAH !!!

Mari sumbang wang belanja sekolah untuk anak yatim dan asnaf

GRUP UKHWAH mengajak sahabat dan saudara mara kami untuk sama-sama membantu anak-anak yatim dan asnaf bagi mengurangkan beban di awal persekolahan 2012 akan datang ini. Begitu juga untuk tabung belanja harian persekolahan mereka. Kami mahu mengumpul RM24,000 bagi 40 orang atau lebih anak-anak di Teratak Rahmat, Perlis. Biar mereka dapat meneruskan persekolan dengan tenang dan gembira.

Jom kita menderma sekurang-kurangnya RM50 untuk tabung ini. Atau sebanyak mana yang sahabat-sahabat mampu dan ikhlas mahu membantu. Kempen sebulan ini adalah supaya kami dapat menyerahkan wang belanja sekolah ini menjelang permulaan sekolah kelak. Emel saya untuk derma supaya saya boleh memberikan nombor akaun ya

Comments  

 
#2 RNQ 2011-12-21 07:51
lompattt hehe tp style veteren le
Quote
 
 
#1 Bahiyah 2011-12-20 08:26
Deme lompat juge ye :D
Quote
 

Add comment


Novel Kusyi Hirdan Terkini

Hadis Hari Ini

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sifat malu itu akan menghasilkan kebaikan”.

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini237
mod_vvisit_counterSemalam321
mod_vvisit_counterMinggu ini1667
mod_vvisit_counterMinggu lepas2772
mod_vvisit_counterBulan ini8704
mod_vvisit_counterBulan Lepas11421
mod_vvisit_counterKeseluruhan131565

We have: 4 guests online
Your IP: 38.107.179.237
 , 
Today: Feb 23, 2012