Assalamualaikum
Sekadar cerita...
Sebenarnya kan... saya tak sangka dapat menjejak kaki ke Vietnam. Kerananya, sebelum ini memang saya tak interested pun. Selalunya bila orang cerita tentang Vietnam, cerita shopping yang akan naik. Dan saya bukanlah suka sangat shopping. Membeli belah memang seronok tetapi lagi seronok dapat bercuti dengan orang tersayang kita kan.
Dan saya tak sangka dapat ke Vietnam buat pertama kalinya dengan orang tersayang saya. Saya dapat pergi dengan Zul dan tiga kakak saya. Teringat juga adik saya, Bahiyah yang sedang dalam pantang sekarang. Sekiranya dia perlu, semua adik beradik perempuan anak Raja Rehan pergi ke Vietnam nampaknya.
Tetapi kali ini cukuplah kami empat beradik. Kakak saya Ku Matun turut pergi bersama suaminya. Memang seronok kami adik beradik bercuti bersama. Mengumpulkan satu keluarga bukan mudah di zaman ini yang serba sibuk ini, apatah lagi hendak bercuti bersama. Saya pun tak sangka adik beradik saya tu hendak mengikut sama rancangan percutian saya dan Zul. Bila mereka kata hendak mengikut, kami seronok saja. Mulalah buat bajet.
Bagi Zul pula, yang sering membawa grup melancong, kali ini dia berpeluang membawa ahli keluarga sendiri dan terus ada request yang meminta di bawa sekali lagi pada tarikh yang mereka tetapkan. Jadi kami akan ke Vietnam sekali lagi dalam masa terdekat ini.
Pada kami sekeluarga memang seronok ke Vietnam kerana terlalu banyak pengalaman manis yang kami kongsi bersama. Bukan setakat shopping nya saja tetapi jalan-jalan, melihat masyarakatnya, makan-makan dan banyakkkkk lagilah.
So, saya kongsi gambar-gambar ya!
Kami baru tiba.
Orang Vietnam suka makan di meja kecil dan rendah. Tak memakan tempat yang besar dan cepat kenyang kata Miss J.
Pengalaman indah di Delta Mekong.
Kami sampan di depan. Di belakang ialah sampan Ku Matun, Miss J dan suami Ku Matun.
Seronok menyanyi dengan warga tempatan. Ehwah wahhh....
Zul memang dah merancangan nak menembak di lapang sasar. M16 lagi.
Tcu Chi Tunnel. Jangan lepaskan peluang ke sini sekiranya ke Ho Chin Minh.
Jumpa lagi.
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
JANGA LUPA BACA PROMO DI BAWAH !!!
Mari sumbang wang belanja sekolah untuk anak yatim dan asnaf
GRUP UKHWAH mengajak sahabat dan saudara mara kami untuk sama-sama membantu anak-anak yatim dan asnaf bagi mengurangkan beban di awal persekolahan 2012 akan datang ini. Begitu juga untuk tabung belanja harian persekolahan mereka. Kami mahu mengumpul RM24,000 bagi 40 orang atau lebih anak-anak di Teratak Rahmat, Perlis. Biar mereka dapat meneruskan persekolan dengan tenang dan gembira.
Jom kita menderma sekurang-kurangnya RM50 untuk tabung ini. Atau sebanyak mana yang sahabat-sahabat mampu dan ikhlas mahu membantu. Kempen sebulan ini adalah supaya kami dapat menyerahkan wang belanja sekolah ini menjelang permulaan sekolah kelak. Emel saya untuk derma supaya saya boleh memberikan nombor akaun ya
Hadis Hari Ini
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr bin al-Ash r.a: “Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Allah tidak akan mengambil kembali ilmu (agama) dengan mengambilnya dari (dalam hati) manusia, tetapi mengambilnya kembali dengan kematian para ulama hingga tidak bersisa, lalu orang ramai akan mengambil orang-orang bodoh sebagai pemimpinnya yang apabila orang-orang itu bertanya kepada mereka, mereka akan memberikan jawapan-jawapan yang tidak didasarkan kepada ilmu. Maka mereka akan berada dalam kesesatan dan menyesatkan orang lain.” |







![]() | Hari ini | 277 |
![]() | Semalam | 423 |
![]() | Minggu ini | 1943 |
![]() | Minggu lepas | 1652 |
![]() | Bulan ini | 5361 |
![]() | Bulan Lepas | 12937 |
![]() | Keseluruhan | 164741 |
Your IP: 38.107.179.239
,
Today: Mei 18, 2012

















Comments
Anyway, trip to vietnam memang worthwhile. Banyak pengalaman diraih dan kita akan faham tentang kesengsaraan yg telah dialami rakyat vietnam setelah melawat Cu Chi Tunnel dan War Remnant Museum. Selama ini kita terpengaruh dgn filem2 dari amerika yg mempamerkan seolah-olah merekalah hero, padahal mereka sebenarnya musuh yg kejam yg patut diperangi.
//
RSS feed for comments to this post