
Assalamualaikum di bulan Ramadan
Sekadar cerita....
Baru selesai KEMBARA UKHWAH KE UTARA, menziarah Rumah Anak Yatim Ummu Sofiah (Trong, Pantai Remis) dan Rumah Teratak Rahmat (Ayer Mata, Kangar).
Tahun lalu, saya berada di Guangzhou, China pada awal Ramadan hinggalah pertengahan Syawal. Saya dan Zul melalui pengalaman yang menarik di sana dan ada mencatitkan jurnalnya ala travelogue bagi dibukukan. Waktu itu, saya rasakan itulah pengalaman saya yang sungguh bermakna.
Sehinggalah saya melalui merancang dan melalui sendiri program Kembara ini bersama kawan-kawan dan manisnya, ia berlaku di bulan Ramadan juga dan kini, pengalaman inilah yang paling berbekas dan terindah di hati!
Kami berjaya! Berjaya bersatu sebagai sahabat seagama merancang program kemasyarakatan yang kami hebahkan sebagai 'program kecil' kami. Dengan kuasa Allah kami berjaya mengziarah bukan satu, malah dua rumah anak yatim pada 12 dan 13 Ogos 2011 itu. Syukur sangat.
nota: Terima kasih Iskandar @ drbubbles.blogspot.com yang banyak membantu kami dan sudi menjadi jurupandu kami dalam program ini.
Kami mensasarkan tiga perkara dalam memungut kutipan demi Kembara ini:
1) Kutipan untuk Rumah Ummu Sofiah, baju raya, duit raya, kuih raya (untuk anak-anak dan kakitangan) serta sumbangan menyeluruh untuk rumah.
2) Kutipan untuk Teratak Rahmat, duit raya, kuih raya (untuk anak-anak dan kakitangan) serta sumbangan menyeluruh untuk rumah.
3) Kutipan untuk projek perpustakaan anak yatim Iskandar Syah Ismail.
Kami berjaya mengumpul hampir RM18,000 bagi dibahagikan pada perkara di atas walau awalnya kami mensasarkan di bawah RM12,000 sahaja. Yalah, projek kecilkan? Kami mahu realistik.
Tetapi kuasa Allah jua yang memungkinkan segalanya. Orang menyumbang wang sehingga ke saat-saat terakhir pun ada maka kami dapat menaikkan jumlah sumbangan. Jumlah kepada rumah dapat di naikkan, begitu juga sumbangan-sumbangan lain.
Amanah dari anda semua sudah kami langsaikan. Salah silap kami juga harap maafkan, ya!
Elok juga sekiranya kita kongsi gambar-gambar sepanjang 2 hari Kembara ini.
Kerana berkonvoi, set point kami ialah jalan masuk lebuhraya. Lebih kurang jam 11.30 kami bertolak dari KL.
Sampai di Rumah Ummu Sofiah. Semua orang rasa teruja dan risau juga. Sudikah anak-anak di sini menerima kami? Alhamdulilah, kami disambut dengan sangat mesra dan dapat juga berkenalan dengan kakitangannya seperti Puan Faridah dan suaminya Encik Karim.
Beramai-ramai mengangkat barang ke dewan untuk majlis kecil penyampaian sumbangan.
Masya-Allah, seronoknya dapat berbuka dengan anak-anak Ummu Sofiah. Ada udang masak lemak, ikan kecit (ikan apa ya, kak yati), daging masak kicap, sambal belacan sedap sangattttt dan ikan kering gelama yang menjadi rebutan.
Ini tempat anak-anak Ummu Sofiah tapi mak aji pun sibuk kat situ potong que (hehehe... nak bermesra dengan mereka.) Lepas tu, lepas tu kannn, malamnya pulak kami more dengan laksa. Sedapnya tak tahu nak cakap macam mana. So saya tak akan cakap. :)
Norhayati Berahim menyerahkan sumbangan kepada Rumah Ummu Sofiah.
Baju raya dah siap! Seronok sekali bila tahu baju raya kami untuk anak-anak ini sudah siap dan dapat diserahkan kepada mereka.
Ini gambar sebelum ke tempat seterusnya - PERLIS.
Konvoi lima kereta. Kereta kami yang paling belakang seperti biasa. Tetapi selepas beberapa minit kami potong mereka semua dengan jayanya.
Sampai di Teratak Rahmat. Kami disambut oleh wakilnya, Encik Hazman Hassan.
Sekali lagi pengerusi Kembara Ukhwah ke Utara, Norazlina Yusof, menyerahkan sumbangan goodies kepada anak-anak di Teratak Rahmat. Di dalamnya ada kuih raya, kerepek, telekung dan tuala. Kakitangan pun dapat yang sama.
Norhayati Berahim pula menyerahkan sumbangan kepada Rumah kepada Cikgu Othman, pengerusi Teratak Rahmat.
Kami di bawa melawat sekitar Teratak Rahmat. Menjamu kami berbuka puasa hari itu antara menunya ialah ayam panggang. Berasap-asap, menduga sungguhlah.
Seperti di Ummu Sofiah juga, antara jadual kami ialah solat berjemaah dan terawih bersama. Ini waktu solat Maghrib.
Berbuka dengan riang rianya :)
Kami di bawa melawat asrama oleh Encik Hazman. Ini asrama lelaki.
Ini pula asrama perempuan.
Terharunya! Anak-anak Teratak Rahmat menyediakan kad buatan sendiri untuk setiap seorang ahli Kembara Ukhwah. Semuanya ada pantun di dalamnya. Selepas more dengan burger yang sedap, majlis bersama Teratak Rahmat pun selesai dan kami kembali ke hotel untuk berehat.
Mungkin majlis dengan Teratak Rahmat tidak selama Ummu Sofiah tetapi ia tetap memberi makna yang mendalam.
Di Ummu Sofiah, kami bermalam di situ dan merasai kehidupan bersama mereka dari petangnya, berbuka, berterawih, bersahur dan bersolat subuh sekali.
Di Teratak Rahmat, kami dapat melawat tempat-tempat sekelilingnya dan juga asrama serta perpustakaannya.

Ini ialah gambar kami setelah checked out dari hotel penginapan. Sebelum gambar ini di rakam, kami sempat berkongsi rasa dan saling bermaaf-maafan sesama sendiri. Yang baik datangnya dari Allah manakala yang buruk dari diri kami sendiri.
Kak Yati, Pak Sayit, Khamisah, Ros, Aween, Su, Sariyanti, Tini, Kak Zabedah, Balqis, Naziq, Iskandar Syah, Teta (Teta pun masuk sekali ya), semoga Allah merahmati kita semua! Begitu juga yang menyokong usaha kami secara langsung atau pun tidak langsung, yang dekat mahu pun yang jauh. Yang menyumbang ataupun sekadar mendoakan keselamatan kami dalam kembara ini. Untuk anda semua hanya Allah yang membalas jasa.
Kami bertekad mahu membuang segala kelemahan sebaliknya mengambil hanya yang baik sahaja bagi dikenang seumur hidup kerana dari situ kami akan terus melakukan Kembara Ukhwah seperti ini lagi, InsyaAllah.
Semoga Allah menerima usaha kecil kami ini dan juga bagi anda yang menyumbang, mari kita sama-sama berdoa, anak-anak di Ummu Sofiah dan Teratak Rahmat akan menjadi insan yang mulia kepada agama dan negara. Menjadi insan yang soleh dan solehah.
Jumpa lagi dan selamat berbuka.
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Hadis Hari Ini
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sekiranya anak Adam memiliki satu lembah daripada harta, nescaya ia mahu yang kedua dan sekiranya ia mempunyai dua lembah nescaya ia mahu yang ketiga. Tidak akan memenuhi perut anak Adam melainkan tanah dan Allah sentiasa menerima taubat orang yang bertaubat." |







![]() | Hari ini | 277 |
![]() | Semalam | 423 |
![]() | Minggu ini | 1943 |
![]() | Minggu lepas | 1652 |
![]() | Bulan ini | 5361 |
![]() | Bulan Lepas | 12937 |
![]() | Keseluruhan | 164741 |
Your IP: 38.107.179.238
,
Today: Mei 18, 2012

















Comments
Apa-apa pun semoga rezeki anda semua makin bertambah dan diberkati Allah.
www.sharery.blogspot.com
ikan gelama yg saya janji nak belikan kat bagan datoh nanti kak....
motivasi untuk diri sendiri agar lebih menghargai dan bersyukur dengan apa yang ada...
allah huakabar...
Syabas kepada tim KUKU yang prihatin dan moga Allah memberkati tim KUKU dan para dermawan sekalian. Amin!
Dah rancang nak ikut tetapi di saat akhir demam jadi tidak dapat turut serta.
Apapun TAHNIAH dan moga Allah mempermudahkan segala urusan yang menjuruskan kepada perkara yg baik-baik belaka, insyallah...
RSS feed for comments to this post