Kata Kusyi
Pruf read ke?
Kusyi Hirdan 15 Februari 2012 PDF Cetak E-mail

Assalamualaikum

Sekadar cerita...

Saya dan beberapa sahabat sebenarnya ada projek. Bukan projek pembinaan kondo atau pembelian kondo tetapi projek lagi comel. Comel dari kondo. Apa ya?

Jawapannya ialah projek masak memasak. Semuanya akan diberitahu kelakkkkk. Bak kata Hartini Anuar AKA Julia, laaaasiaaaa.

Projek sudah pun 60 peratus siap. Terkini kerja-kerja pruf read sudah pun dibuat. Siangnya saya dapat berjumpa Balqis Nazid di rumah Kak Norhayati Berahim jadi dia dah buat pruf read di situ.

Hendak mengumpulkan semua orang berpruf read bersama-sama bukanlah senang sebab semuanya tinggal asing-asing dan jauh antara satu sama lain. Jadi, malam ialah waktu yang sesuai bila semua dah habis kerja. Saya pun tanya mereka dulu untuk tanya kesesuaian. Lega, semuanya free malam tu.

Saya pun ajak mereka makan di The Flaming. Hhmm... mengapa Flaming? Ia memang tempat yang tengah-tengah bagi mereka bertiga dan sangat strategik. Strategik juga bagi saya, kah kah kah.

Ini sebenarnya alasan konkrit saya sendiri yang sangat rindukan makan di situ. Pada hemat saya, saya akan makan dengan gembira sedangkan Khamisah, Hartini dan Salina buat pruf read. Hehehe...

Sebaliknya, mereka makan tak henti sehingga saya terpaksa angkat rotan suruh buat pruf read sebelum tengah malam. Maklum, ketiga-tiganya pun sendahrela. Lambat karang, kasut hilang pulak.

 

Inilah ketiga-tiga Sendahrela yang sedang buat-buat khusyuk pruf read. Masing-masing baru tersedar, belum lagi makan aiskrim.

Kami juga sudah berpakat untuk bawa beg kipling masing-masing. Balqis nazid pun ada beg begini dan ada pelbagai warna (gggrrrr).

Jumpa lagi. Saya nak tulis lagi panjang tapi panggilan kerja dah memanggil. Off to Kepongggg.

 

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

 
Koleksi Kipling kita
Kusyi Hirdan 06 Februari 2012 PDF Cetak E-mail

Assalamualaikum dari Ho Chi Minh, Vietnam!

Sekadar cerita....

Saya sendirian di bilik hari ini. Sebabnya saya tidak mengikut rombongan lain berjalan-jalan kerana saya perlukan masa untuk recharge. Sekiranya orang lain boleh berjalan-jalan dan bershopping setiah hari waktu melancong, dan saya juga begitu 5 tahun lalu, dua tahun kebelakangan ini saya tidak mempunyai cukup tenaga untuk berbuat demikian.

Jadi saya tidak ke mana-mana pagi ini dan mungkin petang sedikit baru saya keluar apabila mereka sudah pulang ke hotel.

Cuaca di Vietnam seperti Malaysia, panas dan terang dan sesuai berjalan-jalan. Cuma sepanjang tiga hari ini saya belum lagi berjumpa hujan di sini. Agak berbeza dengan KL sekarang yang setiap hari pasti ada hujan di kawasan-kawasan yang berbeza.

Saya ingin bercerita tentang perkara yang kena mengena dengan hobi. Hobi orang lain dan juga hobi saya sendiri. Cuma, hobi saya tidaklah hebat sangat.

Hobi ada bermacam-macam. Dan hobi yang saya suka berkongsi cerita ialah tentang hobi manusia yang mengumpul-ngumbul barang dan kemudiannya menjadikannya sebagai koleksi. Balqis Nazid contohnya suka mengumpul pinggan mangkuk lama. Saya sebenarnya tahu sekiranya saya pun memulakan hobi sebegitu saya akan jadi lebih terpengaruh kerana saya sendiri sangat mengagumi pinggan mangkuk sebegitu. Saya suka barang-barang lama ni.

Jadi saya hadkan apa yang saya mahu. Setakat ini saya mempunyai pinggan-pinggannya dan saya teringin hendak mempunyai mangkuk sup, mangkuk nasi dan teko pula. Heheheh....

Ada orang yang suka mengumpul koleksi minyak wangi, jam, cincin berlian dan macam-macam lagi. Saya bersyukur tidak berada di tahap maksima dalam bab-bab mengumpul tetapi hanya beli sekiranya jumpa yang berkenan dan paling penting mempunyai duit.

Ada satu hobi mengumpul yang saya baru jumpa secara tidak sengaja tiga atau empat tahun lalu. Semuanya bermula apabila saya membeli beg berjenama Kipling di Yangshou, Guiling, China.

Gambar atas: Beg Kiplin saya yang pertama...

 

Sejak itu saya mula menyukai apa saja yang bernama sama. Saya terpikat dengan pilihan warnanya yang pelbagai juga pilihan reka bentuknya.

Malangnya, bukan semua tempat atau negara yang ada jenama itu. Di China contohnya, bukan semua tempat di negara itu ada menjual beg kegemaran saya itu.

Berbanding di Vietnam, Kipling sangat meriah di sini. Ia ada pelbagai warna dan bentuk yang sangat banyak. Adoiii memang rambang mata tetapi saya tidaklah sehingga mahu membeli semuanya. Saya pilih yang kena cita rasa sahaja. Koleksi yang saya ada sekarang ialah merah dan saya nampak warna ungu, hijau dan kelabu pun nampak cantik tetapi mungkin kemudian-kemudian baru memulakan koleksi ke arah itu.

Semalam apabila kawan-kawan yang mengikut sama trip ke Ho Chi Minh ini turut membeli beg Kipling untuk mereka, saya rasa teruja saya. Sebabnya kini saya boleh bercakap tentang Kipling dengan mereka kerana sebelum ini mereka tidak kenal Kipling pun. Hehehe... Saya pasti ramai lagi yang tidak kenal tetapi saya tak kisah pun kerana saya tidak mahu apa yang saya kumpul mempunyai begitu ramai pengumpul sebagaimana Prada, LV, Gucci dan lain-lain.

Sekurang-kurangnya, saya nampak ia lebih ekskusif...hehehe.... Konon-kononlah kan!

Paling supriseeee, saya dapat hadiah beg Kipling dari Balqis Nazid sempena hari jadi saya yang sudah belated sebulan tu. :) Seronoknyaaaa....

Jumpa lagi.

 

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

 
Siapa kenal daku?
Kusyi Hirdan 31 Januari 2012 PDF Cetak E-mail

Assalamualaikum

Sekadar cerita....

Hari masih pagi. Belum pun jam lapan pagi. Saya kira, sekiranya saya tak update blog sekarang, pasti sepanjang hari ini tidak sempat. Sebabnya sejak masuk tahun baru 2012, saya belum dapat berehat lagi kerana kekangan jadual kerja yang mendesak. Aduhai. Perancangan rapi perlu dibuat tetapi kadang kala terbabas juga. 

Alhamdulillah, saya anggap segalanya rezeki. Ada kerja bermakna ada rezeki, ya dak.

Apa yang paling seronok saya lakukan? Tentu saja menulis blog hehehe... Jadi, kawan-kawan jangan serik menjenguk blog ini walaupun kadang kala agak lambat tetapi saya akan update juga. Bila terlewat dua minggu, ada yang bertanya. Mungkin mereka risau saya sudah melupakan medan ini. Tidak, saya tak lupa. Saya sangat sayang www.jendelaku.com.

Menulis ni kita boleh menulis apa-apa. Kadang kala kita terlalu sibuk untuk perkara lain tetapi kerana minat dan komitment, kita boleh menulis. Apa yang mengekang saya ialah masa.  Terkadang itu, masa yang suntuk membuatkan peredaran malam dan siang terlalu pantas menjengah kita. Dan akhirnya kita kepenatan dan tidak berdaya. Saya percaya ramai lagi yang senasib dengan saya.

Sebenarnya saya menulis blog ini bukan kerana saya ramai pengikut (hehehe peminat ???)  sangat pun. Saya menulis kerana ini kesukaan dan hobi saya. Saya menulis untuk kawan-kawan dan saudara adik beradik saya. Akhirnya, kini ramai orang lain yang menjadi kawan baru saya hanya kerana mereka mengikuti apa yang saya tulis. Mereka rasa dekat dengan saya. Hinggakan ada kawan-kawan pembaca di alam siber in yang mengenali Bahiyah semata-mata kerana saya sering menulis tentang dia.

Saya anggap ia perhormatan tetapi tetap saya tegaskan, saya menulis kerana ia kepuasan diri saya sendiri.

Ada sesuatu yang sentiasa merantai diri saya sejak dulu lagi. Saya tak rasa orang kenal saya in person. Mereka mungkin kenal nama saya sementelah nama saya agak kukuh di dunia penulisan novel dan kewartawanan. Tetapi in person, saya rasa saya tidak begitu di kenali lantaran sikap saya sendiri yang tidak mudah mendekati orang.

Namun sikap saya berubah apabila saya menjadi wartawan. Saya perlu mencari berita dan meminta berita. Itu ketika saya memakai kasut seorang wartawan. Dan sikap itu berubah sebaik saya memakai kasut orang biasa semula. Saya kembali ke dunia saya sendiri yang lebih banyak bersama kawan-kawan rapat, keluarga dan suami.

Apabila Miss J membuka Grup Page untuk orang-orang daerah kami, sekali lagi saya sukar turut serta. Saya join tetapi saya tidak tahu hendak bermula di mana. Sebabnya saya tidak pasti adakah sesiapa yang mengenali saya di situ. Saya lihat mereka semua saling berinteraksi dan mengenali. Saya mungkin tidak mengenali mereka dan paling penting, mereka kenalkah saya?

Saya lihat Miss, KuMatun, abang-abang saya yang lain, mereka mengenali semua orang dan semua perkara di daerah itu. Saya?

Mengapakah saya begitu?

Okey, semuanya ada kena mengena dengan kehidupan kecil dan remaja saya. Ketika di sekolah rendah saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Raja Perempuan Muzwin di Bukit Chandan. Sekolah itu sekarang sudah menjadi Muzium Diraja Sultan Azlan Shah. Di sinilah saya, Intan, Uji, Faridah, Nana sepupu saya bersekolah sehingga darjah 6. Mereka ini sahabat sedari kecil dan kemudiannya jadi rakan sekolah selama enam tahun.

Apabila masuk ke sekolah menengah, semua mereka di atas pergi ke sekolah Bukit Mercu (kecuali Faridah yang kemudiannnya ke MRSM, Jasin) kecuali saya. Saya ke sekolah menengah Raja Perempuan Kelsom. Sebuah sekolah perempuan semuanya.

Di sini saya berkawan dengan orang lain yang bukan dari Bukit Chandan. Memang ada orang Bukit Chandan tetapi bukanlah rapat atau sebaya dengan saya. Yang ada waktu itu hanya beberapa orang antaranya Normareza. Ya, kami sebaya.

Itu faktor yang pertama.

Faktor yang kedua ialah sikap saya. Kawan-kawan saya seperti Intan dan Uji contohnya saya rasa terpaksa berkawan dengan saya hehehehe.... kerana kami jiran dan sudah mengenali sejak kecil. Saya seorang kawan yang membosankan saya rasa. Hahaha... Saya jarang beradventure, satu kerana keluarga yang agak mengongkong dan keduanya, lama kelamaan saya sendiri dah tak minat benda-benda adventure. Saya akui, saya ialah orang membosankan di zaman remaja. (sekarang pun kot heheh)

Saya ada tiga abang yang sentiasa memerhati apa yang saya buat dan kemudian mengadu pada keluarga sekiranya saya tersalah langkah. Bercakap dengan lelaki di jambatan (walaupun lelaki itu hanya bertanya arah), akan diketahui sampai ke rumah. Heheh.... begitu hebat spy abang-abang saya. Mereka ini tak memarahi saya tetapi mereka mengadu. Aduih.... memang abang-abang saya kuat mengadu jadi saya tak boleh tersalah langkah. Hehhe.... Oh, saya tidak menyesal perkara ini kerana inilah yang sepatutnya dibuat oleh semua abang-abang di dunia. Jaga ahli keluarga perempuan mereka!

Di zaman remaja juga, kawan-kawan selalunya bosan dengan saya kerana kesukaan saya berkembar dengan library.  Sekiranya orang lain kecewa kerana menjadi pengawas perpustakaan, saya pula melompat gembira. Bila giliran menjaga library fiction, saya bagaikan dapat wang sejuta. Saya seronok dapat membaca buku-buku klasik Inggeris di situ. Oh, what a memory!

Jadi, atas segala kebosanan yang saya terangkan tadi, saya pasti, orang sukar mengenali saya. Sebab itu apabila ada yang kata mereka kenal saya, saya jatuh hairan. Dan soalan saya biasanya, adakah mereka kenal saya atau pun Kusyi yang seorang lagi. Ya, dalam keluarga saya ada dua orang Kusyi yang juga sepupu saya sendiri.

Apabila bertemu orang kampung, mereka akan menyebut adik-beradik saya yang lain apabila saya mengenalkan diri sebagai anak permaisuri balu.

"Engku, Ku Jannah?" tanya mereka. Saya menggeleng.

"Engku, Ku Matun?" saya geleng lagi.

"Ku Fuziah?" saya tergelak dah. Tergelak kerana perkara ini biasa sangat berlaku.

Dan akhir sekali mereka tanya, "Bahiyah?" Ya, mereka kenal semua adik beradik perempuan saya kecuali si Kusyi Hirdan ini. Heheheh....

Oh, dan sekarang, saya pernah ditegur, "Engku Ku Jannah? Alah yang wartawan tu..."

Aduh... memang saya umpama hologram rasanya. Mereka tak kenal saya. Saya tak boleh salahkan sesiapa kerana itulah saya. Saya sejak dulu memang mempunyai dunia selari saya sendiri. Dunia yang mungkin ditemui sekiranya menggunakan mesin masa Back To The Future. Di dunia itu saya boleh menyanyi lagi Awan Nanu sesedap Hafiz. Malah mungkin sedap lagi.

Ya, sekarang, saya mungkin mencipta nama di bidang penulisan tetapi saya tidak pasti, terukirkah nama saya di kampung saya sendiri? Di Bukit Chandan yang indah permai itu?

Jumpa lagi.

 

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya



 
Birthday 2012
Kusyi Hirdan PDF Cetak E-mail

Assalamualaikum

Sekadar cerita,

Hari ni dah 27 haribulan Januari. Dah lepas lama cerita ini. Cerita yang berlangsung pada 14hb yang lalu. Kak Norhayati Berahim mengadakan majlis ramah mesra di rumahnya di samping menyambut hari jadi anaknya Qaisara. Sebelum majlis bermula jam 12 tengah hari, tahlil dan yassin diadakan. Saya dan Khamisah sempat turut serta, alhamdulillah.

Qaisara ini lahir di bulan Januari, jadi sama bulannya dengan sayalah. Cuma saya pada 16 haribulan. Hari itu selain Qaisara mendapat kek birthday daripada Roza, saya pun sama juga. Memang mengejutkan kerana saya dapat kek yang sangat istimewa berbentuk kamera. 

Paling seronok ialah dapat bertemu kawan-kawan yang datang dari dekat dan jauh. Antaranya Liza Bujang dari Sarawak dan Aidah Rohaidah Harun dari Singapura.

Kek yang sangat istimewa.

Bersama Kham, Kak Yati dan Liza Bujang. Saya sedang menayang DPAD kepada anda semua.

Qayyim, anak Bahiyah pun datang.

Potong kekkk.

 

Jumpa lagi.

 

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

 
Basikal lektrik dah sampai!!
Kusyi Hirdan 11 Januari 2012 PDF Cetak E-mail

Assalamualaikum

Sekadar cerita...

Hujung minggu lepas, kawan-kawan saya datang ke rumah untuk test drive basikal letrik yang Zul jual. Basikal-basikal semua tu baru je sampai. Panas-panas semuanya lagi heheh... Ada macam-macam pilihan warna.

Basikal lektrik ini sifatnya mesra alam, senyap, tidak menggunakan sebarang minyak dan senang dikendalikan. Boleh dipandu sehingga 46kmj.

Kali ini dengan warna yang ceria dan cantik-cantik belaka. Berminat, emel kami di Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

 

Warna purple, boleh naik berdua. Ini kawan saya yang bernama Tini@Julia. Basikal ini berharga RM1850.

Lelaki pun suka warna purple.

Ini Kham@Fiona yang test basikal lektrik paling ringan. Harganya RM1450.

Ini Ju, jiran saya, mencuba dengan anaknya.

 

RM1850.

Skuter ini berharga RM2000.

Jumpa lagi.

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

 
<< Mula < Sblm 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Seterusnya > Tamat >>
Page 1 of 20

Novel Kusyi Hirdan Terkini

Hadis Hari Ini

Daripada Abu Hurairah r.a, daripada Nabi SAW bersabda maksudnya: ”Sesiapa yang melepaskan sesuatu kesusahan seorang mukmin dari kesusahan-kesusahan dunia Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan dari kesusahan hari Akhirat dan sesiapa melapangkan seorang yang berada di dalam kesempitan Allah akan melapangkan untuknya di dunia dan di akhirat dan sesiapa yang menutup keburukan saudaranya maka Allah akan menutup keburukannya di dunia dan akhirat dan Allah pasti menolong hamba-Nya selagi mana hambanya menolong saudaranya. Dan sesiapa mengikuti satu jalan untuk mencari ilmu Allah akan memudahkan untuknya jalan ke syurga. Tidak berkumpul satu kaum di dalam rumah dari rumah-rumah Allah dan saling belajar dan mengajar antara satu sama lain melainkan turunlah ketenangan atas mereka, rahmat meliputi mereka, para malaikat mengerumuni mereka dan Allah akan menyebut (nama-nama) mereka di sisi-Nya. Dan sesiapa yang kurang amalannya maka nasab (keturunannya) tidak akan dapat menyempurnakannya.”

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini237
mod_vvisit_counterSemalam321
mod_vvisit_counterMinggu ini1667
mod_vvisit_counterMinggu lepas2772
mod_vvisit_counterBulan ini8704
mod_vvisit_counterBulan Lepas11421
mod_vvisit_counterKeseluruhan131565

We have: 4 guests online
Your IP: 38.107.179.239
 , 
Today: Feb 23, 2012