Superfrends Kedah ditubuhkan....
Kusyi Hirdan 19 Mei 2014 PDF Cetak E-mail

KATA KUSYI HIRDAN

Assalamualaikum

Sekadar cerita...

Secara rasminya Superfrends Kedah ditubuhkan pada 11 Mei 2014.  Siapa sangka… Saya sendiri tak menyangka. Kedah menjadi negeri pertama yang mahukan Superfrends berada di negerinya. Saya sebenarnya menyangka KL atau Selangor yang terlebih dahulu mempunyai kumpulannya. Atau Melaka dan Perak kerana kami berasal dari sana.

Tetapi, itulah... keadaan membuktikan sebaliknya. Pertemuan kami dengan Hasni, jururawat di sebuah hospital kerajaan Kedah di KL membuka perancangan yang hanya Allah mengetahuinya. Ia sebuah permulaan yang membawa kami jauh ke Alor Setar.

Boleh dikatakan kami mula menubuhkan Superfrends secara rasminya sekitar tiga tahun lalu. Sebelumnya kami bergerak dengan nama lain dan ada masa tanpa nama tertentu.

Kami tak besar mana. Kecik sahaja. Saya memikirkan nama Superfrends ini kerana mahu mengaitkannya dengan unsur persahabatan. Persahabatan yang tulus ikhlas. Paling ringkas makna sahabat ialah berkawan. Kawan - friend. Untuk catchy saya tukarkan ejaannya.

Superfrends kemudiannya mempunyai pengikut. Yang bersama-sama dengan prinsip kami. Lantas ia berkembang. Berkembang secara perlahan juga. Kedah sudah rasmi mahu membawa misi Superfrends - membantu mereka yang memerlukan, yang dekat dan yang kita kenal. Itu prinsip asasnya.

Cuma, secara terus terang, bukan mudah mengembangkan sesuatu kerana jarak yang jauh. Kamunikasi dan kewangan selalu menjadi masalahnya.

Ada yang sangka kami mewah dan punya banyak wang. Maka sangkaan itu salah sama sekali. Untuk bergerak kami perlu betul-betul bajet. Tentu sahaja anda tidak tahu kesusahan yang kami lalui dalam perjalanan itu. Tabungan sangat limited. Tapi kami anggap ia sekadar cabaran. Kami perlu bergerak juga. Tanpa bergerak bagaimana mahu melaksanakan program.

Dengan adanya Superfrends Kedah bermakna bantuan kecil dapat dilaksana di bahagian sana. Aktiviti amal juga dapat dilaksanakan, InsyaAllah.

Mungkin selepas ini Melaka dan KL pula. Kami berharap kewujudan Superfrends Kedah menjadi inspirasi kepada negeri dan daerah lain. Insya Allah.

Jumpa lagi.

 

 
Page 108 of 111

Novel Kusyi Hirdan Terkini

Tarikh Hari Ini

Hadis Hari Ini

Diriwayatkan daripada Anas r.a: “ Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: ” Tidak ada seorang pun di antara kalian dipandang beriman sebelum ia menyayangi saudaranya sesama Muslim seperti halnya ia menyayangi dirinya sendiri.”

Statistik Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini99
mod_vvisit_counterSemalam187
mod_vvisit_counterMinggu ini1036
mod_vvisit_counterMinggu lepas1781
mod_vvisit_counterBulan ini6093
mod_vvisit_counterBulan Lepas12548
mod_vvisit_counterKeseluruhan731811

We have: 54 guests online
Your IP: 54.81.195.240
 , 
Today: Nov 21, 2017

Masa Itu Emas..