KATA KUSYI HIRDAN 21
Kusyi Hirdan 07 Oktober 2017 PDF Cetak E-mail

KATA KUSYI HIRDAN


Bertemu Sahabat Superfrends...

 

Assalamualaikum

Sekadar cerita...

Dah seminggu berlalu, baharu Kak Kusyi dapat posting cerita ni....

Heheheh.... Cerita gathering Superfrends yang Kak Kusyi dan Superfrends anjurkan. Kmami adakan di tempat yang sama seperti sebelum-sebelumnya. R&R Jejantas Sungai Buloh. Cuma kali ini kami memilih lokasi di restoran KFC.




Alhamdulillah.... Walaupun dah seminggu berlalu. Seronok tak terhingga rasanya. Sehari sebelumnya, dari Melaka kami pergi ke RNR Sungai Buloh utk inspect location, bahagi2 tugas, dan practice nyanyi sekali dengan Nafisah dan Dania. Sampai ke malam, masih lagi practice di rumah Ku Matun. Kami nak perkenalkan lagu Jangan Takut Gelap yang bakal kami gunakan sebagai lagu di program ziarah hospital dan sekolah anak-anak istimewa. Nafisah, 8 tahun, akan nyanyikan versi kanak-kanak. Saya dan Puter akan sambung dengan versi dewasa. Kami diring minus one dan petikan gitar Dania Hidayah, 15 tahun.

Antara peringatan saya kepada Nafisah, (Nafisah ni anak sulung Bahiyah), supaya dia buat persembahan yang terbaik kerana...



"Esok, ada anak2 istimewa yg akan hadir. Jadi Nafisah kena bagi persembahan yg terbaik."
Shes only 8, therefore she did not understand why I said that, so she asked, "Kenapa Wan Cik. Kenapa mereka istimewa?"

Lalu saya pun menerangkan, anak istimewa ni mereka dari sekolah pendidikan khas. "Mereka ada yang autism, ada slow learner, dan mereka ada yg tak boleh membaca..."

Kenapa Wan cik, tanyanya lagi.

"Sebab Allah jadikan mereka begitu jadi mereka istimewa dan kita tak boleh cakap yg tak baik pada mereka."

Mungkin Nafisah belum memahami tetapi sebagai orang dewasa, kita kena terus memahamkan mereka.

Kami tak ada plan B

Setelah mengambilnya di sekolahnya semalam, di sekolah Abim, emaknya beritahu Nafisah sangat excited dan tak habis2 bercerita pada adik2nya yg dia perlu mengikut saya lebih awal kerana perlu rehearsal.

Bila bawanya utk lawat lokasi, practice, sound cek, (cewah, bunyi macam konsert pulak)... Saya nampak dia sangat cuak. Dia menyorok di bawah meja. Mukanya pucat dan masam. Alamak. Mungkin dia baru tahu, dia akan menyanyi di tempat yg agak besar dan ada ramai orang. Dia ingat sebelum ini suasana macam bilik darjah dia kot. :)

Nafisah ni saya gelar Miss Windy kerana dia berangin. Mudah hilang mood.

Saya beritahu Cik Kham, Puter dan Dania, kalau Nafisah 'ca alif but', kita tak pengganti untuk nyanyi Jangan Takut Gelap bahagian kanak-kanak. .... Haru.

Saya dah beri lagu ni lebih sebulan dah pada Nafisah dan Dania utk dihafal...


Macam-macam taktik saya buat. Cerita pengalaman saya sendiri yang umur besar sikit dari dia dah wakil sekolah performed Simple Simon... Saya juga bagitahu cara bagaimana nak hilangkan nervous, eye contact, pegang tangan saya dan macam-macam lagi tips. Sampai ke malam dia masih nampak cuak tetapi yang membanggakan, dia sangat rajin berlatih.

Berkali2 kami repeat. Dia tak pernah mengeluh. Dari dalam kereta, ke lokasi dan balik ke rumah. Saya betulkan key dia, betulkan nada dan sabagainya. Dia menurut.




Kami, saya dan Puter sebagai emcee juga praktis rutin kami. Bagaimana cara kami memperkenalkan dia dan Dania ke depan. Dia duduk di mana, datang dari crowd sebelah mana. Everything was planned and scripted. You know what, she turn out followed everything with such excellent.

Sebenarnya, mood dan keyakinan Nafisah naik tinggi bila keluarga saya malam sebelumnya, Ku Fuyah dan Miss J request untuk melihat dia perform di hadapan mereka. Dia jadi bersemangat tinggi.

Hari kejadian, skrip yang sama kami ulang seperti latihan semalam. Dia berjalan ke hadapan dengan penuh keyakinan, her chin up, dan mengambil tempatnya. Dan dia menyanyi Jangan Takut Gelap dengan begitu baik sekali.

Thanks Nafisah... Thanks Dania.

Kak Kusyi dan Superfrends sangat berbesar hati kerana anak2 istimewa dan ibu bapa mereka sudi hadir ke gathering kami sebagai tetamu VIP. Semuanya kerana adanya guru mereka yang hebat, Zuraini Saliman yg menjadi orang tengah sebagai tukang jemput.

Sebenarnya dalam hati tu... Risau.... Risau orang tak datang program gathering kami. Tak ada apa yg menarik. Tempatnya biasa2 saja. Tak ada artis, tiada sesiapa yg glemer melainkan sebagai tarikan...
Hendak ke orang datang?

Rupanya ada. Terharu sangat apabila lebih kurang 80 yang hadir walau jangkaan awal mungkin 50, mungkin kurang.
Dan pot lucknya, masyaAllah, melaut banyaknya. Semua sedap2, cantik2 yang di bawa sahabat Superfrends.
Saya minta maaf kerana tak dapat merasa langsung kerana sibuk melayan sahabat dan seronok sangat sampai tak lalu makan, gitu.

Semua sporting, hadir dgn tema jeans iaitu jaket jeans. Kalau tak ada jaket meraka pakai blause denim atau maxi denim. Kenapa jeans? Ia perlambangan, sesuatu yang tahan lama dan sederhana tetapi disukai semua. Ia juga lambang santai kerana begitulah suasana majlis kami. Santai2 je.
Terima kasihhhhhhh semua yang hadir. Yang menyumbang kewangan. Yang membantu kami menjayakan program kecil kita ini. Allah jua yang membalasnya.

Yang sudi luangkan masa. Kami tahu semua sibuk dan ada yg terikat program lain. Siap ada yg lari2 antara program lagi. Pergi sana kejap, sini kejap. Ada yg datang dari Perak, Melaka dan Negeri Sembilan. Family, friends and new friends.


Semoga kita dapat berjumpa lagi. InsyaAllah.
Maaf Zahir Batin.


Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

.

.


 
<< Mula < Sblm 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Seterusnya > Tamat >>
Page 2 of 111

Novel Kusyi Hirdan Terkini

Tarikh Hari Ini

Hadis Hari Ini

Dari Abdullah, katanya: ”Bersabda Rasulullah s.a.w. kepada kami: ”Tidakkah kamu gembira bahawa seperempat dari penghuni syurga itu dari kamu?” Kata Abdullah kami pun segera mohon ditambah. Kemudian berkata pula beliau: ”Tidakkah kamu gembira bahawa sepertiga penghuni syurga itu dari kamu?” kata Abdullah, kami pun mohon diperbanyakkan lagi. Akhirnya Rasulullah s.a.w. berkata: ”Sesungguhnya saya mengharap bahawa seperdua) dari penghuni syurga itu dari kamu. Dan ketahuilah! Bahawa bandingan jumlah kaum Muslimin dengan kaum kafir itu, laksana sehelai bulu putih ditubuh sapi hitam atau sehelai bulu hitam di tubuh sapi putih.”

Statistik Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini54
mod_vvisit_counterSemalam187
mod_vvisit_counterMinggu ini991
mod_vvisit_counterMinggu lepas1781
mod_vvisit_counterBulan ini6048
mod_vvisit_counterBulan Lepas12548
mod_vvisit_counterKeseluruhan731766

We have: 11 guests online
Your IP: 54.81.195.240
 , 
Today: Nov 21, 2017

Masa Itu Emas..