kata kusyi hirdan 22
Kusyi Hirdan 28 Oktober 2017 PDF Cetak E-mail

KATA KUSYI HIRDAN


Program 'Selamatkan dirimu'...

 

Assalamualaikum

Sekadar cerita...

Dua minggu berlalu... Pelbagai perkara terjadi. Antaranya Superfrends menganjurkan program 'Selamatkan dirimu', program self defense dengan kerjasama pasangan suami isteri Eizam Arbak dan Yati di studio latihan mereka yang baharu di buka - Intekma Taekwondo Academy.

Ia percuma, tiada dikenakan sebarang bayaran oleh kami atau pun mana-mana pihak. Semoga ia membantu dan menjadi sedekah ilmu kita yang berpanjangan. Itulah harapannya. Program anjuran Superfrends, kami cuba sedaya upaya hanya memberi, tidak mahu meminta apa-apa balasan atau bayaran. Semuanya kerana mengharap redha Allah semata. Namun...

Ia tidak mudah menganjur program sekecil ini. Asalnya kami open untuk pemandu Grab wanita sahaja. Ramai yg berminat. Kami lega. Kemudian ia menjadi lain di saat-saat akhir.

Biasalah, program kecil, tak happening, tak glamor. Mudah sekali orang mengubah fikirannya. Tidak mengapalah, jumlah kehadiran yang kecil memberikan program ini menjadi lebih eksklusif dan setiap orang puas hati dapat belajar dengan jurulatih-jurulatih blackbelt dan master yang mencurahkan ilmunya kepada kami. We were all having lots of fun and enjoying ourselves while learning.

Sebenarnya, sejak mengetahui Eizam Arbak dan Yune Hayati sudah mempunyai pusat taekwando sendiri, kami memang mahu mengadakan program ini. Waktu itu kami berjumpa di Pusat Warga Emas Zafrah, Muar, mengadakan program berbuka puasa di sana. Waktu itulah saya tahu daripada Yati yang mereka dalam proses mempunyai pusat latihan sendiri.

Mendengarnya sahaja, saya teruja. Teruja kerana ia sesuatu yang baik.Terus planning untuk buat program bersama Superfrends bersama mereka. Good idea, kata Yati.

Masa yang dinanti, tiba jua, 22 Oktober 2017.Telah ditakdirkan, tarikh yang sama Zul ke Korea, maka kami shorthanded utk persiapan program. Dengan keadaan kaki yang uzur memang payah nak bergerak aktif. Terpaksa harapkan Cik Kham seorang.

Untuk mudahkan pergerakan, dia mengheret juga saya ke sana ke mari dengan mendapatkan servis pinjaman wheelchair. Bunyi macam mudah je kan tetapi nak mendapatkan wheelchair di pasaraya, ada masa, ia sangatlah tidak  user friendly. Hendak mengambilnya jauh, jauh dari parking, proses yang sukar, nak menghantar dan mengambil. Alangkah eloknya urusan itu dipermudahkan oleh pihak management... Sebenarnya perkara ini sering juga saya lalui apabila hendak mendapatkan wheelchair untuk permaisuri balu. Tapi waktu itu kita sihat, walau jauh macam mana pun diusahakan juga.

Dengan segala kesukaran, masa tu rasa menyesal tak bawak sendiri punya dari Melaka.

Untuk menjayakan walau program sekecil itu, beberapa perkara kecil kami perlu siapkan. Sepatutnya ada seorang lagi volunteer yang kami harapkan dapat membantu tetapi dia juga tarik diri kerana masalah pengangkutan. Kami berdualah mencuba melakukan segalanya. Menyediakan cenderahati, menyiapkan makanan, tempah badge yg dah habis, utk 20 orang.

Ia proses biasa. Berbezanya, kali ini saya uzur. Cerita keuzuran ini berpanjangan sehingga ke minggu seterusnya.Sehingga ke tarikh posting ini ditulis. Ujian dari Allah juga...

CERITA KECEWA

Dan apabila 7 orang tak datang, kami rasa nak menangis. Sebab rasa penat sangat. Sedih. Kecewa. Tidakkah mereka rasa apa-apa? Bagaimana sekiranya mereka yg diperlakukan begitu?

Bagaimana makanan yg dah kami beli? Kenapa tak beritahu awal? Beritahulah. Sekurang-kurangnya sehari sebelumnya tak mengapa. Asalkan beritahu.

Tak terkata kecewanya. . Manusia tidak rasa bersalah apa-apa kerana menyusahkan pihak lain. Ada yang memberi alasan, ada yang senyap begitu sahaja.

Mujur, dalam segala kekecewaan itu, Allah tetap mengirimkan bantuanNYA. Saya beritahu Cik Kham, kita maafkan mereka, doakan Allah beri mereka rezeki melimpah ruah. YANG PENTING, Doakan mereka tak buat lagi pada orang lain.

Zul menghantar mesej dari Korea apabila saya mengadu padanya. Biarlah, katanya. Biarlah mereka. Mereka yang rugi. Kursus sebegini yang selalunya berbayar tetapi kerana dianjurkan Superfrends, ia jadi percuma, itu pun mereka tidak mahu?

Benar. Banyak sangat ilmu yg kami pelajari hari itu. Bagaimana menyelamatkan diri. Mengenal point lemah penyerang, mengenal strong point mangsa, tumbukan yg kuat, cara lepaskan diri ketika diserang, cara melekakan penyerang, bertenang dan macam2 lagi. MasyaAllah, semuanya sgt berguna. Lama jugalah tangan saya sengal lagi kerana praktis menumbuk. Ehehehhe . Namun ia berbaloi.

Semua yg hadir mendapat topi berbutton Superfrends dan wisel yg masing2 boleh digunakan utk menyelamatkan diri. Saya kongsikan di sini gambar-gambarnya, video dan juga keratan akhbar yang disiarkan di Harian Metro pada 27 Oktober 2017.

 

 

 

Terima kasih gang Intekma Taekwondo Academy. Allah jua yang membalasnya. Chaiyok and keep on aducates people about the importance of self defensing.

Terima kasih yang hadir. Anda telah membuat pilihan yang baik kerana hadir.

 

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

 

 

 

 
<< Mula < Sblm 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Seterusnya > Tamat >>
Page 1 of 111

Novel Kusyi Hirdan Terkini

Tarikh Hari Ini

Hadis Hari Ini

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya::” Janganlah salah seorang daripada kamu berpeluk tubuh dalam keadaan seseorang itu dibelasah secara zalim, kerana laknat akan turun ke atas orang yang menyaksikan ketika mereka tidak mempertahankannya.”

Statistik Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini15
mod_vvisit_counterSemalam123
mod_vvisit_counterMinggu ini830
mod_vvisit_counterMinggu lepas3118
mod_vvisit_counterBulan ini4098
mod_vvisit_counterBulan Lepas9101
mod_vvisit_counterKeseluruhan738917

We have: 8 guests online
Your IP: 54.82.112.193
 , 
Today: Dis 12, 2017

Masa Itu Emas..