Novel ke 6 Kusyi Hirdan, menjengah pasaran mulai Ogos 2007

TAKDIR

NOR AIDA

Sertai Forum TNA

 

Berikan komen anda! Siap pilihan anda? klik di sini!New Page 2

 

Kata Kusyi New Page 2 please!

Dapatkan di pasaran

sekarang!

Aura negatif menyesakkan!

Sekadar cerita....

Cerita aura negatif 1
“Tergelak aku baca artikel kau!”
“Kenapa?”
“Tak adalah… macamlah kau tu bagusssss sangat….”
Ini kata-kata dari orang Islam, dari suratkhabar Islam dan partinya juga Islam, yakni bulan.
Saya dan seorang kawan lagi, Faizah yang mendengar, yang ini juga dari lambang bulan menggeleng kepala.
“Apalah negatif sangat,” kata Faizah. “Bersihkanlah hati…”
“Eh, aku bukan negatif. Cuma, Kusyi tu bukan ulamak…”
Saya terdiam. Sekiranya hanya ulamak yang berdakwah kenapa Allah melantik manusia sebagai khalifah-Nya? Sabda Rasullullah SAW: ‘Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat.’ (Riwayat Bukhari)

Lalu saya bertekad, aura negatif sebegini kena saya jauhi kerana saya tahu dia sengaja mahu menyakitkan hati.

 

Cerita aura negatif 2
21 Ogos 2008, sepatutnya ada demo damai bersama Dr Lo’ Lo’ menentang bayaran parking bermeter di Desa Pandan. Notis ditampal dipintu-pintu mengajak semua turut serta, jam 9, depan McD.

Mahu juga saya turut serta kerana memang kami tidak bersetuu dengan peraturan itu. Sudahlah minyak naik dan kena ubah gaya hidup segala, kena pula bayar parking yang tiba-tiba saja dikenakan setelah mereka memperbaiki sistem longkang tersumbat dan memperkemas susun atur kawasan. Dah longkang tersumbat, kenalah perbaiki. Kenapa dikait-kait kemudiannya dengan parking bermeter pula.
Jam 8 – 10 pagi, hujan rahmat turut mencurah-curah. Saya pasti demo damai tidak jadi. Tapi sms saya kepada Dr Lo’ Lo’ dibalas yang demo itu tetap diteruskan. Cuma saya tidak tahu bila kerana hingga jam 11, hujan masih berterusan dengan lebat.
Sebelum itu saya terserempak dengan seorang abang bersama dua anaknya. Melalui sembang-sembangnya, dia orang situ dan tinggal di flat berdekatan, sepelaung saja. Sebab itu kami pun mempelawa dia turut serta menentang cas parking di kawasan itu.
Jawabnya?
‘Saya tak peduli cas sini, bukan saya parking sini pun. Rumah saya parking free…”
Terkejut saya mendengar jawapan sebegitu. Betapa selfishnya dia. Ini yang 'selagi-tak-kena-batang-hidung-sendiri, selagi itu tak simpati dengan nasib orang'.
“Jaga-jaga bang, nanti turn abang pula kena… Lagi pun sebagai orang Islam, kita kan bersaudara,” kata Zul berasional.
“Ah, itu saya tak peduli, saya ni atas pagar….” Bangga dia memberitahu dirinya yang ‘atas pagar’. Ada orang kampung saya yang juga mengaku dirinya atas pagar. Waktu pilihan raya dia pergi mengundi tetapi dia pangkah dua-dua, biar jadi undi rosak kata-katanya. Boleh? Cettt!
Saya sebenarnya tidak kisah tentang pemilihan orang. Bulan, dacing, roket atau apa-apa pun. Cuma saya amat berbulu dengan manusia yang tiada pendirian.
Namun bak kata Dr Rubiah K Hamzah, kita kena positif dengan orang sebegini, baik dalam fikiran dan perasaan kita terhadapnya. Kita kena tunjukkan sikap baik pada dia… Biarlah dia negatif, kita kena positif. Aduh... susahnya.


Cerita aura negatif 3
“Aku tak banyak dosa macam kau, tak suka mengata orang macam si Bono tu, tak suka jaga tepi kain orang, menyibuk-nyibuk macam si Idah tu. Aku juga tak suka cakap kosong buang masa…Eh, Kusyi, apa fasal kau gemuk sangat. Zul tu elok saja kurus… heheh…” Kata Syila, kawan sekolah lama saya. Kami berjumpa kembali di Ampang Point.

Nak tergelak pun ada, nak marah pun ada. Hendak tergelak kerana dalam dia sibuk mempromosi dirinya yang ala-ala ‘maksum’ tu, pendek kata tak buat dosa, di waktu sama dia mengata macam-macam orang, laju macam keretapi.
“Kau kerja mana, Syila?” tanya saya. Saya pun tak tahu nak cakap apa lagi. Orang sebegini sebenarnya saya suka elak sebab aura negatifnya sangat ketara.
“Ala… aku ni kerja biasa-biasa saja. Kat office aku tu kiranya aku ni orang nombor dualah, orang kepercayaan pengarah urusan. Aku ni biasa saja tapi semua orang respect dan takut kat aku. Aku kata A, A lah… hehaha…. Aku ni biasa saja, Kusyi… company aku tu kalau kau selalu tengok tv memang selalu ada, kami ada beli iklan, tajaanlah… baru-baru ni aku pergi Johor mesyuarat wakilkan pengarah urusan aku tu. Aku tak mainlah duduk hotel murah-murah, lima bintang aja…”
“Aku selalu duduk Seri Malaysia saja…”
Dia tergelak. “Apa kelassss….”
“Kau sebagai apa di situ, di syarikat tu….”
“Alahh… jawatan aku ni biasa-biasa saja. Bukanlah glemer macam kau, wartawan lagi. Eh, wartawan ni banyak buat dosa kan? Mengata sana sini, mengumpatlah. Eeee... aku ni tak buat semua tu. Aku ni tak adalah buat dosa pun. Kerja pun biasa-biasa saja. Tak macam kau, tulis bukulah, alahhh… nak popularlah tu. Tak malu ke? Eh, buat buku ni senangkan. Tulis haprak pun orang beli kan…”
Saya mengharapkan Zul menelefon sebab aura negatif Syila buat saya loya.

Alhamdulillah, balik ke office, buka emel, saya menerima emel aura positif dari kawan sekolah saya yang lain. Aszurina yang bekerja di Bukit Mertajam.

‘Kusyi, tanda sokongan dan bangga aku pada kamu, aku nak beli secara online Siri Kembara Hafiz – Dunia Baru dan novel Menjemput Ida.’

Sahabat saya, Niza (yang sama-sama menyertai misi Amal ke Pakistan lalu) datang ke pejabat menjalin kembali silaturahim yang lebih dua tahun tidak bertemu. Selain catch up keadaan masing-masing, dia juga mengucapkan tahniah pada kelahiran novel-novel saya yang baru diketahuinya. Dia hadiahkan saya frame gambar. Satu lagi aura positif…

Oh, Ain Maisarah, rakan penulis yang masih muda juga mengucap tahniah atas kelahiran Menjemput Ida. Saya mula melupakan segala aura negatif seminggu lalu. Harap ia tidak datang mengganggu lagi.

Selamat menyambut merdeka dan juga kedatangan bulan penuh rahmat, Ramadan yang kita rindui. Pergandakan amal ibadat bersama-sama, jangan lepaskan peluang keemasan ini. Ramadan datang setahun sekali.

kusyihirdan@gmail.com

22 Ogos 2008

 

Bacakan Saya Satu Cerita

Anda Pengunjung

ke:

 

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com

 

   
   
   
   
   

PERKHIDMATAN JURU

GAMBAR

Majlis perkahwinan, pelancaran produk, penyampaian sijil (tadika), makan malam syarikat & majlis rasmi

 

PENGUMUMAN:

Untuk menghadiri kursus penulisan, sila berhubung dengan kami di jendelaku06@yahoo.com untuk pendaftaran awal dan juga aturcara program. Diadakan di Desa Pandan, yuran RM120, pelajar - RM100, berkumpulan 5 orang - RM80.

 

Dapatkan Menjemput Ida di pasaran.

Boleh tempah terus daripada kami dengan cara ini http://www.jendelaku.com/pcp.htm .

 

Harga Promosi potongan 25%. Beli secara online akan berserta tandatangan penulis.