Halaman UtamaKata KusyiProdukKaunselingAgamaAkhmar

New Page 2

Kenali Salina Ibrahim - 14 Julai 2006

SALINA IBRAHIM saya kenali asalnya sebagai rakan wartawan saja. Kami umpama berkongsi pengalaman sama. Boleh dikatakan pengalaman lucu juga tetapi sebenarnya inilah pemula hubungan rapat sehingga kini. Semuanya kerana penganalisa jenayah Kamal Effendi Hashim. Kami berdua sering berjumpa jika ada bengkel tentang jenayah wanita yang antaranya kendalian Kamal. Sementelah dua-dua kami mewakili majalah wanita tempatan, jadi acap kalinya, kami juga yang turun padang. 

Begitulah segalanya berputik sampaikan kami sering berlucu, yang kami sudah hafal semua dialog Kamal Effendy.

Ada yang memanggilnya Lina atau Ina. Saya tidak ingat macam mana mulanya saya boleh memanggilnya Sal...

Sebenarnya selain rakan wartawan, Sal telah mendahului saya dalam penghasilan novel. Jika saya baru tiga, Salina lebih banyak lagi. Saya rasa tentu ramai yang mengenali gadis kecil molek ini.

Dia sudah menghasilkan enam buah novel. Hebat, detik hati saya. Saya bangga dengan Salina dan dapat rasakan kekentalan jiwa seorang wanita pada dirinya.

"Saya orang biasa saja kak! Di kalangan adik-beradik, boleh dikatakan, saya anak yang paling berdikari. Walaupun saya anak bongsu, perempuan tunggal pula (ada tiga abang yang gagah perkasa belaka!), tetapi sayalah anak yang paling tidak suka menyusahkan keluarga. Dulu-dulu tu mungkinlah... masa masih belajar dan belum pegang duit sendiri. Dahulu saya pernah menyusahkan keluarga kerana saya hendak sangat masuk universiti dan salah seorang abang terpaksa menyara saya lebih kurang setahun. Tetapi selepas keluar universiti, bekerja dan ada duit sendiri, saya berusaha untuk tidak hampakan keluarga, sekiranya mereka memerlukan bantuan. Bab berdikari itu, abang-abang saya memang respect habis pada saya!"

  •  

    Salam

    Ramadan

  •  

    Kata Salina, keluarga tahu sikapnya yang keras hati. Pendek kata dia orang biasa saja, yang tabah menghadapi dugaan. Layanan keluarga padanya, sama rata.

    "Tetapi sesekali kisah saya keluar di akhbar atau tengok novel saya di kedai, mereka bangga juga. Lucunya, ada kawan-kawan mereka yang tak percaya! Kata abang sulung, kawannya tak percaya apabila dia tunjukkan gambar saya yang tersiar di akhbar. Kata kawannya, “tak percayalah dia adik hang. Dia hebat, kenapa hang tak hebat?” Lebih kurang begitulah, kelakar tak? Sebenarnya saya tak pernah rasa diri glamor atau hebat pun! Kalau saya bandingkan dengan rakan penulis lain yang lebih bagus, saya rasa saya jauh ketinggalan."

    Adakah nama dan kelarisan novel membuatkan Salina besar kepala dan lupa diri?

    "Mana boleh begitu. Saya mudah berkawan kalau orang ikhlas hendak berkawan dengan saya tanpa ada kepentingan apa-apa. Kalangan penulis ni orang kata, ada ‘angin’. Mungkin kadangkala kerana ‘angin’ tu, ada orang anggap saya sombong, berat mulut dan sebagainya. Memang dalam keadaan tertentu, saya memilih untuk diam (dan mendengar) daripada bercakap. Selain itu, sebagai wartawan (kerjaya hakiki saya), saya banyak buat kawan dengan orang dan ramai yang cakap, sekali berbual dengan saya, macam dah kenal lama!"

    Salina sangat low profile dan merendah diri. Ini dapat dikesan apabila ramai kawan baru yang dikenalinya semasa bekerja, tidak sedar dirinya seorang novelis. Ada yang sangka Salina Ibrahim yang mereka kenal sebagai wartawan tidak sama dengan Salina Ibrahim novelis! Di kalangan rakan wartawan pun, ada yang tak tahu. "Apabila ternampak muka saya dalam akhbar (wawancara mengenai penulisan kreatif), barulah mereka cakap pada saya, 'tak tahu pula awak ni novelis!' Hal itu sangat biasa berlaku."

    Tentang novel 

    "Baru enam buah kak... maknanya akan ada lagi, lagi dan lagi selepas ini, Insya-Allah. Novel pertama berjudul ‘Mahligai’ diterbitkan pada tahun 2001, ‘Anjung Warisan’ (2002), ‘Untukmu Hana....’ (2003), ‘Kombinasi Bunga Cinta’ (2004), ‘Atas Nama Kasih’ (2005) dan terkini ‘Syurga di Hati’ akan berada di pasaran Ogos ini."

    Banyak tu. Selain sibuk dengan tugasan tetapnya, Salina aktif berkarya. Ideanya mengalir bak air laju, selari dengan jiwa kreatifnya. Agak-agaknya, yang mana satu paling bermakna, tanya saya?

    "Semua novel pun memberi makna dan berkesan di hati saya secara peribadi. Secara satu per satu, begini lebih kurang. ‘Mahligai’ – adalah novel saya yang pertama diterbitkan, walaupun tema atau jalan ceritanya biasa sahaja tetapi novel pertama itu yang menyebabkan saya terus kekal dalam penulisan genre novel ini. Saya pernah terfikir, jika novel itu gagal di pasaran, saya akan berhenti tulis novel. Tetapi alhamdulillah, Mahligai mendapat sambutan pembaca. Sokongan dan komen membina pembaca (termasuk kawan-kawan, guru-guru dan beberapa sarjana yang pernah membaca novel itu) menguatkan semangat saya untuk terus menulis novel.

    "‘Anjung Warisan’ – walaupun ada pembaca memberi komen ia tidak ‘semanis’ Mahligai (kerana bumbu cintanya tidak ketara, kata mereka) tetapi novel ini memberi makna kerana saya terasa begitu payah ketika menghasilkannya. Saya menulis ‘Anjung Warisan’ dan ‘Mahligai’ hampir serentak sebenarnya. ‘Anjung Warisan’ disiapkan dahulu tetapi saya tidak menghantarkannya ke mana-mana. Selepas ‘Mahligai’ diterbitkan, saya bersemangat semula untuk merombak ‘Anjung Warisan’.

    "‘Untukmu Hana...’ pula menurut kritikan seorang sarjana, menampilkan ‘feminisme ala Salina Ibrahim’. Saya menulis mengenai perhubungan seorang anak dan ibu dengan menyelitkan kesungguhan dan keazaman seorang wanita mendapatkan haknya dalam pendidikan dan menentukan pasangan hidup. ‘Kombinasi Bunga Cinta’ menghimpunkan tiga novel saya, ‘Bunga Cinta’, ‘Kelopak Kasih’ dan ‘Hujan Sudah Teduh’. Semua novel pendek ini ada ceritanya yang tersendiri dan sangat bermakna bagi saya. ‘Bunga Cinta’ contohnya adalah novel pertama yang saya tulis selepas tamat pengajian tetapi tidak pernah diterbitkan sehingga ia diterbitkan bersama dua novel lain. ‘Atas Nama Kasih’ istimewanya pada saya kerana salah satunya watak utamanya sangat akrab dengan saya. Watak Kasih – seorang anak kecil lima tahun dalam novel itu, saya angkat daripada karakter anak buah kesayangan saya. Begitu juga, ‘Syurga di Hati’, ada nilai tersendiri pada saya secara peribadi."

    Apa perancangan pada novel seterusnya? Mungkinkah nanti nak jadi publisher dan terbitkan pula novel orang lain?

    "Novel keenam (Syurga di Hati) baru saja keluar di pasaran. Saya pernah terfikir, selepas novel keenam ini, saya hendak berehat sebentar daripada penulisan novel. Tetapi semua ini bergantung pada keadaan. Jika saya tidak menulis novel, saya masih akan terus menulis dalam genre kreatif lain seperti cerpen. Mungkin juga akan cuba genre penulisan lain.

    "Sebenarnya, dalam dunia penulisan kreatif, saya bermula dengan cerpen sejak umur belasan tahun lagi. Selepas lama menulis cerpen, saya beralih ke genre novel sejak enam tujuh tahun lalu. Saya pernah berhenti menulis cerpen selama dua tahun (2003-2004) kerana ingin beri perhatian pada penulisan novel.

    "Tahun 2005, saya kembali semula menulis cerpen. Sebuah cerpen saya yang tersiar dalam media terbitan Kumpulan Utusan pada tahun 2005 memenangi hadiah penghargaan kategori cerpen Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2005. Penyampaian hadiahnya pada 19 Julai ini akan disempurnakan oleh Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Syed Jaafar Albar. Kemenangan kecil ini sebenarnya menaikkan semula semangat saya untuk kembali ke genre cerpen.

    "Jadi penerbit? Saya pernah ada cita-cita untuk terbitkan novel sendiri. Novel sendiri dahulu, jangan fikir lagi mengenai novel orang lain. Cuma tidak tahu bila. Sekarang, saya ada banyak komitmen lain. Saya masih makan gaji, masih seronok dengan kerja sekarang, masih hendak timba pengalaman."

    Tentang keluarga

    "Dalam keluarga, saya satu-satunya yang minat menulis. Abang-abang saya, jangan kata menulis, membaca pun mereka tak gemar!" Sebab itu mereka tidak pernah baca novel saya, setakat menyelak muka surat dan baca kulit saja! Kadangkala saya pelik juga memikirkan hal ini. Tetapi saya fikir hal ini juga sebenarnya yang menjadikan saya hari ini.

    "Sebagai anak perempuan tunggal paling kecil dan hidup dalam lingkungan abang-abang yang kuat membuli, saya kadangkala terasing daripada mereka. Memang kami rapat, sewaktu kecil mereka bawa saya masuk hutan, panjat pokok dan menggodak parit, tetapi dalam keadaan tertentu, saya masih tidak boleh bebas seperti mereka. Mungkin sebab itu, saya bina dunia saya sendiri melalui buku.

    "Dahulu emak saya ada koleksi majalah Wanita yang disimpannya sejak tahun 70-an. Sewaktu kecil saya membesar dengan sepupu yang sudah remaja dan mereka suka membeli majalah hiburan (URTV ketika itu). Majalah-majalah itulah yang saya baca sebagai mengisi masa apabila ditinggalkan seorang di rumah. Saya khatam semuanya, sampai koyak-rabak sehingga emak saya buang habis.

    "Emak saya pandai menjahit dan menyulam (menggunakan mesin jahit). Seorang abang saya suka melukis. Seorang lagi abang pernah belajar pertukangan besi di institut kemahiran. Mungkin ini antara bakat seni yang ada dalam keluarga kami. Hanya saya seorang yang menulis."