Halaman UtamaKata KusyiProdukKaunselingAgamaAkhmar

New Page 2

Bengkel Penulisan Skrip anjuran AK Perdana Productions di Bukit Gantang

AKHIRNYA: Semua peserta bengkel bergambar membelakangkan dusun di Bukit Gantang di panas rembang.

 

Bengkel penulisan Skrip berlangsung dengan suasana ceria di Maju Eco-Farm & Resort, Bukit Gantang, Perak. Majlis anjuran AK Perdana Productions yang diuar-uarkan dibuat dengan kerjasama Finas agak menghairankan kerana sehingga ke hari terakhir bengkel tiada langsung wakil Finas yang muncul.  Ketua Bahagian Latihan Finas, Ahmad Tarmidzi Selamat, dijadualkan menyampaikan sijil kepada peserta juga hanya tinggal nama.

 

Gambar kiri: Antara peserta bengkel.

Semangat berkobar-kobar peserta kursus antaranya pelajar seni filem, wartawan, novelis, pensyarah, pelakon, jurugambar dan juga peserta yang datang dari Melaka, Johor, Kuala Lumpur, Perak (berkhidmat dengan badan-badan profesional) sepatutnya dilihat Finas. Usaha murni AK Perdana ini memang positif walau tempat kursus dijalankan tidak bersesuaian. Pengisian format skrip bagi yang tidak mempunyai asas juga tiada. Mungkin penganjur beranggapan semua peserta pernah atau pun ada pengalaman menulis skrip. Sebenarnya ketika berbual-bual dengan peserta, jendelaku mendapat tahu bahawa ada dari mereka yang langsung tidak mengenali terma INT, EXT, MS dan apa yang dimaksudkan cut, intercut dan filtered.

Bengkel lebih menjuruskan dari sudut pengarahan dan pengarah berpengalaman Yusoff Mohamed (gambar) sudi berkongsi pengalaman berharganya. Tidak ada penulis skrip profesional seperti yang diharapkan, menyampaikan kertas kerja.

 

 

 

 

Beratur untuk sesi soal jawab dengan KPN Musa Hassan