Halaman UtamaKata KusyiProdukKaunselingAgamaAkhmar

New Page 2

DARLING - Baru 23 tahun sudah ada company sendiri

Tulisan: Kusyi Hirdan (kusyihirdan@gmail.com)

Gambar: Zul Haron

 

DALAM ramai adik beradik dari keluarga seni Ngasri Sain - hanya Darling atau Nasreen saja yang serius di depan dan belakang tabir. Baru menjengah usia 23 tahun, Nasreen dan adik beradiknya boleh dikatakan 'veteran' dalam dunia seni lakonan drama. Mereka masing-masing bermula sejak kanak-kanak. Kadang-kadang kita lupa mereka sudah dewasa dan kini kalau berlakon membawa watak isteri dan ibu muda pula. Jendelaku sempat bertemua Nasreen ketika sama-sama mengikuti Bengkel Penulisan Skrip berunsur Islam anjuran IKIM. Dia datang sendiri dan tidak kisah bercampur gaul dengan orang yang baru dikenali walau sepanjang dua hari hanya dia seorang saja artis dan sering mendapat perhatian. Nasreen pandai membawa diri dan tidak sombong.

 

Namun apa pun pandangan dan tanggapan masyarakat, Nasreen meneruskan langkahnya menuju kedewasaan dan kematangan. Dia tidak berpatah menoleh ke belakang tetapi denga penuh semangat dan jiwa yang kental, meneruskan cabaran yang bukan mudah untuk orang muda, wanita pula, lalui. Nasridz Pictures Sdn Bhd kebanggaannya kini.

Darling nampak matang...
Memang pun. Saya sendiri dapat rasa. Lagi pun kami adik beradik mula bekerja di usia sangat muda, jadi pelbagai perkara dan cabaran kami lalui. Bercampur dengan pelbagai jenis orang dan karenah, semua itu mematangkan.

Sekarang sudah jadi kakak pengantin... Apabila si adik Anne, mengambil keputusan untuk kahwin dah melangkah bendul, apa agaknya perasaan Darling?
Risau. Bukan risau kerana dia melangkah bendul tapi risaukan dia. Tetapi segalanya berjalan lancar sekarang. Saya? Saya belum ada sesiapa dan untuk kahwin dalam masa terdekat rasa tidak mungkin. Masih banyak lagi yang hendak saya buat, saya memerlukan banyak masa untuk memantapkan perniagaan. Sebab langkah bendul, mengikut adat saya dapatlah sepersalinan pakaian dan sebentuk cincin.

Sendirian ke sana ke mari, nampak juga Darling berani dan indipendent...
Semua itu sudah jadi biasa bagi saya. Kalau di syarikat, saya ada staff yang membantu tetapi untuk ke mana-mana saya biasa sendirian. Lagi senang. Dari kecil saya sudah belajar buat kerja sendiri dan bertanggungjawap untuk diri sendiri. Kena jaga diri, pakaian dan hafal skrip sendiri. Awalnya memang ibu bapa ada menemani tetapi selepas itu kami diberi kepercayaan untuk bergerak sendiri sebab ibu bapa pun ada tanggungjawap mereka sendiri. Sekarang ini kalau memandu atau perlu travel ke mana-mana, dalam KL atau luar daerah, saya biasa memandu sendiri saja.

Sebagai orang 'veteran' Darling masih mencari ilmu, contohnya baru-baru ini ikut serta kursus penulisan skrip.
Saya masih mencari ilmu yang rasanya masih sikit di dada. Kalau saya tahu ada seminar atau kursus yang berkenaan dunia lakonan atau perniagaan, memang saya suka pergi dan cari peluang untuk menimba sebanyak-banyak ilmu yang boleh. Macam kursus skrip baru-baru ini, memang saya orang lama dan boleh dikatakan pernah tengok beratus-ratus skrip, hidup dengan skrip tetapi saya mahu tahu lebih dalam bidang itu. Mahu tahu teknik dan cara dari orang-orang yang lebih tahu dan berpengalaman. Saya sebenarnya ada cita-cita untuk berjaya sebagai penulis skrip dan pengarah suatu hari nanti. Jadi sekarang perlu belajar dan mengumpul pengetahuan dan pengalaman.

Bila turut serta dalam kursus penulisan skrip yang ada unsur-unsur Islam, kini saya lebih terbuka minda dan tahu tentang jalan cerita keislaman pula. Mungkin nanti saya akan terbitkan drama sebegitu pula. Sekurang-kurangnya kini saya semakin jelas tentang garis panduan dan idea-ideanya. Sekarang ni memang ada drama yang keislaman cuma ciri-cirinya tidak begitu ditekannya. Tak begitu banyak.

Cabaran Darling setakat ini?
Memang saya seorang saja yang terlibat bidang perniagaan sekarang dalam keluarga kami. Waktu belajar dulu saya ambil jurusan perniagaan jadi mungkin itu semua kena mengena dengan apa yang saya buat sekarang, yang menimbulkan minat. Walau saya masih muda tetapi saya tak mahu fikir apa orang kata yang nanti akan melemahkan semangat saya. Keluarga pun hairan dan risau tetapi bila lihat kesungguhan dan kerja kuat saya, sekarang mereka dapat terima, saya betul-betul serius. Lihat pula hasilnya, kalau dulu ada yang bising-bising, sekarang sudah senyap. Saya rajin membaca dan kalau tengok petua kejayaan ahli perniagaan berjaya lain, selalunya mereka langgar saja apa yang ditohmah, ikut hati sendiri selagi ia baik dan tidak langgar norma budaya dan agama.

Tapi saya masih dalam proses belajar dan tidak kisah mendapat teguran daripada orang lain. Saya suka mendengar pandangan orang belajar dari mereka.

Projek terkini
Mula 15 Jun program Diari Anak Seni musim ke 4 akan bersiaran setiap Khamis di TV1. Antaranya ada Jac Victor, Fasha Sandha, Mohram dan kami juga ke Singapura bertemu Kassim Masdor dan Neng Yatimah. Lokhman Ghani pun ada. Jadi jangan lupa menontonnya.