Halaman UtamaKata KusyiProdukKaunselingAgamaAkhmar

New Page 2

ARAK PALING DEPAN, KENAPA BEGITU?

 

Pemandangan gadis manis bertudung, bukanlah asing di Seven Eleven. Mengaitkan mereka dengan penjualan arak memang tidak munasabah tetapi itulah yang berlaku.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Lihat gambar: Mengapakah yang haram dan halal diletak sederet, tidak diasingkan. Sudahlah warnanya lebih kurang sama.

 

Seorang lelaki pernah menegur keadaan ini di dalam laman web bnbbc

http://www.bnbbc.org.my/forum/viewtopic.php?pid=386

"Saya perhatikan perkara ini adalah pandangan yang biasa diperhatikan di sekeliling kita. Yang lebih menyedihkan petugas di kaunter yang menjual arak ini adalah muslimah yang memakai tudung di kepala.

Mereka ini pakai tudung sebab trend sekarang pakai tudung tanpa menyedari betapa besarnya dosa menjual arak itu.

Pemahaman begini adalah lazim di kalangan umat Islam di Malaysia dewasa ini. Mereka beranggapan kalau minum arak sahaja berdosa besar.

Mereka lupa akan ancaman-ancaman yang telah dinyatakan di dalam Al-Quran dan Sunnah berkenaan perihal dosa arak.

Penjual, pembeli, penghidang, peminum, pembawa, etc, semuanya terlibat di dalam dosa besar.

Pendek kata, sesiapa juga yang terlibat di dalam penghasilan arak sehingga sampai ke lidah peminumnya, mereka juga mendapat sahamnya. 

Saya amat berharap, di bawah pendekatan Islam Hadhari yang cuba di bawa oleh Pak Lah, perkara seperti ini mestilah dipandang serius.Sekiranya terdapat keperluan untuk non-Muslim berkenaan arak, asingkan umat Islam dari sebarang bentuk penglibatan langsung.

Adakah tidak terdapat orang lain untuk menjaga kaunter penjualan arak?

Saya telah banyak kali menulis kepada pasaraya seperti Giant, dan sebagainya yang tidak sensitif dengan perkara ini.

Saya juga telah beberapa kali menegur (dengan cara yang baik) para cashier Muslim di pasaraya-pasaraya besar, pasaraya kecil, etc, yang langsung tidak membantah apabila orang ramai membeli arak dan membayar di kaunter-kaunter mereka. Apabila ditegur (dengan cara yg baik), mereka hanya senyum sahaja?? Seolah-olah itu perkara kecil sahaja.

Saya amat berharap agar isu ini dibawa ke Parlimen oleh YB Shahrir. Sekurang-kurangnya pihak JAKIM mesti menetapkan penjualan arak mestilah hanya melibatkan golongan non-Muslim. Kita tidak perlu berbalah mengenai perkara ini. Kita cuma ingin katakan bahawa kita tidak boleh terlibat dengan aktiviti arak dalam apa jua bentuk. Sekiranya golongan non-Muslim memerlukannya, kerajaan harus memastikan ianya diuruskan dari A sampai Z oleh non-Muslim. Itu sahaja."