Salam Aidilfitri

Halaman UtamaKata KusyiProdukKaunselingAgamaAkhmar

New Page 2

Fiesta Meh Cari Kerja - Nisa' Terengganu

Tulisan: Kusyi Hirdan (jendelaku06@yahoo.com)

 

HEBAT. Program yang dirasakan begitu dekat dengan masyarakat. Bagi saya masalah utama ahli masyarakat kita sekarang ialah kesukaran mencari kerja, baik yang berkelulusan tinggi atau sekadar SPM. Begitu juga yang mahu membuat pilihan lain dalam pekerjaan, ramai yang merasa mereka perlu terima apa yang ada atau apa yang diberi. Jangan komplen, kerjalah di situ sampai bersara!

Nisa' Terengganu membuka ruang kepada kita untuk lebih menjelajah diri dengan memberi peluang pekerjaan, mendekatkan kita pada ruang kosong yang mungkin tidak tidak tahu kewujudannya.

Jendelaku mendekati Daing Siti Norbaity bt Haji Abdul Latif, pengarah program Fiesta Meh Cari Kerja.

Adakah ini program anjuran Nisa' yang pertama?

Iya. Tapi kalau nak dikatakan yang pertama di Terengganu, setakat ni
pernah dibuat oleh kumpulan lain iaitu Sure Kerja di Marang, tapi tak banyak peluang pekerjaan dan promosinya kurang meluas di kalangan rakyat Terengganu. Jadi ramai yang tidak tahu tentangnya. Satu lagi Jom Cari Kerja di SK Gelugor, bagi saya kurang memuaskan peserta kerana hanya menawarkan kekosongan jawatan di kilang-kilang, yang mana selepas 2 bulan kilang-kilang yang menyertai ada yang telah ditutup.

Apakah harapan Nisa'?

Kami di Nisa' amat berharap program ini sebagai batu loncatan kepada Nisa' untuk meneroka sesuatu yang baru dalam hasrat kami untuk dekat dan membantu masyarakat.

Kami mahu lebih memainkan peranan yang lebih efektif kepada golongan sasaran Nisa'. Selain menekankan program tarbiah, Nisa' Terengganu khususnya Unit Kerjaya amat berharap program yang bakal berdepan dengan masyarakat umum ini akan membawa mesej Nisa' yang mementingkan kebajikan dan kasih sayang.

Nampaknya Nisa' ternyata serius dalam mencarikan kerja untuk masyarakat, adakah Nisa' bersedia untuk bergabung dengan jabatan buruh atau sekadar kerjasama dengan majikan?

Kami memang serius ingin menjalinkan kerjasama dengan mana-mana pihak sama ada kerajaan, swasta atau NGO sendiri. Dalam program ini, kami memohon daripada Jabatan Tenaga Kerja Terengganu untuk hebahan kepada mereka yang berdaftar sebagai penganggur atau pencari kerja.

Kami juga memohon kepada Unit Tabung Darah Hospital Kuala Terengganu agar membuka kaunter derma darah dalam program ini, selain agensi Anti-Dadah Kebangsaan Cawangan Terengganu dan Darussyifa'.

Bekerjasama dengan majikan pula, sudah pasti, demi menjayakan program dan misi Nisa'. Walaupun agak sukar menerima kerjasama dari badan-badan kerajaan, kami berusaha menjalinkan usahasama sedaya mungkin.

 

 

DI BAWAH KAMI LAMPIRKAN SYARAT-SYARAT UNTUK ANDA TURUT SERTA DALAM FIESTA INI.

 

 

 

 

Syarat dan persediaan untuk ke Fiesta Meh Cari Kerja

Tarikh : 24 November 2006
Hari : Jumaat
Tempat : Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1, Kuala Terengganu, Terengganu.
(berhadapan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu)
Masa : 09.00 pagi - 05.00 petang

Antara yang perlu dibawa ialah :
- Salinan kad pengenalan
- Salinan sijil kelulusan/Transkrip
- Resume (2 salinan), soft copy & hard copy
- Gambar berukuran pasport
- Berpakaian kemas (sebab ada walk-in interview)

Antara jawatan yang ditawarkan :
- Eksekutif zakat
- Pengurus
- Perekabentuk grafik
- Kerani
- Guru tadika/guru taska/guru tuisyen
- Pembantu am
- Office boy
- Programmer
- Pembantu akaun

Jawatan ini meliputi kekosongan di negeri Terengganu, Kelantan dan Kuala Lumpur.
Lebih dari 300 kekosongan.

Sebarang masalah atau pertanyaan:
Pejabat Nisa' Terengganu (office hour sahaja)- 09-688 5699
Pengarah program - Baity (013-506 0645)