Halaman UtamaKata KusyiProdukKaunselingAgamaAkhmar

New Page 2

Nik Aida - Dulu pendiam kini DJ popular

Tulisan: Kusyi Hirdan (kusyihirdan@gmail.com)

Gambar: Zul Haron

 

NIK AIDA mudah mesra. Sebagaimana mesranya suaranya di dengar dari corong radio, di luar, orangnya begitu juga. Mula menjadi warga RTM sejak 1 November 1997, pelbagai cabaran, pahit maung telah dilaluinya. Bermula sebagai pekerja sambilan di radio Kota Bharu dia kemudiannya berjaya menjawat jawatan tetap di stesen radio kerajaan itu.

 

Lampai, bergaya, dia amat merendah diri. Walau dengan pengalaman hampir 10 tahun dia tetap merasakan dirinya masih perlu banyak belajar dan mengembangkan pengetahuan demi minat mendalam pada bidang penyiaran. , Nik Aida amat merendah diri. Walau dengan pengalaman hampir 10 tahun dia tetap merasakan dirinya masih perlu banyak belajar dan mengembangkan pengetahuan demi minat mendalam pada bidang penyiaran.

"Dari kecil memang saya minat muzik. Jadi kerjaya ini memang sesuai dengan jiwa saya. Segalanya bermula dari ayah, dia dedahkan saya dengan muzik dan rancangan radio. Ayah belikan perakam suara dan mengajar saya menggunakannya. Saya juga gemar meniru aksi pembaca berita dalam tv dan ini secara langsung memupuk minat di bidang ini sejak kecil.

Tentang cabaran
"Memang ada tekanan tersendiri. Jadi juruhebah dan DJ ni bukan perkara mudah, kena penuh konsentrasi dan ada kreativiti. Kesabaran dan daya tahanan juga mesti ada. Apatah lagi kita kena bekerja dengan IT dan orang ramai secara terus. Berinteraksi dengan mereka. Tetapi pengalaman yang dituai setiap hari memberi pengajaran dan mematangkan saya.

"Saya seronok jadi DJ kerana minat mendalam pada muzik dan lagu. Selain menghiburkan pendengar, diri sendiri  terhibur sama. Jiwa saya memang di dunia penyiaran."  

 Gambar kiri : Nik Aida   bersama

 rakan sekerja Zulas3.

 

Menurut Nik Aida, jika tidak menjadi DJ dia mungkin masih di dunia bank.

"Itu kerjaya pertama saya. Mungkin saya di bidang seni juga. Bank rasanya tidak sejiwa, saya cepat bosan. Saya suka kerja yang menggunakan suara, bila bercakap dan memberi penerangan kepada orang, memang saya suka."

Gadis putih kuning ini sangat meminati seni lukisan. Dia suka dan pandai melukis. Lukisan yang paling dikagumi ialah hasil tangan ayahnya sendiri. "Memang cantik lukisan ayah. Bakat ayah jatuh ke saya. Waktu sekolah  memang saya terkenal dengan bakat melukis. Cikgu dan kawan-kawan waktu sekolah semua tahu. Teringin nak melukis semula dan menyimpan koleksi sendiri. Tetapi sekarang, masa tidak mengizinkan."

Jika ada yang mahu meminta Nik Aida melukis, kemudian lukisan itu dijual         bagi tujuan kebajikan, dia tidak keberatan. Dia tidak kisah bekerjasama untuk tujuan-tujuan kemasyarakatan.

Kesibukan dan komitmen kerja, bagaimana dengan hidup sosial Aida?

"Oh, saya bukan jenis yang suka bersosial. Lepas kerja terus balik rumah. Kawan-kawan boleh dibilang. Saya sebenarnya suka menyendiri. Saya memang dikenali oleh kawan dan keluarga dengan sifat pendiam. Namun dalam diam-diam tu saya ada bakat yang dipendam yang kemudiannya bila jadi DJ memang keluarga dan kawan-kawan sangat terkejut. Sebenarnya saya suka low profile dan tidak suka menonjol. Kalau misalnya diminta oleh guru, barulah waktu itu saya menunjukkan 'kelebihan' yang ada.

Hubungan anak sulong dari tiga beradik dari Terengganu ini sangat rapat dengan setiap ahli keluarganya. Emaknya agak garang tetapi itu tidak menjarakkan hubungan mereka sebaliknya dia sering berkongsi cerita dengan emaknya. Ayahnya pula bersifat lembut tetapi amat memahami dan senang berbincang.

Dengan sifat semulajadi yang mudah tertawa, Nik Aida mudah didekati dan amat berbangga dengan pencapaian stesen KLFM yang sudah mempunyai sahabat siber lebih kurang 101,500. Nik juga bercita-cita menjadi pengacara di televisyen. Wajah komersil, tubuh slender dan suara menarik, mungkin tiada masalah untuk dia muncul di layar televisyen. Semuanya bergantung pada peluang dan rezeki. Kepetahan dan pengalaman di radio rasanya bonus kelebihan yang sungguh menyakinkan.

Pernah berlakon watak kecil dalam drama Gerak Khas, Nik Aida mengakui mempunyai minat di bidang itu. Nampaknya dia suka mencuba pelbagai bidang seni namun begitu tidak suka mengejar glamor sebaliknya mahu melakukan kerjanya sebaik mungkin, sebagaimana yang diamanahkan.

 

Panggil saya Nik Aida saja!


Hendak panggil Nik atau Aida, tanya saya.

"NIK AIDA! Bukan Nik atau Aida. Pernah terfikir hendak letak nama samaran seperti yang banyak dibuat DJ-DJ lain tetapi bila fikir-fikir balik, Siti Nurhaliza pun menggunakan nama penuhnya sendiri, jadi kenapa tidak saya berbangga dengan nama yang diberi ibu bapa saya ini."

Bagaimana mengelakkan putus idea setiap kali bersiaran?


"Kena banyak mendengar stesen radio lain, bukan hendak meniru tapi ia pendedahan yang positif. Begitu juga interaksi dengan kawan-kawan dan masyarakat, minda kita akan lebih terbuka. Kena juga banyak membaca akhbar, buku dan majalah, jadi kita peka isu semasa dan tidak ketinggalan zaman.

Nota: Terima kasih Kak Azizah Isa membantu jendelaku.com bertemu Nik Aida.