Salam Aidilfitri
Kepada 192 pasangan - Selamat pengantin baru
KUALA LUMPUR 11 NOV 2006: Seramai 73 jurunikah mengijab kabulkan 192 pasangan
pengantin baru dengan mengambil masa 15 minit saja.
Berlangsung meriah di Dewan Solat, Masjid Wilayah Persekutuan program ini anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) itu mencatat sejarah sebagai majlis akad nikah terbesar di negara ini dan diiktiraf Malaysia Book of Records (MBR).

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail dan Raja
Permaisuri Agong, Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid berkenan meraikan pengantin
baru itu pada jamuan tengah hari selepas itu.
Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Abdullah Md Zin dan
Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali.
Ia adalah kali kedua program seumpamanya dianjurkan MAIWP. Tahun lalu, program
itu disertai 106 pasangan.

Pengantin dari pelbagai latar belakang yang menyertai program itu menyifatkan
usaha MAIWP itu mengelakkan mereka daripada menangguhkan pernikahan.

