
Raja Nazrin kini menjadi kebanggaan rakyat Perak. Apabila raja bergelar prihatin dan tampil ke depan membela nasib rakyat, kasih pasti tertumpah dan mengaguminya.
Walau pun Salleh dan Jamil mendapat keampunan Sultan Kedah namun kerana mereka rakyat Perak ternyata Raja Nazrin tidak mahu 'lepas tangan' sebaliknya turut sama memberi sokongan penuh.
Baginda juga berharap apa yang menimpa Salleh dan Jamil dijadikan ikhtibar kita semua.

Kagum dengan Raja Nazrin Shah
BIARPUN saya kini tidak lagi
tinggal di negeri Perak, saya amat bangga untuk mengakui sebagai rakyat
Perak. Selain pasukan bola sepak yang tidak pernah gagal memasuki Piala
Malaysia, saya juga bangga dengan sifat terpuji keluarga Diraja negeri
kelahiran saya, seorang yang berpendidikan tinggi dan begitu mencintai
rakyatnya.
Sikap ini juga diwarisi
oleh Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah dan saya bangga melihat pembabitan
baginda membentang pelbagai kertas kerja akademik di seluruh rantau.
Beliau juga sering melontarkan pendapat baginda terhadap situasi negara
dan masalah rakyat. Sifat mencintai ilmu oleh baginda adalah contoh terbaik
buat orang ramai.
Baru-baru ini, baginda memperlihatkan lagi kemuliaan jiwa dengan memberikan
peluang kedua kepada mereka yang pernah tersalah perkiraan seperti penemuan
dengan bekas banduan, Salleh Talib di Istana Iskadariah, Kuala Kangsar
kelmarin dan menempah kasut daripadanya.
Usaha baginda menjadi pemangkin menukar pemikiran rakyat seperti ini amatlah
terpuji dan wajar dituruti semua.
Semoga Raja Nazrin terus menjadi idola ramai anak muda.
BEKAS PELAJAR SMKA SULTAN AZLAN SHAH, Ruangan
surat/emel Bharian 10 Okt 06
RAJA NAZRIN KEBANGGAAN RAKYAT PERAK
"Mungkin
awak boleh bermula dengan membuat kasut untuk pembesar-pembesar di Perak dan
selepas itu sudah boleh menempa nama," titah Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah.
Mungkin baginda hanya bergurau namun ada keikhlasan dari kata-katanya itu. Baginda memberi semangat kepada bekas banduan Salleh Taib, 57, untuk bangkit dan memulakan hidup baru. Setelah terpenjara lebih 30 tahun, kata-kata begitu memang amat diperlukan lelaki bujang separuh abad itu. Bila datangnya dari Raja Muda Perak, yang juga bujang, memang ia cukup bermakna.
Bukan hanya Salleh merasa begitu
malah seluruh Malaysia dan khasnya rakyat Perak turut tersentuh hati dengan
pendekatan yang diambil Raja Muda putih bersih itu.

Namun tetap terselit simbolik lain dari kata-kata baginda itu, penyokong utama harus bermula dari pihak pembesar negara, baru masyarakat biasa mencontohinya. Jika pembesar menempah kasut, pasti ramai yang mengikut.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Paduka Seri Sultan Perak, Raja Datuk Mansur Raja Razman hari ini berkata, “Raja Muda Perak mengikuti berita Salleh dan Jamil yang telah diberi pengampunan oleh Sultan Kedah. Baginda mengambil maklum akan hasrat Salleh dan Jamil yang mahu memulakan penghidupan baru.”
Baginda berkenan menganugerahkan sumbangan kepada Pak Rashid atau nama sebenarnya Salleh Taib, 57, dan rakannya Jamil Ahmad, 56, bagi membantu mereka memulakan usaha hidup baru.
waspada air berperisa limau mengandungi alkohol - 19 sept 2006
Berbuka puasa di Hotel Putra - 8 Sept 2006
Salam
Ramadan

