Halaman UtamaKata KusyiProdukKaunselingAgamaAkhmar

New Page 2

 

Permaisuri Agong Tengku Fauziah - RATU kesayangan Rakyat

MASUK saja baginda berdua ke dalam dewan, terus saja suasana ceria menyelebungi suasana. Perut yang lapar terasa kenyang. Hatinya yang gundah pasti terubat seketika.

Semuanya kerana DYMM Yang Di Pertuan Agong dan Permaisuri tampil dengan senyuman ikhlas paling menawan.

Majlis berbuka pada 3 Oktober

Senyum mesra Ratu yang dikasihi rakyat jelata.

 

 

Majlis berbuka puasa pada 3 Oktober 2006 lalu anjuran Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia memungkinkan rakyat bersolat bersama-sama dengan Agong dan Permaisuri kesayangan mereka.

Melihat rakyat, kedua-duanya melemparkan senyuman dan automatik juga menghulur salam.

Permaisuri Agong, Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid terkenal dengan jolokan Ratu berjiwa rakyat dan suka merendah diri. Ternyata sikap baginda membuatkan khalayak selesa berdekatan dengannya meski pun mereka itu sekadar kanak-kanak - anak yatim dan miskin yang turut diraikan hari itu.

Semasa memberi sumbangan, baginda Permaisuri tidak membiarkan suasana berlalu begitu saja. Setiap kanak-kanak yang mencium tangannya akan menerima senyuman dan pertanyaan darinya.

 

"Nanti sudah besar hendak jadi apa?"

"Peguam!" jawap seorang kanak-kanak, gementar.

 

"Wah... peguam. Bagus....!" Balas baginda membuatkan kanak-kanak itu terus tersenyum simpul. Begitulah seterusnya. Semuanya terasa dekat dan gembira dengan sikap mesra baginda Ratu.

Pasti saja kenangan itu menjadi suatu yang tidak dapat dilupakan kanak-kanak yatim/miskin hari itu. Agong dan Ratu yang begitu mesra pasti disayangi semua.

Antara Ahli Parlimen yang hadir.

Senator Dato' Jins Shamsudin.

 

 

 

       

Salam

Ramadan