Halaman UtamaKata KusyiProdukKaunselingAgamaAkhmar

New Page 2

BERBUKA PUASA DI HOTEL PUTRA

Sebulan sebelum ramadan memang meja wartawan penuh dengan undangan food review untuk sepanjang bulan puasa yang bakal menjelang tiba. Dari hotel berbintang-bintang, restoran hinggalah ke syarikat rakaman. Pendek kata setiap hari memang penuh jadual kami dengan undangan berbuka puasa.

Sebab itu kami terpaksa berbahagi dan membuat pilihan yang mana harus di dahului dan berbincang yang mana pula yang nampaknya memberi pembaharuan. Wartawan memang mencari berita-berita yang baru dan panas. Biasalah tu, walau sekadar cerita tentang makanan, percayalah, ia ada pengikutnya tersendiri.

Jemputan ke press conference dan sesi foto ke Hotel Putra, Jalan Tun Razak memang sesuatu yang baru sementelah hotel itu sendiri memang baru. Seorang lagi rakan setugas ke hotel di Petaling Jaya, juga untuk food review sempena kedatangan ramadan.

Kiri: Satar Ikan Tenggiri yang segar.
 

Ternyata dilihat dari mata kasar memang hidangan yang tersedia untuk kami ambil gambar membangkit selera dan cantik dipandang. Pembaca jendelaku bolehlah melihat gambar-gambar yang kami paparkan di sini.

 


Hidangan buffet yang enak.

Ramadan buffet
DEWASA RM38
KANAK-KANAK RM19

 

Kiri: Kek Kurma Istimewa Chef Zaid.
 

Mungkin anda semua boleh mencuba hidangan-hidangan enak dari Chef Zaid Mokhtar bersama seisi keluarga. Kata Chef, Kek Tamar resipi istimewanya, cukup enak dan ada kelainan tersendiri. Satar Ikan Tenggiri yang segar dan enak juga boleh dirasa.

Mungkin sedap kerana kami tidak berani hendak merungkaikan keenakannya kerana sesi hari itu hanya fotografi jadi harap-harap anda berkunjunglah sendiri ke sana Ramadan nanti dan menikmati hidangan selera kampung yang dijanjikan Chef.

Gambar kanan:Kek Rempah Betawi, cantik berwarna-warni.

Selera kampung memang sentiasa membangkitkan selera kala berbuka. Selamat menyambut ramadan dari www.jendelaku.com.



 

 

 

        Arkib lagi...