
NISA' !!
Wardina rasmi kempen cegah jenayah Nisa' Malaysia - 6/9/2006
DALAM usaha mereka yang berterusan, sama-sama mahu
mencegah jenayah terutama yang melibatkan
wanita,
Kelab Nisa’ Malaysia terus menghayun langkah mengadakan program-program
kesedaran pada masyarakat terutama wanita.
Bagi wanita-wanita ini, sekali melangkah tidak mungkin berpatah balik ke belakang.
Menurut Pengarah Pusat Nisa’ Malaysia, Mastura Muhamad, Program Jom Cegah Jenayah akan dibawa ke seluruh Malaysia oleh ahli-ahlinya bermula di ibu negara, Wilayah Persekutuan dan pada 3 September lalu di Subang Jaya.
Sambutan ternyata menggalakkan walau pun penerimaan tentang jenayah ternyata
masih baru pada masyarakat kita.

Gambar: Wardina merasmikan majlis ditemani Kamal Affandi dan Mastura.
Menbendung jenayah, bagi kita adalah tugas penguatkuasa dan tidak mungkin berlaku pada kita. Suatu bentuk pemikiran yang wajar diubah terus dari fikiran kita.
Dengan penampilan istimewa personaliti televisyen yang juga pelakon dan model
Wardina Safiyyah, Nisa’ mahu semua masyarakat prihatin dan peka tentang jenayah.
“Tidak kiralah jenayah ragut, rogol, jenayah rumahtangga atau sumbang mahram,”
kata Mastura.

Gambar: Wardina bercerita pengalaman lamanya untuk dikongsi bersama.
“Sebab itu kami
menjemput penceramah Kamal Affandi
Hashim, Penganalisis Jenayah dan Kusyi Hirdan,
wartawan dan novelis, untuk berkongsi tentang pengalaman dan cara-cara
menghindari jenayah. Jika Kamal dengan petua-petua cara menyelamatkan diri jika
berhadapan dengan jenayah, Kusyi yang berpengalaman menemubual mangsa, sudi
berkongsi tentang sikap masyarakat kita terhadap jenayah,” sambung Mastura lagi.
“Kami juga mahu lebih ramai lagi remaja dan wanita menganggotai Nisa’ dan dengan
itu sama-sama kita dapat mencegah jenayah membantu kerajaan.”
