Kepintaran Ina - 30/8/2006
Dia hanya 22 tahun. Tetapi jelas matang.
Matang seorang gadis yang terkecewa memang berbeza. Gadis
yang mula berjumpa
kekuatan diri dan mungkin juga 'sedar diri'.
Ramai yang kata Ina mahu menumpang. Mahu mengecap glamor dan jaya di bidang seni. Menumpang siapa lagi kalau bukan si bekas tunang Raja Sms, Mawi.
Gambar: Rosyam sedang bersiap sedia untuk live.
Mawi yang dulu mahu teman hidup bertudung, kini, tak dapat pun tak apa, kalau bertudung baginya bonus. Yang langsung tidak mengungkapkan, 'tak apa tak bertudung sekarang, kalau kahwin dengan saya 'mesti' atau 'kena' bertudung!'
Jika itu kata Mawi, sejuk sikitlah hati
kita.
Dia bukan calangan orang, pandai berzanji, mengaji, azan dan macam-macam lagi.
Harap Mawi memperbetulkan hasrat kerana sebagai ikon, apa saja yang dikata Mawi
menjadi ikutan peminatnya.

Berbalik pada Ina, pihak media hari itu berpecah dua, satu di auditorium Mawi, satu lagi di auditorium Ina. Ada juga yang main lari berganti-ganti. Sekejap ke sana sekejap ke sini.
"Eh, kenapa datang sini?" Tanya seorang teman wartawan. "Ini mesti Siti Nurhaliza tak jemput!" Gelaknya lagi. Memang itulah gurau senda kami wartawan malam 28 Ogos itu.
Yang lain pula menjawap. "Siti dah berlalu, kini zaman Ina pulak!!"
Begitu juga ketika sidang media dengan Mawi selepas acara. Kami tertanya-tanya, ada Ina sekali? Tetapi wakil Astro ternyata agak 'sombong' dalam hal ini.
"Entah... kami in-charge Mawi saja... bukan Ina!" Kenapa jawab begitu? Apa salahnya jawab saja, 'Ohh... tidak... ini pc Mawi..."
Lembutkanlah sikit suara tu...
Nampak benar seperti ada kemarahan, bisik-bisik kami. Pihak pengurusan pun kena tempias 'orang putus tunang'?
Alahai!!
Maka berpecah dua lagi wartawan, satu di pc Mawi satu lagi bergegas ke bilik persalinan Ina.
Perkara
ini sebenarnya akan menjadi fenomena sekali lagi. Kerana peminat Mawi sendiri
sudah berpecah dua, 'berpaling tadah' ke Ina pula.
Gambar: Tiket jemputan dari pihak Ina.
Keadaan ini dapat dilihat pada suasana di dalam auditorium sendiri. Ramainya teruja dan tidak sabar hendak melihat Ina. Kenapa? Mungkin kerana Ina cukup sensasi.
Atau kerana kecantikannya?
Meluat ....
Sikap Mawi mengundang meluat di hati hadirin, bahkan setiap kali dia menjawab, ramai yang menggeleng kepala, begitu juga Ina.
Cara begitu sebenarnya tidak sopan. Walau dia sering mengatakan dia anak melayu jati dan islamik. Janganlah ketawa riang ketika pihak yang satu lagi sedang berduka. Jangan tunjuk sangat... Tetapi kata rakan wartawan, itulah kejujuran Mawi. Mawi katanya lelaki yang jujur.
Ina juga berahsia tetapi bijak. Kerana kebijaksanaannya itu membuatkan setiap
jawapan yang diberi Mawi membosankan.

Namun selepas Mawi 'tersedar' orang mula boring atas rasa ketidakprihatin 'jantannya'. Mawi mengubah sedikit rentak. Dia pun mula bercerita tentang kesedihannya, katanya dia juga menangis selepas putus tunang.
Katanya, hati di dalam siapa yang tahu.... Betulkah?
Atau risau orang makin benci padanya?
Apabila program ini diadakan di tempat yang sama, auditorium Putrajaya Holdings, tingkat yang sama, sebelah menyebelah saja, jadi apa rasionalnya? Warga media memang pasti yang kedua-duanya akan dipertemukan. Kalau tidak, apa fasal nak buat di situ? Sudah terang lagi bersuluh.
Jadi keterkejutan Mawi dan Ina, ramai yang menganggap 'rancangan realiti terancang'. Waktu pertemuan itu jelas wajah Mawi yang gusar dan resah. Mungkin risau ada yang marah? Ina pula sangat tenang. Bagaikan dia pula orang lama di bidang itu berbanding Mawi.
Tak sensitif...
Ada ketika si jejaka ketawa apabila mendengar kata-kata Ina yang sedang berembas air matanya. Mungkin dia tidak sengaja kerana ada interaksi antaranya dan peminat di auditorium. Namun sikap itu menyedihkan khalayak di auditorium Ina. Bagaikan melihat filem lawak pula.
Adakah kekayaan dan kemasyuran telah merubah seorang Mawi?
Semoga
ia tidak berlaku.
Pada pandangan saya, pengacara Rosyam dan Aznil juga kadang-kadang bosan dengan jawapan Mawi. Aznil banyak menyelamat keadaan daripada terus suram.
Ina: Sayu mendengar lagu Kian.
Beberapa kali kedua-dua pengacara mengulang, 'rancangan yang tiada siaran ulangannya'. Ini mungkin merujuk siaran Siti Nurhaliza yang akan ada ulangan. Ramai tersenyum mendengar ungkapan itu. Ia umpama peringatan kepada penonton, tidak perlu menukar channel ke TV3 kerana nanti boleh tengok siaran ulangan saja.


Memang peristiwa ini juga satu sejarah. Jika
perkahwinan live Siti Nurhaliza yang dikatakan setara anak agong atau
Sultan, Mawi... Ina.... ini satu sejarah juga. Belum pernah pergolakan orang
putus tunang, sama ada orang biasa atau artis disiarkan live
di stesen tv berbayar dan kerajaan.
Nasihat
Mawi pada Ina
'Jangan percaya orang-orang
sekelilingnya awak? Berhati-hati!'
Apa tujuan nasihat itu? Adakah melalui pengalaman sendiri? Namun apabila
ditanya Aznil, Mawi menafikan, dan memuji melangit Astro dan anak
syarikatnya.'
Nasihat
Ina pada Mawi
'Jaga emak dan jangan lupa solat!'
Jadi, anda nilailah
sendiri...
BENGKEL PENULISAN SKRIP - 9 MAY 2007
NEW WORLD MYSTERIES TEST CAMBODIA'S LOST TRIBE - 27 FEB 2007
anne ngasri matang bersama baby - 3 FEB 2007
Area nurse remembers days monitoring Saddam's health - 2 jan 2007
'Blood all over the cockpit' -27 dis 2006
waspada air berperisa limau mengandungi alkohol - 19 sept 2006
Berbuka puasa di Hotel Putra - 8 Sept 2006

