Halaman UtamaKata KusyiProdukKaunselingAgamaAkhmar

New Page 2

DR LO' LO' TERIMA MENANTU SULONG


Tulisan: Kusyi Hirdan

Gambar: Zul Haron

 

SELAMAT PENGANTIN BARU Mawaddah Aminuddin dan Mohd Azizy Zainal. Kedua-dua pengantin berusia 25 tahun. Hari bersejarah 19 Ogos 2006 pasti dikenang seumur hidup bagi pasangan sama cantik sama padan ini.

Raja sehari. Azizy dan Mawaddah pasangan sepadan

Mawaddah merupakan puteri sulong kepada Dr Lo' Lo' Ghazali dan Dr Aminuddin Abd Hamid. Masih menuntut di UIA bagi mendapatkan ijazah pertama Sains Sosial, pengkhususan psikologi. Mawaddah hari itu tampil anggun mengenakan busana berwarna peach sentuhan Atim Agoy.

Azizy pula anak ketiga dari enam beradik dan kini berjawatan sebagai jurutera servis.

Ibu bapa pengantin pada hari menyambut menantu dan merai tetamu pada 20 Ogos 2006 lalu di Stadium Titiwangsa tidak henti memanjatkan syukur kepada Allah kerana majlis berlangsung dengan sempurna.

Sibuk melayan tetamu di dalam dewan, ternyata masing-masing teruja dengan gelaran baru yang menjadi milik mereka. Kedua-duanya nampaknya sudah pun 'bermenantu'. Tentu saja tidak lama lagi mendapat gelaran lain yang lebih bermakna.

"Sebagai ibu bapa kami sedaya upaya mendidik dan membesarkan anak-anak dalam suasana taqwa supaya mereka jadi soleh dan solehah. Kini tanggungjawab kami terhadapa Mawaddah berpindah pula ke Azizy selaku suami Mawaddah." Kata kedua pasangan romantik tentang harapan masa depan anak menantu mereka.

 

        Arkib lagi...

 

 

Gambar: Anwar Ibrahim dan isteri turut hadir.

 

"Rumahtangga yang meletak iman sebagai asas, syariat sebagai sempadan dan adat sebagai perhiasan, pasti diberkati Allah. Harapan kami mereka berdua hidup berkasih sayang, bertolak ansur dan saling menerima kelebihan dan kekurangan pasangan masing-masing." Doa Dr Lo' Lo' dan suaminya lagi.

Gambar: Ustaz Nasaruddin Mat Isa, Azmin Ali dan Dr Hassan Ali menikmati jamuan.

 

 

Jendelaku.com mengucapkan selamat berbahagia hingga ke akhir hayat pada Mawaddah dan Azizy.