Selamat Datang ke jendelaku Kusyi Hirdan
Konvoi KRABI (Wangthong School) - Perlis (Teratak Rahmat)
Kusyi Hirdan 22 Mei 2014 PDF Cetak E-mail

KATA KUSYI HIRDAN

Assalamualaikum

 

Panjang ceritanya...

Selepas menguruskan program ON THE ROAD di Alor Setar dan penubuhan kumpulan kecil Superfrends Kedah, kami meneruskan misi konvoi amal ke Krabi (madrasah Wangthong) dan Perlis (Teratak Rahmat).

Seperti biasa kami mengadakan program kecil-kecilan tetapi terancang. Dengan pihak Wangthong School dan Teratak Rahmat kami sudah saling berurusan. Semuanya supaya anak-anak yang terlibat seronok.

Keseronokan kami bukan perkara utama. Mereka yang penting di raikan. Mereka yang harus seronok dan gembira. Biar mereka suka makanan yang dihidangkan. Itu yg kami tegaskan dengan wakil2 kedua2 rumah.

Untuk mengadakan konvoi sebenarnya bukan mudah. Tambah pula melibatkan ke luar negara. Orang nampak mcm mudah tetapi sebenarnya tidak. Sebab itu kami suka kecil2an begini. Nak control mudah sikit kalau sesat. heheeh....

Sedangkan di KL atau di negara sendiri pun kita boleh sesat, apatah lagi di negara orang heheh.

Kami sesat tu selalunya kerana GPS tiba-tiba rerouting sebaik sampai ke mana-mana simpang. Hehehe... Rasa nak lempor handpone tp sayang pulak kan.

Tapi bagi kami semua ini memberi impak yang adventure dan secara personal, kami seronok. Ada unsur2 fun.

Dalam pada itu kami mahu ia berjalan secara santai dan menyeronokkan. Sambil2 itu kami menikmati juga antaranya tomyam dan roti pisang yang sedap di Satun, Krabi dan Trang. Sedap bebeno sehingga teringat2.

Misi konvoi amal kami mesti ada 3 perkara ini ----> ziarah, mengadakan kenduri dan memberikan kiriman sumbangan. Itu intipati programnya.

Di Madrasah Wangthong, kami terharu kerana perjalanan program berjalan lancar dan kami dapat makan sama-sama dengan pelajarnya yang berjumlah lebih kurang 250 orang.

Seronok sangat rasanya. Terjalin ukhwah dan saling kenal mengenali. Bila kena buat speech dlm bahasa melayu ada juru bahasa lagi. Ustaz Imran translate ke bahasa siam. Macam happening le pulak.

Esoknya kami pulang ke Perlis dan terus menuju ke Teratak Rahmat membawa misi yang sama seperti di Krabi.

Ziarah, kenduri dan menyampaikan kiriman sumbangan.

Di sini juga semuanya berjalan lancar walaupun kami memang agak kepenatan. Walau penat, keseronokan mengatasi segala-galanya. Semua tersenym lebar melihat live show dari anak2 Teratak. Lagu InsyaAllah Maher Zain sebagai latar drama.


Makan pun rasa tak lalu sebab seronok tengok anak-anak makan. Seperti biasa kami suka mengusik anak-anak dan berkongsi makanan dgn mereka. Mereka umpama anak kami sendiri. Ke mana sahaja kami pergi, Teratak Rahmat tetap di hati.

Di Teratak Rahmat, kami disertai dengan Superfrends Kedah yang datang dari Alor Setar.

Oh ya. Tkasih kerana bagi kami buah mangga yang sedap bebeno tu dan juga ada kek lagi. Terharu nya.

Aterr.... lawa beno kek nya.

Kepada semua yang terlibat, kami di Superfrends memohon berbanyak kemaafan atas segala kesilapan, kekurangan dan tersilap kata. Yang baik datangnya dari Allah. Yang salah dan kurang adalah salah diri kami sendiri.

Terima kasih kerana membantu menjayakan program kecil kita. Halalkan sebarang kesilapan dari pihak kami yang menganjur ini. Kami hanya insan biasa. MAAF ZAHIR BATIN.

 
Superfrends Kedah ditubuhkan....
Kusyi Hirdan 19 Mei 2014 PDF Cetak E-mail

KATA KUSYI HIRDAN

Assalamualaikum

Sekadar cerita...

Secara rasminya Superfrends Kedah ditubuhkan pada 11 Mei 2014.  Siapa sangka… Saya sendiri tak menyangka. Kedah menjadi negeri pertama yang mahukan Superfrends berada di negerinya. Saya sebenarnya menyangka KL atau Selangor yang terlebih dahulu mempunyai kumpulannya. Atau Melaka dan Perak kerana kami berasal dari sana.

Tetapi, itulah... keadaan membuktikan sebaliknya. Pertemuan kami dengan Hasni, jururawat di sebuah hospital kerajaan Kedah di KL membuka perancangan yang hanya Allah mengetahuinya. Ia sebuah permulaan yang membawa kami jauh ke Alor Setar.

Boleh dikatakan kami mula menubuhkan Superfrends secara rasminya sekitar tiga tahun lalu. Sebelumnya kami bergerak dengan nama lain dan ada masa tanpa nama tertentu.

Kami tak besar mana. Kecik sahaja. Saya memikirkan nama Superfrends ini kerana mahu mengaitkannya dengan unsur persahabatan. Persahabatan yang tulus ikhlas. Paling ringkas makna sahabat ialah berkawan. Kawan - friend. Untuk catchy saya tukarkan ejaannya.

Superfrends kemudiannya mempunyai pengikut. Yang bersama-sama dengan prinsip kami. Lantas ia berkembang. Berkembang secara perlahan juga. Kedah sudah rasmi mahu membawa misi Superfrends - membantu mereka yang memerlukan, yang dekat dan yang kita kenal. Itu prinsip asasnya.

Cuma, secara terus terang, bukan mudah mengembangkan sesuatu kerana jarak yang jauh. Kamunikasi dan kewangan selalu menjadi masalahnya.

Ada yang sangka kami mewah dan punya banyak wang. Maka sangkaan itu salah sama sekali. Untuk bergerak kami perlu betul-betul bajet. Tentu sahaja anda tidak tahu kesusahan yang kami lalui dalam perjalanan itu. Tabungan sangat limited. Tapi kami anggap ia sekadar cabaran. Kami perlu bergerak juga. Tanpa bergerak bagaimana mahu melaksanakan program.

Dengan adanya Superfrends Kedah bermakna bantuan kecil dapat dilaksana di bahagian sana. Aktiviti amal juga dapat dilaksanakan, InsyaAllah.

Mungkin selepas ini Melaka dan KL pula. Kami berharap kewujudan Superfrends Kedah menjadi inspirasi kepada negeri dan daerah lain. Insya Allah.

Jumpa lagi.

 

 
Superfrends 'on the road' program
Kusyi Hirdan 28 April 2014 PDF Cetak E-mail

KATA KUSYI HIRDAN

Assalamualaikum,

Sekadar cerita...

Semalam, Sabtu, perancangan kami untuk mengadakan program pertama 'Superfrends On The Road' telah berlangsung dan berjalan lancar. Seronok sangat kami semua.

Program pertama ini berlaku di Jalan Tuanku Abdul Rahman kerana kami sasarkan orang lalu lalang yang ramai di kawasan itu.

InsyaAllah program on the road kami akan diadakan lagi selepas ini.

Ia program yang dirancang demi memperkenalkan Superfrends. Alhamdulillah, impian terlaksana. Kami menjelaskan tentang Superfrends dan ada soal jawap terjadi. Dapatlah informasi disalurkan.

Terus terang, merancang program sebegini bukanlah mudah. Nampak macam mudah tetapi sebenarnya ia melibatkan planning yang teliti dan marangkumi aspek-aspek yang lain. Untuk melakukan di tempat itu pun kami membuat persediaan dengan plan A dan plan B. Kalau jadi begini, apa akan kami buat. Kalau jadi begitu bagaimana? Terutama sekiranya hujan. Semuanya perlu difikirkan. Ia bukan sekadar membuat rancangan tanpa sebarang perincian.

Ya, semalam memang hujan dan hati tu risau sangat. Namun Allah permudahkan kerana hujannya sekejap sahaja. Selepas itu dengan cuaca cantik yang redup dan tidak panas, program kami dapat diteruskan. Sambil memperkenalkan Superfrends, kami turut menjamu putu perak Intan Safina yang sedap itu. Memang istimewa program kami semalam.

Perancangan lain yang perlu kami fikirkan ialah mendapatkan sukarelawan membantu. Oh... ia bukanlah mudah. Sangat sukar walau kalau tengok di wall tu, begitu ramai yang berhubung dengan kami mahu menyertai program Superfrends tetapi bila tiba masanya, masing-masing mempunyai komitment lain. Nak buat macam mana, kami tidak boleh memaksa. Ya hati tu kecewa juga walau ini bukanlah kes pengalaman kami yang petama.

Semuanya ketentuan Allah. Allah tetap membantu kami. Kerisaukan kami berbalas gembira. Lihatlah hasilnya. Kehadiran sukarelawan yang hampir 15 orang membuatkan kami mengucapkan syukur. Syukur Alhamdulillah.

Tak mengapalah. Walau saya mengharapkan 20 orang yang hadir, yang hadir itu pun sudah cukup baik dan kami sangat bersyukur. Tambahan pula semuanya membantu dari segi mengedar phamplet dan putu perak kepada orang ramai. Semuanya adventurous. Masing-masing tahu sahaja melaksakan tugas masing-masing.

Bagi yang sudah mengenali Superfrends semalam, salam perkenalan kami hulurkan dan boleh ikuti saya di sini dan fb Superfrends.

Anda yang tidak hadir semalam dan tetapi merupakan penyokong kuat kami selama ini, tidak mengapa, kami faham. Kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan.

Bagi sahabat Superfrends sekalian, jutaan terima kasih dan penghargaan kami ucapkan.

Jumpa lagi.

 
Jadi pengacara di Trans Studio
Kusyi Hirdan 19 Mei 2014 PDF Cetak E-mail

KATA KUSYI HIRDAN

Assalamualaikum

Sekadar cerita....

Jakarta dan Bandung bukanlah destinasi asing bagi kami. Sebabnya kami suka berkunjung ke situ lebih kurang 10 tahun lalu.

Kemudian kunjungan itu terhenti. Saya pun tak ingat mengapa. Mungkin antara sebabnya kami mula explore ke negara lain pula dan jarang ke Indonesia. Mungkin ada sebab lain juga iaitu faktor kejemuan Zul ke sana.

Bila Zul merancang trip ini dengan grup dari Raub, saya katakan mahu ikut. Yalah sebab sudah lama benar tidak ke situ. Saya juga teringin hendak ke Trans Studio memandangkan kami sudah ke Universal Studio Singapore, Universal Studio Osaka. Jadi teringin pula nak melihat Trans Studio, Bandung.

Cuma kunjungan ini tak cukup masa jadi Trans Studio tak dapat di terokai sepenuhnya. Dapat saya katakan ia berjiwa Indonesia sebagaimana Universal Studio Osaka yang berjiwa Jepun. Universal Studio Singapura pula... hhmm.... saya sebenarnya tidak dapat mengagak tentang jiwa Singapura di USS kerana nampaknya ia lebih kepada jiwa Barat di situ. Bahasa yang digunakannya pula English berbanding di Jepun dan Indonesia yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing.

Bahasa memang jiwa bangsa. Bila bahasa ibudan yang digunakan, walau moden sekalipun suasananya, ia tetap melambangkan identiti negara itu. Jadi, bila bahasa Inggeris di gunakan bagi negara yang bukan ada orang putih pun di situ, ia menukar segala jiwa bangsa kepada jiwa orang putih. Itulah pendapat saya. Pendapat anda mungkin berbeza kan.

Agak-agaknya kalau Malaysia ada buat tempat sebegitu, kita guna bahasa apa ya?

Agenda membeli-belah memang menyeronokkan di Bandung kerana pilihannya yang pelbagai dan harganya yang murah. Kita memang mudah seronok membeli belah apabila harganya murah kan. Kami pun membeli jugalah sedikit sebanyak.

Bagi yang mahu ke Bandung sama ada pakej beli belah atau pun pakej Trans Studio boleh sahaja hubungi Zul ya.

 

 

 

 

Jumpa lagi.

 
Selamat berjumpa kembali....
Kusyi Hirdan 25 April 2014 PDF Cetak E-mail

KATA KUSYI HIRDAN

 

Assalamualaikum

Sekadar cerita....

 

Alhamdulillah.... dapat kembali bersiaran di blog kesayangan saya ini. Kini barulah tahu betapa peritnya apabila website peribadi kita di hack.

Saya pun tak menyangka kenapa blog saya yang sederhana ini mengalami nasib sebegini. Bukan ada apa istimewa pun nak di hack-hack kan. Tapi itulah.... Benda dah terjadi. Terima kasih kepada adik ipar, Khairul Anuar yang mengusahakan kembali kewujudan blog ini.

Memang perit. Sebabnya saya dah biasa menulis di sini... Sepanjang blog ini tidak dapat beroperasi, saya terpaksa menumpang sementara di fb Superfrends :)

Okey. Now i'm back!

Sudah berbulan-bulan, terlalu banyak yang berlaku dan saya tak boleh nak menulis kesemuanya. Antaranya ialah kunjungan kami ke Hospital Sultanah Bahiyah bagi program menceriakan wad seperti biasa. Oh, ia kunjungan yang success sekali. Kami sangat seronok dan terasa mahu terus melakukannya.

Bagi yang mengikuti facebook Superfrends mesti mengetahui betapa kami agak aktif juga dengan aktiviti kecil-kecilan kami. Alhamdulillah.... Allah permudahkan.

Selepas ini, saya akan terus menulis di sini seperti biasa. Terima kasih pada yang terus memberi sokongan dan membaca blog ini. Rindu pada saya?

Saya pun rindu pada anda semua juga....

 

Jumpa lagi....

 
<< Mula < Sblm 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 Seterusnya > Tamat >>
Page 20 of 20

Novel Kusyi Hirdan Terkini

Tarikh Hari Ini

Hadis Hari Ini

Dari Abdullah, katanya: ”Bersabda Rasulullah s.a.w. kepada kami: ”Tidakkah kamu gembira bahawa seperempat dari penghuni syurga itu dari kamu?” Kata Abdullah kami pun segera mohon ditambah. Kemudian berkata pula beliau: ”Tidakkah kamu gembira bahawa sepertiga penghuni syurga itu dari kamu?” kata Abdullah, kami pun mohon diperbanyakkan lagi. Akhirnya Rasulullah s.a.w. berkata: ”Sesungguhnya saya mengharap bahawa seperdua) dari penghuni syurga itu dari kamu. Dan ketahuilah! Bahawa bandingan jumlah kaum Muslimin dengan kaum kafir itu, laksana sehelai bulu putih ditubuh sapi hitam atau sehelai bulu hitam di tubuh sapi putih.”

Statistik Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini55
mod_vvisit_counterSemalam364
mod_vvisit_counterMinggu ini751
mod_vvisit_counterMinggu lepas1440
mod_vvisit_counterBulan ini6123
mod_vvisit_counterBulan Lepas7882
mod_vvisit_counterKeseluruhan688569

We have: 24 guests online
Your IP: 54.166.136.90
 , 
Today: Jul 25, 2017

Masa Itu Emas..