Selamat Datang ke jendelaku Kusyi Hirdan
KATA KUSYI HIRDAN 15
Kusyi Hirdan 14 Ogos 2017 PDF Cetak E-mail

KATA KUSYI HIRDAN


Lets Go Green. Tak Nak Straw lah!!

 

Assalamualaikum

Sekadar cerita...

Mungkin setelah lebih setahun berlalu (bermula Jan 2016) , saya sudah terbiasa dengan rutin ini, ‘no plastic bag, no polesterin’. Sebab itu, bila tiba-tiba, mendapat beg plastik, atau ketika membeli makanan 'take away', dapat bekas polisterin, saya hairan sekejap.

Ni, kenapa ni? Tak takut kena denda ke?

Kemudian, apabila sudah teringat berada di bumi mana, baharu sedar. Ohh... daku bukan di tanah Melaka rupanya. Mungkin waktu itu berada di Johor, Perak atau Kedah.

Sebelum Melaka mengambil langkah total ini, ia terlebih dahulu menggunakan cara ‘baby step’ dengan menguatkuasakan ‘no plastic bag’, untuk hujung minggu sahaja. Majoriti negeri lain pun buat begitu.

Sebenarnya sebelum itu, saya pernah terkejut juga tetapi cara yang lainlah. Ketika itu sedang membeli barang di pasaraya kecil di Pulau Pinang. Walaupun bukan weekend, tiada plastic bag? Eh?

Rupanya, Pulau Pinang terlebih dahulu menguatkuasakan undang-undang total no plastic bag ini sepanjang masa. Jadi waktu itu saya masih dalam fasa pelik sikit.

Sehinggalah Melaka mengambil langkah yang sama.

Bagi yang tak biasa, ia tampak menyusahkan. Sebenarnya, peribahasa Melayu alah bisa tegal biasa itu sangat benar. Kita kena biasakan. Lagi pun, ini untuk bumi kita juga. Bumi yang bakal dihuni anak cucu kita. Jadi kita tak bolehlah selfish. Kalau nak selfish juga, pergilah duk planet lain. Hah, pergi.

Ada yang kata, dia sukar nak involve dalam mana-mana usaha ‘go green’ atau ‘save the earth’ program. Betul, ia bukan mudah. Terutama kalau anda melakukannya secara drastic. Apa kata buat perkara kecil dahulu. Saya pernah membaca tentang seorang insan ini yang antara kempen go green nya ialah ‘no straw’ atau ‘tak nak straw’. Ia nampak kecil tapi besar impaknya.

 

Nota: Tahukan anda, sebatang straw memerlukan sehingga 200 tahun untuk mereput sendiri. Jadi bayangkan, straw yang mula diperkenalkan di pasaran pada tahun 60an, mungkin masih ada lagi di mana-mana bumi ini. Menjadi sampah yang membebankan. Bayangkan juga, sekiranya setiap kita menggunakan straw setiap hari selama setahun. Ada 365 batang straw dikali dengan jumlah penduduk Malaysia. Ia seperti sampah yang kecil sahaja kan. Malangnya ia menjadi banyak begitu dan tempoh kemusnahannya sangat lama melebihi hayat manusia sendiri. Lets go green. Tak Nak Straw lah!

 

Jumpa lagi.

 

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

 

Kusyi Hirdan ialah
Wartawan, penulis novel dan pengasas kumpulan amal Superfrends

 

 
KATA KUSYI HIRDAN 14
Kusyi Hirdan 03 Ogos 2017 PDF Cetak E-mail

KATA KUSYI HIRDAN


Kak Kusyi dah ada channel

Youtube ya!

 

Assalamualaikum

Sekadar cerita...

Macam-macam cerita sepanjang minggu ini, sampai saya dah tak boleh nak ikut dah. Lagi pun, saya dan Superfrends pun sibuk sekarang untuk mengumpul dana Qurban dan Street Dakwah Superfrends di Krabi...

Mana yang ternampak lalu di timeline, baharu le ingat balik. :)

Kita dah masuk bulan Zulkaedah dah. Sebelum munculnya bulan Zulhijjah. Bulan Haji. Nak tahu tak, Kak Kusyi dan Zul masih makan kuih raya. Hehehe... Kuih raya kami memang ada lagi. Entah-entah sampai kot ke raya haji. Ngap ngap kami mengunyap sambil buat kerja. :)

Oh, nak kongsi cerita. Saya ada channel youtube sendiri. Taip saja Kusyi Hirdan Superfrends, nah, dah sampai ke channel tu. Sebenarnya channel tu dah lama wujud. Cuma aktifnya baru recently, sekitar Julai 2017 ni sahaja. Sebelum tu dibiarkan saja tak berusik-usik channel tu. Sekarang baru nak bermula...

Saya rasa perlunya aktifkan youtube juga kerana perkongsian bervideo kini sudah menjadi trend. :)

Di bawah ni, saya nak cuba add video buat pertama kalinya kat sini. Video program Superfrends di Kedah yang baru lepas pada 22 Julai 2017.

Harap berjaya...

Cool

 

Jumpa lagi.

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

.

.

 
Kata Kusyi Hirdan 12
Kusyi Hirdan PDF Cetak E-mail

KATA KUSYI HIRDAN

Terima kasih orang di sana...

 

Assalamualaikum

Sekadar cerita...

Baik kah saya? Sangat baik?

Tidak pun... Saya manusia biasa sahaja. Yang jelasnya banyak kekurangan, banyak kesilapan. Hanya kerana saya ada Superfrends, sebuah kumpulan amal kecil, ia tidak bermakna saya sudah jadi malaikat.

Cuma satu je. Kami mahu jadi baik dan membuat perkara baik. Ia bukan senang. Dugaan besar, cabaran melintang. Tapi itulah usaha kami. Memikirkan dosa dan kesilapan yang banyak, rasa tak terkontra dengan beberapa amal kecil yang saya dan Superfrends lakukan.

Tiba-tiba diherdik pula.

Rasa kecil dan terduduk. Dan saya menangis. Beginilah apabila kita dicap baik. Orang menyangka, apa saja yang dihumban atau dicampak ke kepala kita, kita harus terima dengan senyum dan syukur yang tak berbelah bahagi.

Ya, saya bersyukur kerana insiden itu, saya dapat mengingatkan diri. Betapa kecilnya diri kita. Betapa banyaknya kekurangan dan betapa kita tak sehebat mana.

Terima kasih pada manusia yang melemparkan kata-kata bahawa, sebagai orang yang melakukan charity, kami tidak boleh marah walau dikantoi mereka. Terima kasih kerana mengingatkan kami perlu senyum dan terima janji palsu mereka. Terima kasih atas pelajaran yang sangat berharga itu.

Kami berdoa semoga kedua-dua insan ini mendapat rezeki yang melimpah ruah dan dirahmati Allah.

Jumpa lagi.

 

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

 

.

.

 
KATA KUSYI HIRDAN 13
Kusyi Hirdan 31 Julai 2017 PDF Cetak E-mail

KATA KUSYI HIRDAN


Ku Fuyah 3 days out

ETS-Alor Star-Satun-Hatyai

 

Assalamualaikum

Sekadar cerita...

Perancangan ke Satun, Thailand telah kami, saya, Zul, Cik Kham, Wan Rahmah, Puter dan Roih, rancang seawal bulan Ramadhan lagi. Macam upah le. Sebab waktu program di Sarawak, volunteer kami berharap dapat diberikan masa untuk bershopping langsung tak ada kesempatan. Mereka kena kerja kerja kerja. Program di Sarawak padat. Ikan terubuk pun kirim je kat orang beli hehehhe. Dapat sekejap pergi cari kek lapis sebelum ke airport.
Kami plan, ada rezeki, lepas program Street Dakwah Dhula Kedah, kita pi jalan ke Satun untuk makan tomyam yang sedap tu. Lalu ikut Wang Klian border. Itulah kisahnya... Sementelah, saya, Zul dan Cik Kham memang selalu sangat ke Satun kerana kami suka membeli barang-barang Superfrends di sana.

Sehinggalah ke beberapa hari nak ke program Dhuha Kedah nak berlangsung, baharu tahu Ku Fuyah, kakak saya nak mengikut sama. Dia dapat tahu perancangan kami nak ke Satun itu daripada Cik Kham dan bertanya bolehkah dia nak mengikut sama.

Kami beritahu, boleh. Tapi dengan syarat kena bantu program Kedah dulu sebab volunteer tak cukup. Dia setuju kerana sangat perlukan 'cuti' di samping teringim nak naik ETS.

Saya anak ke 9 dan Ku Fuyah yangketiga, jarak usia tu jauh. Dari sekecik2 saya ingat, Ku Fuyah dah menjaga kami. Dia bekerja sebagai guru kemudiannya dan dia jugalah yang menyara persekolahan kami. Kemudian sepanjang usianya juga dia menjaga Permaisuri Balu dan emak saudara istimewa kami, Ku Norma. Sampai sekarang, usianya pun 60 tahun. Bakti dia kepada kami sekeluarga sangat besar. Begitu juga pengorbanannya sebagai anak dan kakak.

Bila merancang last minit, baru menjadi. Banyak kali kita rancang berbulan-bulan, menjadinya tidak. Seluruh ahli keluarga saya take over bantu tugas Ku Fuyah. Kiranya beri dia cuti to enjoy herself.

Ku Fuyah naik Ets dengan anak buah kami, si Yaya dari Rawang dan terus ke Alor  Star. Abang yang menghantar di ke stesen keretapi berkongsi gambar mereka berdua yang tampak seronok sekali naik keretapi.

Sampai sahaja ke Alor Star, Ku Fuyah dan Yaya naik teksi ke Giant. Tugas telah menanti, kesian juga saya tengok mereka tetapi apakan daya, memang perlukan bantuan volunteer. Terus kena kerah buat kerja Superfrends. Selama ini pun dia hanya mampu tengok dari jauh je dan sangat teringin nak join program tapi itulah, dia menjaga orang tua. Besar pahalanya.

Dia sampai sekitar jam 1, terus menolong kami sampai le ke tengah malam. Di samping itu, petangnya mengikut grup kami ke Sungai Petani, beraya dengan wanita hebat Natipah Abu dan hantar cenderahati pada anak yatim di situ. Malamnya, mereka beramai-ramai makan durian bersama-sama di luar chalet penginapan. (Saya tak join kerana tak makan durian) Saya intai-intai juga, walaupun tengah malam, nampak semuanya seronok. Semuanya ahli keluarga. Kham dan Roih memang dah kenal keluarga saya semua dan kami anggap seperti keluarga sendiri.

Esok paginya kami dah kena berkumpul di Giant seawal jam 0730. Buat persiapan terakhir sebelum peserta datang. Ku Fuyah jadi volunteer, memastikan perjalanan program lancar, jadi tenaga pengajar memperbetul bacaaan al fatihah di slot tazkirah dhuha, basuh pinggang mangkuk, kemas itu ini dengan Ku Yan dan geng2 lain.

Program selesai sekitar zuhur selepas semua peserta dan volunteer makan tengah hari. Kami turut selesaikan solat juga di Giant.

Jam 3 petang, baharu kami bergerak sekereta ke Satun. Memang bersempit sedikit tetapi rela hehe... Patutnya auntie yang seorang lagi turut serta tetapi dia tidak jadi akhirnya. Kami sampai ke Satun menjelang Asar dan terus mencari tomyam. Hehehe. .

Kami menginap di hotel Meesuk, hotel murah je tapi sangat selesa, bersih dan ada wifi . Gituuu.

Malamnya kami berjalan ke Big C yang hampir tutup dan dinner dengan seronoknya menikmati makanan siap lagi.

Plannya keesokan hari akan shopping di town kecik itu, ke Makro dan dan makan2 lagi.

Beberapa kali Ku Fuyah  tanya, Hatyai jauh ke, macam mana roper Hatyai dan harap nanti-nanti dapatlah dia pergi.

Lalu, selepas breakfast kami berenam,  saya, Zul, Wan Rahmah, Cik Kham, Puter dan Roih bermeeting secara sindiket dan buat perkiraan. Hatyai hanya an hour 20 minutes away, time is still early, selepas singgah beli toaster Hello Kitty kita shoot ke Hatyai dan bawak dia ke town sekejap dan balancenya ke Pasar terapung Khlong Hei. Ditekankan, kita semua dah banyak kali pergi Hatyai so this time around, its Ku Fuyah time to enjoy more than us. Can we agree on that?

All of us agree. Cayalah. Semua sporting. Mungkin konsep Superfrends sepanjang masa ialah 'memberi kegembiraan pada orang lain' semua dah faham dan menyerap di hati.

 

Gambar atas : Ku Fuyah dan Yaya sedang menunggu ETS.

Gambar atas : Grup photo volunteer Superfrends

Gambar atas: Ku Fuyah dan Wan Rahmah di hadapan rumah anak yatim di Sungai Petani, lokasi Natipah Abu mengadakan rumah terbuka hari raya.

Gambar atas: Tengah malam makan deroyan.

Gambar atas: Di Khlong hei, Hatyai.

Gambar atas: Sesi makan makan di Hatyai. Semua menu sedap belaka.

Gambar atas : Ini di border Wangklian, Perlis.

 

Kami semua memang seronok, seronok dapat menghilangkan stress dan kepenatan kerja. Tetapi yang penting, dapat memberi keseronokan kepada Ku Fuyah.

Jumpa lagi.

 

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

 


 
Kata Kusyi Hirdan 10
Kusyi Hirdan 28 Jun 2017 PDF Cetak E-mail

KATA KUSYI HIRDAN

Aidilfitri 2017 Laughing

 

Assalamualaikum

Sekadar cerita...

Sudah Syawal keempat dah. Baharu saya sempat menulis di sini... Blog yang saya sangat sayangi :) Heheh...

Betul... walaupun saya mempunyai Facebook, page, Twitter, tapi, blog ini yang paling saya sayangi. Walau agak terlambat mengucapkan Salam Syawal kepada semua follower, rasa tak mengapakan. Kita tetap berjumpa di sini.

Saya dan Zul beraya di Kuala Kangsar, suatu yang saya nanti-nantikan sekali. Asalkan seperti tidak jadi ke sana kerana masalah-masalah tertentu, kemudian, di akhirnya Zul memberi lampu hijau untuk kami ke sana juga. Seronoknya Tuhan sahaja yang tahu. Walau hati tu hendak balik kampung beraya tetapi saya mengikut sahaja keputusan Zul. Kalau dia kata balik ke sanalah, ke sanalah. Kalau tidak, mungkin dia ada agenda lain.

Selamat hari raya, maaf zahir batin pada semua yang mengenali saya secara live atau pun sekadar mengikuti perjalanan blog ini. Alhamdulilah, kita diberi Allah peluang untuk menikmati Ramadhan dan Syawal sekali lagi. Tahun hadapan belum tahu lagi...

Inilah warna baju raya kami tahun ini. Warna cekelat. Kiss

Satu Syawal juga petanda penamat program Ramadhan Superfrends, kumpulan amal saya, Zul dan Cik Kham. Penamat itu kami tandai dengan program agihan putu perak di Masjid Ubudiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar usai solat sunat Aidilfitri. Merancang program ini memang awal-awal lagi buat saya teruja. Ia bermula dengan mengumpul dana putu perak dan membuat tempahan. Orang Perak tahulah kuih ini... Kuih tradisi yang sentimental pada kami.

Di hari yang ditunggu... pagi-pagi lagi kami sudah bersedia. Parking kereta oren awal-awal di tempat yang paling strategik dan dekat pintu pagar biasa seperti tahun sebelumnya. Jumlah 600 putu perak? Sikit sangat bunyinya berbanding jemaah yang ada. Saya menganggarkan jemaah sekitar 2000 orang rasanya.

Tapi... walaupun jumlahnya sedikit, nak mengagihkan 600 putu, dengan volunteer yang terhad, dengan suasananya, yang pada pengalaman kami yang lepas-lepas, memang bukan perkara mudah jugalah. Hati tu risau juga tetapi Zul tetap cool. Dia lebih excited pada program itu berbanding memikirkan apa yang bakal kami hadapi.

Dua hari sebelumnya, banyak kali saya berpesan pada dua anak buah yang kecil, Umairah, 14 dan Nafisah, 8, habis saja solat cepat2 datang ke pagar masjid, tolong wan chik (saya). Arah saya umpama seorang jeneral. Malam 1 Syawal selepas kami bertakbir bersama di rumah, sekali lagi saya mengingatkan dan suruh keduanya ulang. Mereka ulang. Nampaknya mereka faham. Emak mereka yang mendengar pun hairan dan tergelak.

Sebenarnya saya risau tentang orang yang menolong ni. Ada anak-anak buah dan adik serta ahli keluarga lain yang lebih besar tapi saya risau mereka sukar untuk keluar. Berbanding dua budak kecil ini. Mereka saya harap dapat segera meloloskan diri.

Mereka betul-betul datang secepat mungkin seperti yang diarahkan. Budak-budak. Jujur dan ikhlasnya jelas sekali. tetapi tapi kata Nafisah mereka tersekat juga sikit kerana jem manusia yang ramai sangat menuju ke pintu keluar hehehe. Waktu tu saya dan Zul mmg dah tak cukup tangan.

Selepas Nafisah dan Umairah, beberapa minit kemudian datang anak2 buah dan adik beradik yg lain datang membantu agihan. Lega. Baru dapat ambik gambar.

Ini tahun ketiga Superfrends anjurkan agihan putu sebegini. Setiap tahun jumlahnya meningkat. Kami excited setiap kali utk program ini. Yalah, ia program sedekah yang sangat unik. Putu perak, di masjid, di pagi raya, tak unik tu? Hehehe...

Prosesnya sekejap sangat. Mungkin sekitar 20 minit sahaja dah habis dah. Alhamdulillah, seperti mana ahli keluarga saya yang seperti sudah biasa dengan rutin ini, penerima juga merasakan begitu. Ada yang mengimbau insiden sama di tempat sama, dan kami mendengarnya. Harap tahun depan dapat diteruskan lagi dan jumlah putu juga bertambah. Abang ipar saya, Najmi turut cadangkan ditambah air kopi sekali.

Ada yang datang selepas putu habis... bertanya putu masih adakah atau tidak, ada budak-budak yang menangis kerana mahukan putu. Aduihhh... Kesiannya. InsyaAllah, kita bertemu lagi nanti.

Saya kongsikan gambar-gambarnya ya.

 

 

 

 

Jumpa lagi.

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

 

.

 

 

 
<< Mula < Sblm 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Seterusnya > Tamat >>
Page 2 of 22

Novel Kusyi Hirdan Terkini

Tarikh Hari Ini

Hadis Hari Ini

Dari Abu Hurairah r.a katanya: ”Apabila roh orang-orang mukmin keluar dari tubuhnya dua orang malaikat menyambutnya dan menaikkannya ke langit.” Kata Hammad : ”Kerana baunya harum seperti kasturi.” Kata penduduk langit, “Roh yang baik datang dari bumi. Sallallahu ‘alaika (semoga Allah melimpahkan kebahagiaan kepadamu) dan kepada tubuh tempat engkau bersemayam. ”Lalu roh itu dibawa ke hadapan Tuhannya Azza wa Jalla. Kemudian Allah berfirman: ”Bawalah dia ke Sidratul Muntaha dan biarkan di sana hingga hari kiamat.” Kata Abu Hurairah selanjutnya: ”Apabila roh orang-orang kafir keluar dari tubuhnya – kata Hammad, berbau busuk dan mendapat makian, maka berkata penduduk langit, ”Roh jahat datang dari bumi.” Lalu diperintahkan, bawalah dia ke penjara dan biarkan di sana hingga hari kiamat.”

Statistik Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini196
mod_vvisit_counterSemalam220
mod_vvisit_counterMinggu ini196
mod_vvisit_counterMinggu lepas2859
mod_vvisit_counterBulan ini10039
mod_vvisit_counterBulan Lepas9837
mod_vvisit_counterKeseluruhan710964

We have: 33 guests online
Your IP: 54.159.113.182
 , 
Today: Sep 24, 2017

Masa Itu Emas..