Selamat Datang ke jendelaku Kusyi Hirdan
Kak Yong, rindu teramat di hati ini...
Kusyi Hirdan 11 Februari 2016 PDF Cetak E-mail

KATA KUSYI  HIRDAN

Assalamualaikum

Sekadar cerita…

Sekiranya masa dapat diputar kembali, itulah harapan saya. Tetapi masakan ia mampu. Masa akan terus berlalu dan berlalu tanpa dapat kita halang perjalanannya. Kita terlambat, tertinggallah. Kita terleka, kerugianlah. Begitu juga mati. Ia tiba tanpa dapat dihalang. Tepat pada waktu yang sudah tertulis. Terlambat tidak, tercepat pun tidak.

Pada 2hb Feb 2016 yang baru berlalu, saya kehilangan seorang lagi ahli keluarga. Kali ini anak saudara saya yang sulung. Kami panggil dia Kak Yong. Kadang kala Rah. Ada masa Nazirah. Nama sebenarnya, Puteri 'Ainun Nazirah bt Najmi. Anak sulung kepada kakak sulung saya, Ku Matun.

Perginya tiba-tiba. Tanpa petanda. Sehari sebelumnya, kakak saya menulis di whatsap grup keluarga kami tentang Kak Yong yang demam. Kemudian, ia bertukar cerita. Dari sekadar demam, dia dibawa ke hospital. Dan kemudiannya kritikal.

Kritikal? Bagaimana? Kenapa? Baru seminggu sebelumnya kami ke percutian keluarga di Cameron Highlands. Oh, Kak Yong akan sembuh semestinya. Dia mungkin masuk wad sekejap sahaja, kemudian akan sembuh. Kemudian keadaan akan jadi seperti sedia kala.

Dari Melaka saya dan Zul mengambil Cik Kham di Puchong dan kami sampai ke ward emergency menjelang tengah malam. Kakak terus menyuruh kami melihat Kak Yong. Ketika itu dia masih boleh sedar dan saya beritahu tentang kedatangan kami. Beritahu everything will be okay. Tetapi sebenarnya waktu itu saya amat terkejut kerana Kak Yong sudah diberi bantuan pernafasan.

MasyaAllah.

Dan kami terus cuba positif walau hakikatnya doktor sudah memberitahu betapa Kak Yong dalam keadaan kritikal. Sangat kritikal. Darahnya ada jangkaitan dan ia mungkin kerana mempunyai cist sejak 2 tahun sebelumnya dan perkara ini tidak kami ketahui.

Saya dan ahli keluarga yang lain bergilir-gilir ke katil Kak Yong dan kami berusaha membisikkan ke telinganya agar sentiasa berzikir.

'Kak Yong, I love you...' saya sempat menyampaikan kata-kata itu.

Menjelang selepas maghrib, di hari kedua, doktor memberitahu, Kak Yong akan dipindahkan ke ICU dari ward emegency. Entah bagaimana, saya dan adik lelaki Kak Yong, Fikri dapat mengiringinya bersekali dengan nurse. Dari ward emegency, kami sama-sama naik lif, sampailah ke ward dan di situ nurse di dalam menyuruh kami menunggu dulu kerana Kak Yong akan dipersiapkan ke katil barunya.

Kami adik beradik bergilir-gilir melihat Kak Yong. Setiap kali dua orang yang masuk. Sehinggalah sekitar jam 11 lebih, giliran saya, itulah kali terakhir saya dan Cik Kham melihatnya di dalam Icu. Hati saya sangat sedih menatap keadaannya.
Di luar, saya beritahu kakak mahu pulang berehat di rumah Cik Kham. Esok, selepas assignment pagi, saya datang lagi tengok Kak Yong. Mungkin menjelang waktu melawat HKL.

Positif. Walau tahu keadaan Kak Yong tenat tapi masih berharap Kak Yong bertahan dan seterusnya sembuh. Kakak saya sendiri sudah merancang jadualnya untuk minggu itu yang antaranya dia akan menjaga Kak Yong.

Kami pun pulang. Memang kepenatan kerana kurang tidur. Sampai di rumah sekitar jam 1 pagi. Terus mandi dan melelapkan mata. Sehinggalah dikejutkan dengan panggilan telefon beberapa jam kemudian dari kakak dan anak saudara yang mengatakan Kak Yong sedang nazak.

MasyaAllah. Kami segera bersiap. Saya menelefon Bahiyah dalam perjalanan ke kereta dan kami menangis bersama-sama. Di dalam kereta pula hingga ke hospital pun begitu itu. Saya tak boleh menahan diri dari menangis dan menangis. Ya, Allah. Adakah ini mimpi.

Perjalanan yang sunyi dan tanpa gangguan kenderaan di dinihari itu, kami segera sampai ke hospital lebih kurang jam 330 pagi. Sekitar jam 4 pagi, doktor mengumumkan : Kak Yong dah tak ada.

Luluh hati saya. Dia bukan sekadar anak saudara. Dia juga kawan. Umurnya 34 tahun dan tidak jauh bezanya berbanding anak saudara yang lain. Kami rapat sejak dia kecil. Zaman dia di Uitm pun kami selalu bersama.

Kami rapat sebagai ahli keluaga. Dia umpama adik di bawah Bahiyah kerana umurnya dan Bahiyah berbeza 2 tahun sahaja.

Dalam kesedihan itu, kami tahu, urusan Kak Yong perlu dipermudahkan. Ahli keluarga segera menyusun perjalanan Kak Yong bertemu penciptanya. Syukur, saya cuba membantu sedaya upaya.  Walau sebenarnya saya tidaklah sekuat mana tetapi saya perlu kuatkan diri. Mesti.
Mesti. Demi Kak Yong yang sangat saya kasihi.

Bersama-sama kakak dan abang ipar. Kak Yong akan segera dimandikan, dikafankan, dibawa ke masjid Manjalara dan kemudiannya dikebumikan di tanah perkuburan Segambut, di sisi neneknya yang terdahulu pergi.

Jika malam sebelumnya saya iring katil Kak Yong menaiki lif untuk dibawa ke ICU, subuh itu, saya sekali lagi iringi katilnya, kali ini Kak Yong sudah bergelar jenazah, turun ke bawah untuk dimandikan...

Betapa... betapa hati saya sangat sedih. Betapa, betapa, saya mengharapkan semuanya itu sekadar mimpi... betapa... betapa....

Hari pun berlalu.
Hari ini, hari ke 8, Kak Yong pergi. Saya masih hilang semangat. Perancangan program ziarah hospital Superfrends ke Hospital Ipoh pada 8hb yang lepas, kami teruskan juga kerana ia sudah dirancang lama dan sudah berjanji. Walau, di hati itu kesedihan belum reda dan menghantui.

Kesedihan ini, rindu ini, pasti tiada yang memahami. Mungkin ada yang menyangka, dia 'hanya anak saudara'. Bukan anak sendiri. Di dalam hati ini, Kak Yong lebih daripada itu. Saya sangat kehilangan.
Sangat kehilangan... :(

Sesungguhnya, setiap perancangan Allah itu pasti ada hikmahnya dan ia yang terbaik. Walau hati sebak dan pilu, saya reda, inilah ketentuan yang sudah tertulis buatnya. Kita terkejut, kita tak menyangka... Siapalah kita untuk mempertikai apa yang Allah rancangkan buat hambaNYA.

Iya. Segalanya umpama mimpi. Mimpi yang sebenarnya realiti.

Semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosa Kak Yong @ Puteri Ainun Nazirah Najmi dan meletakkan rohnya di sisi mereka yang beriman dan beramal saleh. Mohon juga sahabat-sahabat sekalian yang membaca tulisan saya ini, sedekahkan ayat suci buat arwah anak saudara itu.

Al fatihah.

Gambar: Arwah Kak Yong @ Puteri Ainun Nazirah Najmi,
berdiri, dua dari kiri.

 

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

 
Dua kali dirai
Kusyi Hirdan 28 Januari 2016 PDF Cetak E-mail

KATA KUSYI  HIRDAN

Assalamualaikum

Sekadar cerita…


Rasanya setiap tahun, sejak usia anak saudara, si Puteri Ain kecil lagi, kami bertiga dah menyambut hari lahir bersama-sama. Puteri Ain dah pun 25 tahun. Kami bertiga, saya, Puteri Ain dan Azam semuanya anak-anak Januari.

Kemudian bila arwah abang saya berkahwin, dia mempunyai anak tiri, Azwan, yang juga lahir bulan Januari. Dan terakhir, bila Bahiyah berkahwin, suaminya Cik Kerul, Smilejuga kelahiran Januari.

Dari dulu, sehinggalah pertambahan ahli keluarga, hari jadi saya sudah rutin dirai keluarga dalam bentuk pakej begini. Adik beradik lain pun sama, yang bulan Jun pun ada ramai ahli keluarga yang sama tarikh lahirnya atau dalam bulan yang sama.

Kali ini kami menyambutnya di Cameron Highlands.

Namun sebelum itu, pada hari sebenar, sahabat-sahabat saya telah buat surprise birthday party buat saya. Real punya surprise. Sampaikan pak aji beritahu betapa sukarnya dia nak convince saya nak ajak ke lokasi surprise itu kerana saya nak ke tempat lain. Hahahah... Nasib baik saya beralah. Selalunya saya jarang beralah. Hahaha....

So sweet. Berbanding majlis di Cameron Highlands saya dah jangka tetapi yang sahabat-sahabat raikan saya tak jangka langsung. Sayu pulak hati.

Saya kongsikan di sini gambar-gambarnya ya.

 

Ini di Cameron Highlands dengan hadiah masing-masing.

Bantal bentuk buah :)

 

Ini keknya.

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Ini pula di Masjid Tanah. Surprise Surprise...

 

 

Jumpa lagi.

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

 

 

 
Menanti hari esok...
Kusyi Hirdan 16 Januari 2016 PDF Cetak E-mail

KATA KUSYI  HIRDAN

Assalamualaikum

Sekadar cerita…


Beberapa hari yang lepas, blog ini tak boleh dibuka. Sekarang dah boleh. Wink
Selamat berjumpa kembali.

Walaupun kebanyakan kita mempunyai facebook, twitter, instagram dan laman sosial lain, entah mengapa, hati saya masih terikat dengan blog. Saya mungkin old school. Itulah hakikatnya.
Sejarah saya mempunyai blog memang agak lama. Zaman blogspot dulu lagi. Sekitar 2004. Walau dengan adanya berjenis-jenis laman sosial, saya jenis yang tak boleh tinggalkan blog. Dalam sebulan mesti kena update blog. Sekali pun jadilah. Ada masa, berkali-kali saya update blog dalam sebulan.

Pernah terjadi juga saya tak dapat update kerana masalah peribadi dan kesibukan. Ketika itu saya rasa rindu... Hehehe... rindu berbicara di blog ini.
Sebabnya, blog ini paling dekat dengan diri saya. Ia tentang saya. Ia apa yang saya lakukan. Ia diikuti oleh sahabat-sahabat alam maya yang tak pernah saya kenali tetapi rajin menjenguk blog ini.

Mereka ini mengenali saya sebagai beberapa wajah. Wajah kerjaya saya seorang wartawan, wajah penulis buku dan wajah sebagai founder Superfrends.
Saya tahu ramai yang mengenali saya melalui blog. Kadang mereka mengenali orang terdekat saya kerana seringnya saya berbicara tentang mereka di sini.

Saya tahu saya mempunyai pembaca yang setia. Tapi bukanlah saya rasa diri popular pulak. Tidak. Saya pun tak harap begitu.
Terus terang saya sangat suka menulis. Menulis adalah jiwa saja. Terima kasih kerana anda sudi membacanya.

Alhamdulilah, Allah mengurniakan saya bakat dan kebolehan boleh menulis. Bukan penulis hebat tetapi memang suka menulis. Smile
Hari ini 15 Januari, bermakna besok 16 Januari adalah hari jadi saya. Cepatnya masa berlalu. Saya semakin tua.Cool
Saya melalui pelbagai cabaran yang berwarna warni dalam meniti usia ini. Suka duka, sedih, bahagia. Sakit, sihat, dan macam-macam lagi.

Saya pernah mengecap kejayaan. Pernah juga kejatuhan.
Semuanya menjadikan saya yang hari ini. Saya rasa saya lebih matang setiap hari, walau usia bukanlah penentu kematangan. Ada yang tua tapi tak matang matang.

Saya lebih banyak mencari kebahagiaan sekarang. Kebahagiaan akhirat. Namun, kebahagiaan di dunia juga sama pentingnya. Penting, apabila kita bahagia, orang sekeliling kita juga bahagia.

Pada suatu peringkat, saya lupa pada kebahagiaan diri sendiri dan sentiasa memikirkan tentang orang lain. Sebenarnya sampai sekarang pun. Cuma, sekarang saya rasa perlu memuaskan hati dan membahagiakan diri. Walau sekadar mendengar kicauan burung atau wind chime di luar rumah yang ditiup angin.

Esok, umur saya meningkat setahun lagi. Saya tetap seperti dulu. Saya masih melihat persahabatan bukan dikira pada kuantiti tetapi kualitinya. Saya masih setia, mencurah kasih dan cinta pada suami, yang begitu banyak berkorban demi saya. Dan saya juga berkorban demi dia. Kami saling melengkapi.

Saya.
Saya masih seperti dulu. Jumpa lagi. InsyaAllah.
Hadiah birthday daripada Pak Aji.

 

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

 

 




 
Pemula 2016... novel baru
Kusyi Hirdan 19 Januari 2016 PDF Cetak E-mail

Assalamualaikum,

Pemula 2016, bakal terbit sedikit masa lagi. Novel baru. Cool

I am so excited!!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
Rentetan 2015 Superfrends
Kusyi Hirdan 31 Disember 2015 PDF Cetak E-mail

KATA KUSYI  HIRDAN

Assalamualaikum

Sekadar cerita…

Pengakhir yang manis bagi 2015. Entah mengapa, setiap kali, semenjak 2010 kewujudan Superfrends, pengakhir tahun sentiasa manis.

(Ini ada yang akan kata kami memuji diri sendiri melambung pulak ni)

Manis tu kerana setiap yang kami lakukan, memberi makna yang mendalam dan kepuasan tersendiri. Walaupun ia sesuatu yang kecil. Kecil bagaimana pun, tetap besar di mata kami.

1. Tahun 2015, kami bermula dengan program penganjuran kelas iqra' dewasa. Sehingga kini, jumlah pelajar sudah lebih kurang 100 orang. Bangga? Siapa tak bangga? Kami sangat bangga. Bukan bangga pada diri sendiri, tetapi bangga kepada pelajar2 kami yang berusia dari 45-84 tahun. Walau semua menyangka mereka hanya hangat taik ayam tetapi mereka membuktikan sebaliknya. Kelmarin, Ustaz Abdullah beritahu, dari juz amma, pelajarnya sudah naik Al-Baqarah.
Untuk memastikan program ini berjalan lancar dari Januari 2015 hingga kini, bukanlah mudah. Besar sekali cabaran dugaannya. Termasukkan cabaran mendapatkan tenaga pengajar dan dana gaji, sampai sekarang, bila berjumpa orang dan mereka bertanya ttg program Superfrends, kami akan pohon mereka bantu dari segi ini.

2. Januari juga, kami menghantar 100 dapur gas untuk mangsa banjir di Kuala Kangsar.

3. Februari, kami adakan program perbetul surah Al-fatihah di masjid melibatkan pelajar2 kami dengan bantuan fasi dari KUIM. Di waktu sama,
a) program menghantar barang dapur kepada warga susah dan sekolah tahfiz juga berlangsung.
b) Setiap bulan kami memberi sedikit cash kepada beberapa ibu tunggal terpilih. Yang selalunya sumbangan zakat
c) Dan setiap bulan kami menggajikan seorang pembersih surau untuk surau di masjid tanah.
d) Setiap bulan juga kami menghantar lampin pakai buang dewasa pada mereka yang terpilih

 


4. Bulan Mac kami adakan program ziarah hospital yang pertama tahun 2015

5. Hujung Mei kami dah mula membuat kuih raya, kali ini juga bersama pelajar KUIM untuk agihan hamper ramadan.

6. Masuk Ramadan, kami mengadakan beberapa program:
a) Program beli baju raya, berbuka puasa dan menginap di hotel untuk lebih kurang 60 asnaf Muar dan Melaka
b) Qiamulail dan program perbetul surah yaasin
c) Program berbuka puasa di masjid bersama 700 penduduk KSB
d) Edaran 150 hamper dan duit raya bernilai RM100 kepada 150 orang susah di Melaka dan Kuala Kangsar.
e) Majlis berbuka, solat terawih dan pemberian hamper serta duit raya bernilai RM100 dengan anak yatim pelajar KUIM

7. 1 Syawal, edaran putu perak di masjid Ubudiah.

8. Program Dapur Superfrends
Ini program yang memberi makan kepada pelajar susah di KUIM dan di semester yang ketiga ini, kami dapat memberi kepada 25 orang pelajar susah. Untuk ini sahaja kami memerlukan kutipan dana bernilai RM2500 sebulan. Bayangkan tekanannya. Tapi Allah sekali lagi sentiasa memberikan rezekiNYA.
Mereka ini bukan hanya mendapat bantuan makanan tetapi juga sumbangan zakat. Ada ketika, kami ziarah ke rumah keluarga masing-masing dan menghantar sumbangan kecil.

9. Acan. Acan ini adalah penerima bantuan Superfrends yang jauh sekali, di Muar, sebelum Cikgu Siti Z aktif sebagai sahabat Superfrends. Kami sebenarnya tidak dapat membantu Acan waktu itu kerana jauh. Dan waktu itu wakil Superfrends pun tiada. Skrg dah ada Cikgu Siti Z. Kami ada wakil Superfrends di Kedah yang membantu menghantar barang dapur pda org susah di sana.
Dana untuk Acan, yang memerlukan bantuan oksigen 24 jam Allah permudahkan. Kami dapat berikan penarik tabung gas dan ketika program di Zafrah dana untuk dia Rm1000 Allah berikan. Ada juga yang menyumbang untuk dana persekolahan abang dan adik Acan.
Superfrends juga bersama Cikgu Siti Z memberi kelas eksklusif cupcakes dan gubahan pulut kuning kepada emak Acan iaitu Kamariah. Ia demi memberi peluang Kamariah menambah pendapatan.

10. Rumah Teduhan Warga Emas Zafrah. Untuk rumah ini kami dikurniakan Allah rezeki untuk menghantar bantuan pamper, susu, sumbangan tilam, cadar waterproof dan juga mengadakan program mesra disertai pelajar KUIM. Sehari sebelumnya kami membawa warga emas itu keluar membeli belah di Giant dengan wang belanja RM100 seorang.
Di rumah Zafrah juga kita berjaya menyumbang mesin basuh auto berharga RM1500.

11. Program kedua ziarah hospital berlangsung pada bulan Oktober 2015.

12. Program Ceria beli baju sekolah. Alhamdulilah, ini program penutup tahun. Kami sendiri tidak menyangka dapat membawa 50 orang pelajar dan 20 penjaga untuk program ini. Pelajar mendapat dana belian RM200 seorang (Persiapan sekolah, bag, makan KFC). Penjaga dapat RM100 seorang. Selain itu mereka dapat lagi sumbangan2 hadiah lain.
Kali ini Superfrends dari negeri masing-masing diminta aktif menguntip dana untuk negeri mereka. Di Perak, Johor dan Melaka.

ALHAMDULILLAH. Allah memberikan rezekiNya dan memakbulkan doa kita semua. Walau ada yang tidak habis2 mengutuk kami, siap ada yg doa kami tersungkur lagi... 2015, Allah tidak putus2 kurniakan rezekiNya.
Syukur ya Allah. Syukur....

Semoga tahun 2016, kami terus istiqamah melakukan amal kecil ini. Doakan kami.
Untuk mengadakan program-program di atas, ia tidak semudah yang disangka. Ia memerlukan perancangan, kerja keras dan pengorbanan yang bukan kecil. Belum lagi bab2 lain yang melibatkan hati dan perasaan. Menangis, terduduk, kecewa, marah, putus asa, hilang semangat sentiasa mengiringi. Ia tak boleh imuin. Tapi, setiap kali, Allah memberi kekuatan untuk teruskan, teruskan, teruskan.

Untuk semua sahabat yang mendoakan, menyokong kami. Thank u. I love u too.

MAAF ZAHIR BATIN.

 

Jumpa lagi.

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

 


 
<< Mula < Sblm 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Seterusnya > Tamat >>
Page 10 of 23

Novel Kusyi Hirdan Terkini

Tarikh Hari Ini

Hadis Hari Ini

Diriwayatkan daripada Anas r.a: “ Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: ” Tidak ada seorang pun di antara kalian dipandang beriman sebelum ia menyayangi saudaranya sesama Muslim seperti halnya ia menyayangi dirinya sendiri.”

Statistik Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini85
mod_vvisit_counterSemalam187
mod_vvisit_counterMinggu ini1022
mod_vvisit_counterMinggu lepas1781
mod_vvisit_counterBulan ini6079
mod_vvisit_counterBulan Lepas12548
mod_vvisit_counterKeseluruhan731797

We have: 40 guests online
Your IP: 54.81.195.240
 , 
Today: Nov 21, 2017

Masa Itu Emas..