Selamat Datang ke jendelaku Kusyi Hirdan
Dah siap azam baru?
Kusyi Hirdan PDF Cetak E-mail

KATA KUSYI  HIRDAN

Assalamualaikum

Sekadar cerita…

 

Cepatnya masa berlalu. Baharu sahaja rasanya kita di bulan Januari, sekarang kita dah di bulan Disember dan bakal menempuh Januari sekali lagi. Cepat sangat kan.

Masa memang tak pernah menunggu kita. Kita yang selalu membuang masa. Alhamdulillah, walaupun serba kekurangan, tahun 2015 juga seperti tahun sebelumnya. Saya dan Superfrends sentiasa mempunyai program-program kecil kami.

Syukur, Allah memungkinkan semua. Tanpa rezeki dan nikmat yang Allah berikan, tentu kami tak berupaya melakukannya. Ada juga kami diuji dengan peristiwa-peristiwa yang menyedihkan, yang melemahkan semangat tapi setiap kalinya kami bangkit.

Saya? Sebagai pengidap AD sejak sekian lama sentiasa berusaha untuk pulih. Saya cuba, cuba dan cuba sedaya upaya. Dan saya mahu pulih sepenuhnya.

Setiap hari kita mendengar berita kematian, pemergian insan yang kita kenal atau pun tidak ke sisi penciptaNYA. Kita? Bila-bila sahaja. Kita pun tak tahu bila...

Saya pasti di saat posting ini di tulis, mungkin di tempat anda sedang hujan. Ya, musim tengkujuh sudah tiba. Hujan juga membawa impak sedihnya tersendiri. Apatah lagi, di hari ini juga, putera Paduka Sultan Johor, Tunku Jalil dikebumikan. Almarhum menghembuskan nafas terakhirnya sekitar jam 7 malam semalam. Almarhum mengidap kanser hati.

Walau tidak mengenalinya secara peribadi, terasa seperti dekat dengannya. Kerana dia seorang putera raja berjiwa mulia disayangi semua. Sama-samalah kita mendoakannya ditempatkan di sisi orang beriman dan dimasukkan ke syurga.

Mohon berhenti sejenak dan sedekahkan ayat suci buat almarhum. Sebelum itu seorang pelawak juga meninggal dunia dan juga seniwati Mariani, kakak Saloma.

Kita masih hidup, diberi kesempatan oleh Allah untuk terus menikmati udara. Janganlan kita sia-siakan. Gunakan masa yang ada sebaik mungkin. Buat kebaikan pada semua orang. Tingkatkan amal ibadat. Sedekah.

Itulah yang sepatutnya menjadi azam kita sepanjang masa. Setiap tahun.

 

MAAF ZAHIR BATIN.

 

Jumpa lagi.

 

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

 

 


 
Hasrat Dania....
Kusyi Hirdan PDF Cetak E-mail

KATA KUSYI  HIRDAN

Assalamualaikum

Sekadar cerita…

Kami membaca tentang adik Dania ini, 4 tahun, apabila adik saya share posting uncle kami Raja Iskandar Yaacob. Bahiyah yang kongsikan di wallnya. Tentang seorang anak yg mengidap luekemia... Dania namanya.

Kemudian kami baca status ibunya Puan Dayana, betapa dia sedih kerana Dania tak dapat menghadiri majlis penyampaian sijil... Maklum sekarang kan tgh musim anak2 sekolah pra berkonvo.
Sayunya hati kami... Anak sekecil itu tak mengerti apa2.

Sementelah kami berada di Perak kami terfikir sesuatu... Sesuatu utk Dania gembira. Kami nak visit dia, beri dia pakai baju konvo. Ambik gambar. Boleh ke?
Allah memberi jalannya. Cikgu Amizan dari SK padang asam membantu meminjamkan baju pra dari sekolahnya. Perfect!

Cari belon pulak. Dapat. Happy kami. Pasti Dania suka dpt belon cantik tu.

Dan kami menuju ke hospital Taiping dalam hujan yg sangat lebat. Kami mengundur. Patutnya balik ke KL tetapi ini perjalanan yg tidak dirancang. Demi Dania.

Kami ke wad 3D. Kiranya kami redah sahaja. Kami cari, tanya guard semua. Jumpa.
Tetapi kami tak dibenarkan masuk kerana hanya parents atau penjaga je yg boleh. Dayana, ibu Dania juga tiada kerana sdg berniaga dan diganti oleh auntie nya, linda. Kami minta linda keluar dan beritahu hajat kami. Cikgu Amizan juga mengirim bear putih. Linda menangis hiba.

Linda membantu mengambil gambar di dalam wad. Dan kemudian tunjukkan pada kami di luar. Menangis kami lihat hasilnya.... Dania kanser stage 3 dan baru lepas kemo circle kedua.

Allah ada rencanaNya sendiri. Bumi Taiping waktu itu basah lencun kerana hujan baru teduh.

Kami dapat jumpa puan dayana yg sedang mengandung 7 bulan. Dia dtg naik motor dari cangkat jering sebab nak jumpa kami kerana katanya terharu org jauh dtg nak ziarah dania. Pertemuan berlangsung di ruang parking. Sangat emosi. Kami cuba memberi kata-kata semangat pada Puan Dayana. InsyaAllah, Dania akan sembuh.

Dayana, 24, dan suaminya berniaga kuih.
Dapat kami bersembang2. Dayana ternyata sangat sedih dgn apa yg menimpa anaknya. Kalau boleh dia nak ganti penderitaan Dania katanya... Tak sanggup lihat anaknya menderita kesan kemo. Begitulah ibu.

Dia juga beritahu, perlu bekerja sebab kalau tak kerja tak adalah gaji. Dia mmg dah kehabisan wang. Nak berulang ke ipoh bukan mudah.
" Waktu Dania masuk hospital 45 hari dulu tu bil hospital 21 ribu. Terduduk saya. Nak bayar dgn apa? Lalu saya beritahu hospital di tangan ada seribu je. Itulah yg saya bayar... "

Allah tahu hasrat kami mahu berjumpa anak itu. Dia perkenankan juga utk kami jumpa Dania. Dania dapat check out, minggu depan dia akan kemo circle ketiga di hospital Ipoh. Dapatlah kami jumpa Dania live. Sembang sekejap dgn dia. Pegang tangan dia.
Nampak dia tak lepas belon yg Superfrends bawa... Kami ceria2 kan dia. Tahan diri dari menangis. Dalam hati, sayu sangat.

Alhamdulillah ada sedikit sumbangan utk dania.

Dapat juga kami merealisasikan impian Dania utk berbaju konvo. Semoga dia gembira... Ya Allah, kau sembuhkan Dania.

 

 

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

 

 

 
Warga emas a day out...
Kusyi Hirdan PDF Cetak E-mail

 

KATA KUSYI  HIRDAN

Assalamualaikum

Sekadar cerita…

 

Program ini dirancang lama antara Supefrends dan sahabat kami, Hanif Rosdi Abu. Dia merupakan pelajar di Kolej Universiti Islam Melaka, yang sering membantu kami sebagai sukarelawan.

Waktu itu belum wujud lagi Kelab Sahabat Superfrends KUIM tetapi kelab dia yang lain. Mula-mula ia sekadar bayangan dan perancangan. Kemudian makin detail dan serius apabila sudah nampak Hanif betul-betul mahu meneruskannya. Kami di pihak Superfrends hanya mahu melihat effort dan kesungguhan mereka kami mahu mereka yang mengatur sendiri dan pengisian program harus mereka persetujui. Kami tunggu dan lihat.
Dan akhirnya ia menjadi nyata.
Program bermula dengan para volunteer membawa warga emas di Pusat Zafrah. Ia program warga emas a day out. Nampak macam mudah kerana yang bakal terlibat ialah 15 orang warga emas sahaja. Tak ramai kan?

Kami bagi tahu sejak awal-awal lagi pada Hanif, apa yang perlu volunteer kita buat nanti adalah tugas yang sukar. Bukan hanya perlu menjaga warga emas, membawa mereka membeli belah tetapi juga kena berkomunikasi, memujuk dan membeli jiwa mereka.
Inilah program utama kedatangan kami ke Muar. Membawa warga emas A DAY OUT.

Kami bajet untuk ini seorang RM70 tetapi Allah melimpahkan rezekinya lalu mereka dapat RM100 seorang. Maka selama sejam kami kerahkan volunteer semua membawa warga emas membeli belah di seluruh Giant. Ikutlah permintaan mereka. Layan mereka umpama VIP.

Selepas itu kami bawa semuanya untuk menghabiskan suasana petang di KFC. Ini adalah misi untuk menggembirakan mereka. Dapat membeli belah dan dapat makan-makan beramai-ramai.

Hari ini juga kami dapat menyerahkan dana sumbangan untuk gas Adik Acan. Dana ni juga kami tak sangka berjaya mencapai sasaran target kerana asalnya kami hanya dapat sekitar RM400 sahaja. Namun siapa yang dapat menidakkan rezeki dari Allah pencipta semesta alam ini. DIA yang tetapkan kami berjaya mengumpul jumlah sasaran iaitu RM1000. Alhamdulilah.

Tamat hari pertama.

Hari kedua iaitu hari Sabtu, seawal 9 pagi kami sudah berada di Pusat Zafrah. Mereka sedang breakfast. Maka elok sangatlah tu. Farah, tuan punya Pusat Zafrah memberitahu, ada yang belum disuap makanan lagi jadi volunteer terus mengambil tugas masing-masing. Mereka akan menjaga warga emas yang sama seperti semalam.

Kami datang hari itu turut membawa lampin dewasa dan susu diabetik bernila RM550 juga sedikit kiriman barang dapur. Ini juga kami tak sangka dapat kumpul. Sob Sob. Sayunya. Besarnya rezeki yang Allah kurniakan.

Di Zafrah.
Pembahagian tugas sudah dibuat. Siapa yang memasak. Siapa yang mengemas rumah, siapa yang membantu membuat wiring, siapa yang terus bersama warga emas, siapa yang pasang lampu lip lap. Siapa yang pasangkan cadar waterpruf pada semua katil yang ada.

Yang kami tiga orang Superfrends ni, tugasnya membuat surprise ketibaan mesin basuh baru. :)

Permintaan Pusat Zafrah kami penuhi. Warga emas didekati dan diajak berbual. Sehinggalah waktu makan tengah hari, mereka sama ada makan bersama-sama warga emas yang dijaga atau menyuapkan nasi. Yang perlu nasi lembik diajar caranya. Yang perlu bersulam nasi dan air kerana sangat uzur juga semakin tahu apa yang perlu dibuat. Kami makan tengah hari bersama-sama. Ia adalah kemuncak program.

Bila semakin menuju pengakhir program, kami buat grup foto sekali lagi. Sebelumnya buat di Giant. Kali ini suasana mula dah lain. Baik pihak warga Zafrah dan juga volunteer. Terkejut kami kerana semuanya menangis. Tidak mengira lelaki atau perempuan. Sayu nak meninggalkan sebuah persahabatan yang terjalin selama 2 hari itu. Sangat singkat tetapi bermakna bagi mereka semua. Mereka merasai sebuah kerapatan.

Kami pulang dengan segala memori indah di laman hati. Memori sebuah persahabatan yang terjalin. Walau jarak usia antara volunteer dan warga emas sangat jauh, walaupun mereka bukan sesiapa bagi kami, mereka sekadar orang tua yang mungkin sebaya dengan orang tua dan ahli keluarga kami, semuanya pilu bila terjadi perpisahan tengah hari itu.

Suasana di Zafrah sungguh pilu... Selamat jalan, selamat tinggal, jumpa lagi.

Walaupun begitu, kami sebagai pihak yang menganjur bersama Kelab Sahabat Superfrends KUIM, merasa sungguh gembira dan bersyukur kerana program ini dapat berlangsung dengan kutipan dana yang mencukupi. Walaupun ia hanya dicapai semakin sampai ke hari yang dirancang tetapi itulah yang Allah tetapkan untuk kami.

Target untuk program ini ialah RM6600.

Empat hari sebelum program dana mesin basuh pun belum cukup lagi. Apatah lagi yang lain. Namun keajaiban menimpa kami. Rezeki hambaNya telah ditetapkan. Empat hari selepas itu kami mendapat dana untuk ini, satu persatu.
MasyaAllah. MasyaAllah. MasyaAllah.

1. Mesin basuh Pusat Zafrah RM1500
2. KFC RM556
3. Cup Cakes Kamariah RM175
4. Warga emas shopping RM1400
5. Lampin dewasa dan susu untuk diabetik RM550
6. Dana gas adik Acan RM1000
7. Petrol RM412
8. Penginapan RM370
9. Food petugas RM300
10. Belon polka dot RM90
11. Lampu lip lap utk rumah Zafrah RM15
12. Alas tilam waterproof Rm1200
Jumlah untuk semua di atas : RM7368

Dana yang berjaya dikumpul RM7952

Lebihan RM384

Bermakna kami telah berjaya mencecah sasaran malah berlebihan pula. Dana lebihan akan dimasukkan ke program amal Superfrends seterusnya.

Terima kasih para penyumbang sekalian. Allah jua yang membalasnya. Terima kasih. Terima kasih.

 

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

 

 

 

 

 


 
Jom bahagia !
Kusyi Hirdan PDF Cetak E-mail

KATA KUSYI  HIRDAN

Assalamualaikum

Sekadar cerita…

 

Terkadang, kita rasa sedih. Sedih kerana mengenangkan sesuatu. Tapi itu normal. Itu perasaan yang normal. Perasaan sedih tu boleh hilang, insyaAllah. Cepat dan lambat berbeza setiap orang. Begitu juga kekuatan seseorang dalam melaluinya.

Untuk pulih dari kesedihan tak mudah. Tetapi sebenarnya kita boleh kalau kita mahu. Betulkan?

Kadang-kadang, kita belum mahu meninggalkan kesedihan itu. Kita mengikat diri dengan kenangan. Dengan kesedihan. Dengan marah. Dengan dendam.

Untuk let go... kita sendiri yang tak mahu. Betulkan?

Memaafkan juga sangat sukar. Tapi percayalah, biarlah... ambil pendekatan - biarlah. Biarlah orang terus melukakan hati kita. Kita jangan terpedaya dengan kesedihan itu kerana kita berhak bahagia.

Kita berhak gembira.

Kita berhak menyayangi dan disayangi walau dengan seekor kucing pun.

Jangan biarkan kita merana kerana orang lain. Atau merana dengan kenangan pahit sendiri yang tidak boleh dilepaskan. Jangan! Yang ruginya kita.

Maafkan segala dosa dan kesalahan saya. Saya juga begitu terhad semua orang. Mari kita saling maaf memaafi. :)

 

 

Jumpa lagi.

 

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

 

 


 

 

 

 
Terkadang...
Kusyi Hirdan 07 Oktober 2015 PDF Cetak E-mail

KATA KUSYI  HIRDAN

Assalamualaikum

Sekadar cerita…

 

Kadang.. kita bertemu dengan manusia yang bersikap begini, hanya kerana kita mahu mendapatkan pertolongan dari mereka, mereka tidak menghormati kita. Pernahkah anda alami?

Kami pernah melaluinya.

Ada masa, kita perlukan pertolongan. Tentu sahaja kita perlukan pertolongan itu kerana kita ada masalah. Tetapi, yang menolong itu pula bukan main lagi sikapnya.

Lalu kita tidak jadi meminta pertolongannya.

Sebab itu kita harus meletakkan peraturan pada diri sendiri. Lagi kita menolong orang, lagi kita mesti humble.

Cabaran untuk itu memang maha hebat. Tak senang. Maka kena cubalah sedaya upaya.

Diri sendiri memang tidak sempurna. Lemah. Serba kekurangan. Jadi rasa marah dan kecewa itu pasti ada bila ia terjadi kepada kami.

Kadang, manusia ini pantang bila orang meminta pertolongan. Dia mahu ia diberi sendiri mengikut dirinya sendiri. 'Aku pantang kalau orang mintak-mintak ni' Ada yang bersifat begitu. Walhal, kalau orang meminta, itu maknanya dia kesusahan.

Terbaru, untuk program di Muar, rasa sedih sangat bila mereka yang nak meminjamkan kereta beri pelbagai syarat. Waktu masa berkonvoi dan mengejar masa, boleh pula dia mahu mengajak ke tempat lain. Walhal orang di Muar sudah menunggu dan kesannya program lewat lebih sejam. Terganggulah segala perjalanan program.

Yang seorang yang lain pula, emaknya tak bagi pula di saat akhir untuk menggunakan kereta. Katanya tak boleh berjalan jauh. Dan dia tak berjanji pun. Walhal dia tahu kami sangat memerlukan pertolongan. Hina sangatkah apabila kita meminta pertolongan.

Melaka-Muar, tak jauh mana. Lagi pun kami sediakan dana petrol. Sampai hari ini saya rasa sedih lagi.

Kami semua sedih sebenarnya. Last minutes perkara itu terjadi dan bagaimana nak selesaikan masalah pengangkutan volunteer.

Tetapi, itulah... Allah jua yang membantu. Maka perjalanan program berjalan serba jayanya. DIA membantu kami tanpa meminta balasan apa-apa. Rezeki untuk program mencurah-curah. Tidak tahukah lagi kita untuk bersyukur?

MasyaAllah. Ampuni segala dosa kami, Ya Allah. Kami melakukan begitu banyak dosa tetapi masih lagi dibantu dengan mencurahkan rezekiNYA.

Semoga, kita semua tidak menjadi di antara mereka yang merasa tinggi hanya kerana dapat memberikan pertolongan. Ingatkan selalu pada diri. Ingatkan selalu.Tidak luak pun diri kalau menunduk seperti padi.

Jumpa lagi.

 

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

 

 





 
<< Mula < Sblm 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Seterusnya > Tamat >>
Page 9 of 20

Novel Kusyi Hirdan Terkini

Tarikh Hari Ini

Hadis Hari Ini

Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya :” Apabila Nabi SAW memberitahu sebuah pernyataan, baginda mengulanginya sampai tiga kali hingga orang ramai dapat memahami dan mengerti perkataannya dengan baik dan setiap kali nabi meminta izin untuk masuk (ke dalam rumah, ia mengetuk pintu) tiga kali dan mengucapkan salam.”

Statistik Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini38
mod_vvisit_counterSemalam364
mod_vvisit_counterMinggu ini734
mod_vvisit_counterMinggu lepas1440
mod_vvisit_counterBulan ini6106
mod_vvisit_counterBulan Lepas7882
mod_vvisit_counterKeseluruhan688552

We have: 7 guests online
Your IP: 54.166.136.90
 , 
Today: Jul 25, 2017

Masa Itu Emas..