Selamat Datang ke jendelaku Kusyi Hirdan
Untukmu Acan!
Kusyi Hirdan 09 April 2016 PDF Cetak E-mail

KATA KUSYI  HIRDAN

Assalamualaikum

Sekadar cerita…

Nama manjanya Acan. Nama sebenarnya Mohd Fikri Hakim. Abangnya yang pelat ketika kecil memanggilnya Acan. Nama itulah yang kekal hingga kini.

Dia pesakit jantung kronik yang memerlukan bantuan oksigen 24 jam. Ibunya Kamariah, seorang suri rumah, juga bekas pesakit kanser. Sejak 2 tahun lalu, Acan tidak dapat ke sekolah lagi. Pembiayaan Acan terutama gas oksigennya bukan murah untuk keluarga mereka yang bergantung pada bapa Acan yang bekerja sebagai pemandu. Ada sedikit bantuan daripada baitulmal yg tentu sahaja tidak mencukupi untuk menampung keperluan Acan.

Mungkin di hari ini friendlist Kami Superfrends dan kawan-kawan yang berkaitan sudah mengenali Acan. Kami gembira kerana ramai yang sama-sama mendoakan kesejahteraan Acan dan keluarganya.

Syukur Alhamdulillah. Allah telah memungkinkan kami mendapat sahabat2 yang baik yang menyumbang dana untuk kami menjayakan program menceriakan Acan sepertimana harapan ibunya Kamariah.

Ingat lagi beberapa minggu lepas kami sekadar merancang. Merancang dan juga target. Bertanya sana sini untuk mendapatkan idea. Namun, menceriakan totally stranger bukan sesuatu yang mudah kepada sesetengah orang sebagaimana mahu melakukan pada keluarga sendiri atau pun kekasih hati.

Kami masa itu kecewa kerana sangat mengharapkan pertolongan tetapi tiada. Bukan wang tetapi idea. Sepi :(. Kami tahu perlu meneruskannya sendiri.

Bantuan tenaga sebelum kejadian dan di hari kejadian juga sangat diperlukan sebab kami tak mampu serta tidak begitu sihat. Namun, semuanya sudah tersurat. Kami redha dan meneruskan juga misi itu.

Untuk Acan dan harapan ibunya.

Allah jualah yang membantu. Dia Maha Mengetahui.

Cik Kham di Puchong tidak akan turun ke Melaka melainkan target sudah hampir. Target kami RM3000 utk program Acan. Setiap hari kami full force sharing. Sahabat2 pun sama. Kuyam di Ipoh yang tersentuh dengan kisah Acan dan ibunya sama-sama mengumpul dana.

Dan sejumlah itulah Allah kurniakan kepada kami.
MasyaAllah MasyaAllah MasyaAllah.

Kami ke Muar dua hari lebih awal sebelum volunteer Ustaz Hanif, Azzan dan Habib tiba. Kami kena tiba awal untuk memilih hotel, mendapatkan kerjasama mereka, menempah makanan, dan meneliti masalah berbangkit.

Membawa Acan keluar bukan mudah. Banyak yang perlu diambil kira. Pengalaman ketika program ramadan tahun lepas memberi pengajaran. Kami mahu berikan yang terbaik walau serba sederhana.

Kami tiba pagi di Muar, terus inspect hotel. Berjumpa pihak atasan untuk berbincang. Pada mulanya banyak dos and donts tetapi kemudian semuanya longgar demi seorang Acan.

Bilik paling istimewa untuk Acan. Party spot exclusive. Parking khas. Wheel chair. Semua tu perlu perbincangan rapi.

Masalah yang kami sudah jangka ialah aircond yang tak sejuk untuk Acan. Bukan salah aircond itu kerana ia sudah cukup sejuk untuk kita yg normal. Acan perlu 3 kali lebih sejuk. Solution, air cooler. Setelah mendapat kebenaran pihak hotel, kena mencarinya pula di sekitar Muar.

Tak mudah mencari air cooler. Jenuh juga. Akhirnya kami cuba bertanya syarikat2 katering di Muar. Setelah beberapa kali barulah ketemu. Itu pun dia tak ada untuk beri kami test segera. Malamnya baru dia ada. Dia pun heran juga lalu kami terangkan kenapa kami perlu test kesejukannya dan menerangkan masalah Acan. Malam itu kami ke Serom untuk bertemu tuan punya Cikgu Canopy untuk melihat dan merasa sendiri kesejukan air cooler mereka. Kami perlu dua, satu untuk bilik Acan, satu lagi untuk diletakkan di tempat majlis. Ia bersaiz besar. Perlukan lori untuk penghantaran.

Sebelum itu, kami sempat ke pejabat pos. Cerita ini kami akan kongsi kemudian ek.

Majlis surprise yang kami rancang untuk Acan ialah birthday partynya. Walau awal dari tarikh sebenar, kami anggap tak mengapa... Pada Acan hanya tahu dia dan keluarganya dibawa menginap di hotel. Yang lain2 kami 'seal' dulu.

Hari kedua, volunteer kami tiba. Terus diberi tugas-tugas. Order door gift KFC untuk 30 tetamu. Beli topi, beli trompet, beli hadiah dan macam-macam lagi. Mereka nampak penat. Ke sana ke mari. Kesian. Sebenarnya kami tak kesian. Hei, orang muda. Tenaga kena kuat tauu. Jangan lembik2. :)

Hari kejadian. 2 Apr. Sabtu. Pagi2 semua dah bersiap-siap. Seterika baju, tudung. Macam nak raya pulak.

Kami sekali lagi ke hotel Pelangi, briefing, buat persiapan. Tunggu air cooler sampai. Berdebar-debar. Risau. Dengan tenaga volunteer 6 orang termasuk kami...Tetamu yg dijemput dari kalangan orang terdekat Acan sekitar 15 orang. Termasuk semua, 36 orang! Perlu buat itu perlu buat ini. Sepupu saya Kuyam dan kakak, Miss J, juga akan datang disertai Encik Aziz, teman baru kami dari JB.


Allah mengirim Yuliana, yang kami jumpa malam sebelumnya di uptown Muar, datang membantu. Lega bila ada extra hands.

Paling penting, Acan. Surprise untuk Acan. Itu yang saya beritahu pada semua pihak terlibat. Tiada lagi perkara penting yang perlu kami utamakan melainkan Acan yang perlu paling gembira dan selesa.

Sekitar jam 1230, Hanif, Azzan dan Habib rehearsal bagaimana cara menunggu Acan tiba dan membawanya ke bilik nanti dengan kerusi roda. Ia nampak senang walau Hanif lebih berat, mereka pun main-main masa tu. Si Habib menolak si Hanif dan saling usik mengusik. Bagaimana suasana lif... dan sebagainya.

Namun di kejadian sebenar, nampak ada yang pucat mukanya hehehe... Sebab, bila Acan tiba, dia sangat fragile. Dia perlu diiring dengan oksigen tank. Semua perlu hati-hati. Kerana dua2nya sado, Hanif dan Habib, mereka mengangkat wheel chair Acan bila kena naik tangga. Kuat tuh...


Alhamdulillah, ketika surprise party sedang disediakan di bawah, di suite Acan, Kuyam dan Encik Aziz sudah memulakan surprise yg pertama untuk anak berusia 15 tahun itu. Acan yg sangat meminati JDT di beri hadiah semuanya barangan premium JDT. Seronok lihat wajah Acan bercahaya.


Seperti yang dirancang, Habib perlu membawa Acan semula turun ke bawah untuk surprise partynya. Dia dah memakai pakaian serba baharu. JDT belaka.

Kita cuba tutup matanya supaya tak nampak semua preparations yang ada. Bila sampai dan semua menyanyikan lagu Happy birthday, Acan terkejut. Dia nampak seronok sangat sebab kawan-kawannya pun ada. Jiran-jiran pun ada.


Kek Acan juga ditempah khas, JDT juga. Sedap sangat kek tu.


Majlis kemudiannya diisi dengan doa selamat dan tahlil oleh Ustaz Hanif. Kami semua mengaminkan doa bila Hanif menyebut semoga Allah menyembuhkan Acan. Syahdunya.


Majlis di isi dengan ramah mesra bersama Acan, ibu bapanya dan tetamu lain. Makanan serba sederhana tetapi kami pastikan semua orang dapat satu set KFC. Ia kegemaran Acan.

Dana untuk gas Acan juga diserahkan kepada Kamariah, sejumlah RM 1220. MasyaAllah rezeki dari Allah untuk Acan.

Beberapa petugas hotel datang dan mengambil gambar. Sebelumnya mereka hanya mendengar cerita dari kami dan hari itu dapat lihat insan istimewa itu sendiri. Petugas hotel Pelangi sangat memberi kerjasama demi kami menjayakan program kecil ini.

Majlis berakhir sekitar 4.30 petang. Acan dan keluarganya akan menginap overnite di hotel itu. Kami harap mereka semua gembira.


Kami Superfrends, hanya termampu melakukan sedikit ini, untuk menceriakan anak kesayangan Kamariah - Acan. Kuasa Allah, siapa pun tidak tahu rahsianya. Kami mendoakan Acan sembuh sepenuhnya dan dapat membesar sebagaimana kawan-kawannya yang lain.

Acan dan Kamariah. Bukan siapa siapa kepada kami. Mereka totally stranger. Mereka bukan kawan sekolah kami. Bukan saudara kami. Bukan orang kampung kami. Kami kenal mereka lebih kurang Ramadan yang lalu iaitu 2015.

Namun, kesusahan dan kesedihan Kamariah menyentuh hati kami. Kami sudah menjadi sahabat. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Sekadar sedikit ceria ini yang mampu kami beri.

Terima kasih Acan dan keluarga kerana memberi peluang ini kepada KAMI SUPERFRENDS.

 

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

 


 
Kadang... kita sangat selfish :(
Kusyi Hirdan PDF Cetak E-mail

KATA KUSYI  HIRDAN

Assalamualaikum

Sekadar cerita…

 

Dulu kita susah, kita tak makan, duit dlm poket sentiasa kosong semasa zaman belajar dulu. Apa je nama yang tak kena dengan kita. Sengkek. Kebulur. Pokai. Itulah zaman kita. Itu memori kita. Memori pahit dan manis.

Nak balik asrama, kadang bapak hantar sampai stesen bas di kampung je. Lepas itu kita kena naik keretapi, naik bas lagi dua tiga kali kena tuko. Naik bas mini. Sampai asrama kita dah lunyai.

Tapi kenapa ada yang merasakan, 'biar derang rasa', bila kita ceritakan tentang kesusahan pelajar-pelajar skrg? Yang ramai pelajar kita kelaparan kerana mereka datang dari keluarga susah.


Ayat 'biar derang rasa' ini selalunya dituju kepada orang lain. Anak orang lain. Orang kampung lain. Daerah lain. Yang bukan kena mengena dengan kita.

Cer kalau anak kita sdri mesti kita tak sampai hati kan. Maka keluarlah kata-kata hikmah ini ---- > 'I tak mau lah anak I rasa susah macam I dulu tu... bla... bla... bla.'

Anak kita jangan susah sikit pun. Makan mesti kenyang. Duit poket mesti cukup. Kalau balik tiap minggu, walau jauh, kita sanggup hantar sampai ke pintu pak guard. Kita tak mahu anak kita susah-susah naik public transport. Kita dulu rasa susah jadi mereka kita nak merasa senang. Takut pula dibiarkan naik public transport. Bahaya zaman sekarang ni.

Tapi hairannya, bila anak orang lain kita rasa okey pulak? Kita boleh senang-senang cakap, 'biar derang rasa.' Alah, gua dulu pun susah jugak. Lagi susah dari tu. Okey je hidup skrg what! Public transport, ok le. 'Biar derang rasa susahnya'.

Derang lagi! Derang tu dah tentunya bukan merujuk kepada anak sendiri... Ada... Ada yang mahu anak mereka belajar susah. Merasai.... Tapi tak ramailah.

Adakah kita selfish? Anak kita kenyang, tapi ada rakannya yang kelaparan... Mungkin seasrama dengan dia. Atau di kolej-kolej lain, universiti lain?

Take your time and think.

*** SUPERFRENDS memberi makan kepada pelajar susah KUIM seramai 32 (terkini). Program yang dinamakan DAPUR SUPERFRENDS ini sudah berlangsung selama 4 semester. Bantu hebahan untuk kami terus mengumpul dana bagi tujuan ini.

 

 

 

 

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya


 
Terus merindu....
Kusyi Hirdan PDF Cetak E-mail

KATA KUSYI  HIRDAN

Assalamualaikum

Sekadar cerita…

Hari ini dah Selasa, kita semua dah mula bekerja semalam setelah cuti raya cina yg panjang. Awal pagi dah bermula, meneruskan hari-hari biasa. Kerja nampaknya berderet menunggu.

Dalam keluarga, anak-anak saudara memanggil dengan gelaran Wan Cik. Kau pula, majoriti memanggil Kak Yong. Ada masa dipanggil Rah sahaja. Atau nama penuh di sebut - Nazirah.

Rah, Wan Cik rasa tak tahu bagaimana nak bermula, nak meneruskan kerja macam biasa, sejak Rah pergi meninggalkan kami. Rah pergi terlalu mengejut. Demam 3 hari kemudian masuk hospital. 30 jam selepas itu, Rah meninggalkan dunia ini.

Rah @ Kak Yong dah tak ada? Ia masih lagi kami anggap mimpi. Walhal hari ini sudah 14 hari Rah mengadap Allah, ke dunia yang kekal abadi.

Wan cik masih menangis... Mengenang, merindu. Rah seingat Wan Cik sangat pemurah. Tak berkira dan tak pernah membuatkan wan cik terasa hati. Walau sebenarnya, Rah adalah hebat. Hebat di bidang pelajaran dan kerjaya. Rah kekal humble. Rendah diri. Balik dari Turki, Rah belikan Wan Cik shawl berwarna shocking pink. Waktu itu Wan Cik rasa macam terserlah sangat. Tapi kini, shawl itu akan menjadi kesayangan Wan Cik.

Ingat lagi kali terakhir kami minta tolong Rah... Rah cuba tolong sedaya upaya. Ia tentang masalah setting pagination di Word. Ada complicated sikit bila menggunakan setting berbeza jadi Rah cuba bantu.

Itu hari, Wan Cik sendiri yang request gambar ini dari sahabat baik Rah juga rakan sepejabat Rah, Farah namanya. Farah bercerita, sebagai rakan sekerja dia juga sangat rindukan Rah. Dia mungkin melihat Rah dari sisi yang berbeza, sisi seorang kawan. Dia juga sama seperti Wan Cik, yang terkejut kerana Rah pergi tiba-tiba. Farah juga antara sahabat Rah yang datang di hari Rah di hospital, sehinggalah ke akhirnya.

Dan hari ini Farah menghantar gambar yang Wan Cik mahu tu. Walau ada lagi gambar-gambar lain, wancik tak dapat meletakkan di sini.

Dari gambar itu Wan Cik tahu, Rah sangat gembira dengan kawan-kawan dan mempunyai kawan-kawan yang baik. Wancik dpt tengok tmpt duduk Rah di pejabat.

Wan Cik rasa sayu sebab di office baru ini kita tak sempat keluar lunch bersama. Di KLCC dulu pernah.

Oh, dulu, masa zaman Rah belajar di UiTM, kita selalu keluar bersama. Midvalleylah yang paling selalu jadi tempat kita berjumpa. Kita makan-makan, shopping atau tengok wayang bersama. Dari Rah, Wan Cik dapat tahu, kedai-kedai kopi yang mahal tu, ada masa mereka buat offer. Juga Wan Cik dapat tahu, tiket wayang ada hari-harinya akan bagi offer dan student ada harga istimewa.

Kita ada juga tengok cerita seram bersama-sama. Dan Rah akan gelakkan Wan Cik kerana banyak babak yang Wan Cik tak tengok dan tutup muka. Rah yang akan ceritakan pada Wan Cik.

Kita juga ada tengok teater bersama. Satu tu cerita seram. Wan Cik yang duduk sebelah hujung ni lari ke sebelah sana kerana terkejut. Gelak sakan Rah masa tu.

Oh.... Rah.... Banyak memori indah kita. Semuanya indah-indah belaka. Sebab Rah memang baik. Kalau kami usik, Wan Cik dan Ayah Chu memang suka menyakat Rah, Rah tak marah pun. Rah akan gelak. Habis-habis pun Rah akan kata - Eleh....



Dulu, Wan Cik sangat risau sekiranya Rah tak punya kawan yg baik tetapi rasanya kerisauan itu tak berasas lagi dah. Buktinya, di hari pemergian Rah, kawan-kawan Rah, baik perempuan atau lelaki, ramai yang stay untuk solat jenazah Rah. Itu yang Wan Cik terharu sangat. Kawan-kawan yang baik begitulah... Bukan hanya bersenang-senang sahaja dengan kita tetapi sehingga ke akhir usia kita dan kemudiannya mendoakan kita.

Selalu wan cik tulis di sini, memanggil Rah dengan nama Kak Yong, sebab itulah nama panggilan Rah yang paling popular dalam keluarga kita. Namun, baru Wan Cik ingat, wan cik sebenarnya lebih selalu memanggil Rah dengan panggilan 'Rah' kerana itu juga cara Rah membahasakan diri dengan wan cik.

Rah, anak saudara yang sangat Wan Cik kasihi. Semoga Allah mengasihi Rah dan meletakkannya di syurgaNya.

Kami sedih, rindu pada pemergiaan Rah yang tiba-tiba. Susah nak ke keadaan asal setelah Rah tiada. Kami tahu Rah tak mungkin kembali. Semuanya tak mungkin sama. Ruang yang lompong itu tak mungkin dapat diisi oleh sesiapa, seistimewa Rah.

Semoga pembaca blog Wan Cik ini dapat berhenti sejenak utk sedekah ayat suci buat Rah @ Kak Yong @ Puteri Ainun Nazirah Najmi.

Al fatihah.

 

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya


KATA KUSYI  HIRDAN

Assalamualaikum

Sekadar cerita…

 
Memoriku... dan wind chime
Kusyi Hirdan 25 Februari 2016 PDF Cetak E-mail

KATA KUSYI  HIRDAN

Assalamualaikum

Sekadar cerita…

 

Ketika saya menulis posting ini, jam baru menjelang 12.47 tengah hari. Cuaca amat panas tetapi berangin. Di luar wind chime berbunyi riang sekali. Kelin, kelin, kecin, kecin...

Bagi yang mengenali saya, tahu tentang kegemaran saya pada wind chime ini. Di mana-mana saya tinggal, setiap rumahnya pasti ada wind chime. Walau di rumah flat ataupun di rumah bawah.

Di pejabat pun... Dulu di Berita Publishing, tak silap di Harakah pun saya ada wind chime saya sendiri. Saya gantunglah di mana-mana. Kalau di ofis, tak dapat sumber angin sebenar, saya sendirilah yang menjadi sumber angin itu. Saya gunakan jari saya untuk hasilkan bunyi.

Entahlah... saya suka sangat impak yang diberi oleh wind chime ini. Mungkin kerana ia mengingatkan saya tentang memori di kampung ketika kecil. Di rumah kampung bertiang kayu, di berandanya ada wind chime.

Saya tak ingat siapa yang beli wind chime itu... Ia berbentuk seperti bilahan bumbung pagoda. Pembunyinya bertali tangsi, ada tulisan cina. Entah apalah tulisan itu maknanya. Wind chime itu ada lama bersama kami.

Kemudian, bila rumah kami diperbesarkan, kami ada beranda yang lebih besar, ada juga wind chime yang lain. Ini pun saya tak pasti siapa yang beli. Makanya, saya dapat merasakan, ahli keluarga saya sukakan wind chime.

Wind chime yang ditiup-tiup angin, ia memberi impak yang besar kepada saya. Saya rasa tenang, lapang dan shahdu. Juga sayu. Saya rasa dekat dengan alam.

Dan waktu itu, kita akan tahu, angin sedang berhembus kuat. Kuasa Allah sahaja yang mampu melakukannya. Mana kipasnya? mana blowernya? Besar sungguh kuasaMU.

 

Ini wind chime luar rumah


 

Ini pulak dalam rumah.

 

Kini saya rasa kerinduan. Rindu pada suasana ketika kecil. Rumah kami yang panas dan mengharapkan angin luar untuk menyejukkan diri. Kalau bulan puasa, rasa nak tidur atas rumput di bawah rumah kerana di situ sejuk. Tapi saya tentulah takut :) tak berani nak buat semua tu.

Dahulu, cukup dengan angin, kita dah rasa selesa. Sekarang. Sepanjang masa penghawa dingin. Panas sikit dah sakit kepala, migrain. Oh, dulu, keadaan lebih sempurna sebenarnya. Sekarang, kita terleka dengan keselesaan.

Wind chime berbunyi-bunyi di luar.

Saya rasa sayu sangat kerana hati ini sangat merindu anak saudara yang baru kembali ke rahmahtullah.... Berderu-deru bunyinya wind chime itu.

Di rumah kampung kami di Bukit Chandan, arwah selalu menghabiskan zaman kanak-kanaknya di situ. Cuti sekolah, musim raya. Teringat, dia bermain di atas rumah, di bawah dan bebas bergembira, gelak tawanya. Zaman kanak-kanaknya, sungguh ceria.

Kenangan manis bersama Puteri Ainun Nazirah tersimpul rapi. Forever.

Wind chime terus berbunyi-bunyi.

 

Jumpa lagi.

 

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

 


 

 


 
Kak Yong, rindu teramat di hati ini...
Kusyi Hirdan 11 Februari 2016 PDF Cetak E-mail

KATA KUSYI  HIRDAN

Assalamualaikum

Sekadar cerita…

Sekiranya masa dapat diputar kembali, itulah harapan saya. Tetapi masakan ia mampu. Masa akan terus berlalu dan berlalu tanpa dapat kita halang perjalanannya. Kita terlambat, tertinggallah. Kita terleka, kerugianlah. Begitu juga mati. Ia tiba tanpa dapat dihalang. Tepat pada waktu yang sudah tertulis. Terlambat tidak, tercepat pun tidak.

Pada 2hb Feb 2016 yang baru berlalu, saya kehilangan seorang lagi ahli keluarga. Kali ini anak saudara saya yang sulung. Kami panggil dia Kak Yong. Kadang kala Rah. Ada masa Nazirah. Nama sebenarnya, Puteri 'Ainun Nazirah bt Najmi. Anak sulung kepada kakak sulung saya, Ku Matun.

Perginya tiba-tiba. Tanpa petanda. Sehari sebelumnya, kakak saya menulis di whatsap grup keluarga kami tentang Kak Yong yang demam. Kemudian, ia bertukar cerita. Dari sekadar demam, dia dibawa ke hospital. Dan kemudiannya kritikal.

Kritikal? Bagaimana? Kenapa? Baru seminggu sebelumnya kami ke percutian keluarga di Cameron Highlands. Oh, Kak Yong akan sembuh semestinya. Dia mungkin masuk wad sekejap sahaja, kemudian akan sembuh. Kemudian keadaan akan jadi seperti sedia kala.

Dari Melaka saya dan Zul mengambil Cik Kham di Puchong dan kami sampai ke ward emergency menjelang tengah malam. Kakak terus menyuruh kami melihat Kak Yong. Ketika itu dia masih boleh sedar dan saya beritahu tentang kedatangan kami. Beritahu everything will be okay. Tetapi sebenarnya waktu itu saya amat terkejut kerana Kak Yong sudah diberi bantuan pernafasan.

MasyaAllah.

Dan kami terus cuba positif walau hakikatnya doktor sudah memberitahu betapa Kak Yong dalam keadaan kritikal. Sangat kritikal. Darahnya ada jangkaitan dan ia mungkin kerana mempunyai cist sejak 2 tahun sebelumnya dan perkara ini tidak kami ketahui.

Saya dan ahli keluarga yang lain bergilir-gilir ke katil Kak Yong dan kami berusaha membisikkan ke telinganya agar sentiasa berzikir.

'Kak Yong, I love you...' saya sempat menyampaikan kata-kata itu.

Menjelang selepas maghrib, di hari kedua, doktor memberitahu, Kak Yong akan dipindahkan ke ICU dari ward emegency. Entah bagaimana, saya dan adik lelaki Kak Yong, Fikri dapat mengiringinya bersekali dengan nurse. Dari ward emegency, kami sama-sama naik lif, sampailah ke ward dan di situ nurse di dalam menyuruh kami menunggu dulu kerana Kak Yong akan dipersiapkan ke katil barunya.

Kami adik beradik bergilir-gilir melihat Kak Yong. Setiap kali dua orang yang masuk. Sehinggalah sekitar jam 11 lebih, giliran saya, itulah kali terakhir saya dan Cik Kham melihatnya di dalam Icu. Hati saya sangat sedih menatap keadaannya.
Di luar, saya beritahu kakak mahu pulang berehat di rumah Cik Kham. Esok, selepas assignment pagi, saya datang lagi tengok Kak Yong. Mungkin menjelang waktu melawat HKL.

Positif. Walau tahu keadaan Kak Yong tenat tapi masih berharap Kak Yong bertahan dan seterusnya sembuh. Kakak saya sendiri sudah merancang jadualnya untuk minggu itu yang antaranya dia akan menjaga Kak Yong.

Kami pun pulang. Memang kepenatan kerana kurang tidur. Sampai di rumah sekitar jam 1 pagi. Terus mandi dan melelapkan mata. Sehinggalah dikejutkan dengan panggilan telefon beberapa jam kemudian dari kakak dan anak saudara yang mengatakan Kak Yong sedang nazak.

MasyaAllah. Kami segera bersiap. Saya menelefon Bahiyah dalam perjalanan ke kereta dan kami menangis bersama-sama. Di dalam kereta pula hingga ke hospital pun begitu itu. Saya tak boleh menahan diri dari menangis dan menangis. Ya, Allah. Adakah ini mimpi.

Perjalanan yang sunyi dan tanpa gangguan kenderaan di dinihari itu, kami segera sampai ke hospital lebih kurang jam 330 pagi. Sekitar jam 4 pagi, doktor mengumumkan : Kak Yong dah tak ada.

Luluh hati saya. Dia bukan sekadar anak saudara. Dia juga kawan. Umurnya 34 tahun dan tidak jauh bezanya berbanding anak saudara yang lain. Kami rapat sejak dia kecil. Zaman dia di Uitm pun kami selalu bersama.

Kami rapat sebagai ahli keluaga. Dia umpama adik di bawah Bahiyah kerana umurnya dan Bahiyah berbeza 2 tahun sahaja.

Dalam kesedihan itu, kami tahu, urusan Kak Yong perlu dipermudahkan. Ahli keluarga segera menyusun perjalanan Kak Yong bertemu penciptanya. Syukur, saya cuba membantu sedaya upaya.  Walau sebenarnya saya tidaklah sekuat mana tetapi saya perlu kuatkan diri. Mesti.
Mesti. Demi Kak Yong yang sangat saya kasihi.

Bersama-sama kakak dan abang ipar. Kak Yong akan segera dimandikan, dikafankan, dibawa ke masjid Manjalara dan kemudiannya dikebumikan di tanah perkuburan Segambut, di sisi neneknya yang terdahulu pergi.

Jika malam sebelumnya saya iring katil Kak Yong menaiki lif untuk dibawa ke ICU, subuh itu, saya sekali lagi iringi katilnya, kali ini Kak Yong sudah bergelar jenazah, turun ke bawah untuk dimandikan...

Betapa... betapa hati saya sangat sedih. Betapa, betapa, saya mengharapkan semuanya itu sekadar mimpi... betapa... betapa....

Hari pun berlalu.
Hari ini, hari ke 8, Kak Yong pergi. Saya masih hilang semangat. Perancangan program ziarah hospital Superfrends ke Hospital Ipoh pada 8hb yang lepas, kami teruskan juga kerana ia sudah dirancang lama dan sudah berjanji. Walau, di hati itu kesedihan belum reda dan menghantui.

Kesedihan ini, rindu ini, pasti tiada yang memahami. Mungkin ada yang menyangka, dia 'hanya anak saudara'. Bukan anak sendiri. Di dalam hati ini, Kak Yong lebih daripada itu. Saya sangat kehilangan.
Sangat kehilangan... :(

Sesungguhnya, setiap perancangan Allah itu pasti ada hikmahnya dan ia yang terbaik. Walau hati sebak dan pilu, saya reda, inilah ketentuan yang sudah tertulis buatnya. Kita terkejut, kita tak menyangka... Siapalah kita untuk mempertikai apa yang Allah rancangkan buat hambaNYA.

Iya. Segalanya umpama mimpi. Mimpi yang sebenarnya realiti.

Semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosa Kak Yong @ Puteri Ainun Nazirah Najmi dan meletakkan rohnya di sisi mereka yang beriman dan beramal saleh. Mohon juga sahabat-sahabat sekalian yang membaca tulisan saya ini, sedekahkan ayat suci buat arwah anak saudara itu.

Al fatihah.

Gambar: Arwah Kak Yong @ Puteri Ainun Nazirah Najmi,
berdiri, dua dari kiri.

 

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

 
<< Mula < Sblm 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Seterusnya > Tamat >>
Page 7 of 20

Novel Kusyi Hirdan Terkini

Tarikh Hari Ini

Hadis Hari Ini

Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: " Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik ialah orang tua Muslim, orang yang berilmu dan imam yang adil."

Statistik Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini42
mod_vvisit_counterSemalam364
mod_vvisit_counterMinggu ini738
mod_vvisit_counterMinggu lepas1440
mod_vvisit_counterBulan ini6110
mod_vvisit_counterBulan Lepas7882
mod_vvisit_counterKeseluruhan688556

We have: 11 guests online
Your IP: 54.166.136.90
 , 
Today: Jul 25, 2017

Masa Itu Emas..