Selamat Datang ke jendelaku Kusyi Hirdan
KATA KUSYI HIRDAN 11
Kusyi Hirdan 26 Julai 2017 PDF Cetak E-mail

KATA KUSYI HIRDAN

Sedih sang lilin...

 

Assalamualaikum

Sekadar cerita...

Walaupun saya sangat bersyukur kerana program Ramadhan Superfrends berlangsung dengan jayanya meski sekadar serba sederhananya namun sebenarnya, di dalam Ramadhan itu, saya sangat susah hati. Saya sedih...

Hati tu sangat risau.

Tapi... saya ni susah hati, jarang luahkan sangat kepada orang. Saya pendam dan feel sendiri. Kadang, bila terlampau memikirkan tu, saya menangis sendiri. Mengadu dengan Allah... menangis lagi.

Ada jugalah saya mengadu dengan Zul, sebab dia yang tahu segala-galanya yang saya hadapi. Tapi saya masih simpan dan tak luahkan. Saya terus berdoa dan berdoa berharap dapat selesaikan masalah saya sendiri. The reason saya tidak begitu meluahkan pada Zul adalah kerana saya tak mahu dia susah hati. Tak mahu susahkan dia. Kami ni terbalik. Kalau Zul, ada masalah dia akan luahkan pada saya walaupun tahu saya akan susah hati selepas itu. Terbalik kan hehehe.... selalunya orang perempuan yang buat gitu. :)

Pada keluarga dan beberapa sahabat pun saya beritahu juga, cuma mereka tak mungkin faham betapa susah hatinya saya.

Saya seboleh mungkin tak mahu menyusahkan orang. Maklum, hal peribadi kita orang mana mungkin akan faham. Mungkin sebab itu saya selalu cuba selesaikan masalah sendiri. Saya fikir sendiri-sendiri. Walau sebenarnya saya sedih juga bila orang selalu ingat saya macam tak ada masalah sendiri. Saya kena sentiasa faham keadaan dan kesusahan orang tetapi sangat jarang orang tahu, atau mahu ambil tahu, di waktu sama, saya juga ada kesusahan sendiri. :(

Bulan ramadhan itu, saya berdoa, supaya Allah beri jalan dan rezeki. Beri hati saya tabah dan sabar. Kerana ia melibatkan kerjaya saya. Banyak yang saya fikirkan. Tentang tanggungan antaranya. Saya mahu memberikan yang terbaik dan termampu pada permaisuri balu. Semoga Allah permudahkan.

Dalam kesibukan bersama Superfrends, banyak masa yang terluang saya habiskan dengan berfikir. Dalam perjalanan pulang, kami selalu travel jadi perjalanan adalah rutin yang biasa, dan waktu itulah saya banyak berdiam. Sesekali mengintai bintang di langit malam melalui tingkap kereta yang meluncur laju. Adakah rezeki saya lagi?

Saya berusaha kuat menahan sebak di dada.

Saya tahu, begitu banyak yang Allah kurniakan rezekiNYA kepada saya. Saya sepatutnya bersyukur dan menghadapi takdir dengan redha.

Namun, saya tetap mahu berusaha dan berdoa. Semoga Allah perkenankan doa saya. InsyaAllah.

 

Jumpa lagi.

 

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

.

.

 
Kata Kusyi Hirdan 9
Kusyi Hirdan PDF Cetak E-mail

KATA KUSYI HIRDAN

Berita duka

Assalamualaikum

Sekadar cerita...

Hari ini, 15 Jun 2017, sekitar lebih kurang jam 5 petang, Panglima Tentera Udara Jeneral Datuk Seri Affendi Buang dalam sidang media memaklumkan dua juruterbang Mejar Hasri Zahari, 31, dan Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39, terbunuh selepas terhempas di kawasan 51 kilometer dari pangkalan udara Tentera Udara Diraja Malaysia Kuantan.

Kedua-dua mayat juruterbang ditemui dalam keadaan memakai payung terjun ditemukan maut di kawasan hutan paya Chukai, Kemaman pada 2.30 petang tadi.

Pesawat telah berlepas dari Pangkalan Udara Kuantan pada jam 11 pagi dan terputus hubungan pada jam 11.30 pagi tadi.

Sejak awal lagi mendengar berita ini saya berdoa, kedua-dua juruterbang itu ditemui dalam keadaan selamat dan dapat menamatkan ibadah puasa masing-masing, berbuka puasa dan pulang ke sisi keluarga tercinta.

Namun, yang diumumkan adalah sebaliknya. Hati saya rasa sayu. Pasti keluarga kedua-duanya sangat terkejut dan bersedih. Kehilangan. Berduka.

Kedua-duanya menemui sang pencipta di bulan Ramadhan, bulan yang mulia. Sudah tertulis takdir buat mereka.

AL FATIHAH.

Jumpa lagi.

 

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

.

.

 

 
Kata Kusyi Hirdan 7
Kusyi Hirdan 07 Jun 2017 PDF Cetak E-mail

KATA KUSYI HIRDAN

Ramadhan kami di Sarawak....

Assalamualaikum

Sekadar cerita...

Saya dan Superfrends ke Sarawak tahun ini bagi mengadakan program Ramadhan kami di sana. Saya berada di sana dari 29hb Mei - 4 Jun 2017. Seminggu lamanya. Memang nampak macam lama kan. Tapi sebenarnya, kami bagaikan tak sedar masa tu berlalu terlalu cepat lantaran jadual yang sangat pack.

Dah sampai hari akhir nak balik ke Semenanjung, baru terasa. Eh, lama juga kami berpergian kali ini.

Alhamdulillah 8 perkara dapat dapat kami laksanakan walau dalam serba sederhana.

Terima kasih bagi yang menyumbang. Ada yang kita rancang sikit, Allah berikan lebih banyak lagi rezekiNya. Ada yang tiada dalam perancangan, tapi menjadi juga. Asnaf juga, dari 25, meningkat ke 40 orang. Semuanya rezeki mereka. Street Dakwah di awan biru pun kita dapat buat 3 pusingan. :)

Ini kunjungan amal pertama Superfrends ke Sarawak. Kunjungan memang dirancangan bertepatan bulan Ramadhan. Kami mula membuat ground survey pada Mac yang lalu. Dan tiba bulan Ramadhan, saya dan Cik Kham pergi dahulu diikuti grup volunteer kedua pada 1hb Jun.

29 Mei (Isnin) – Saya dan Cik Kham menaiki penerbangan jam 9.30 pagi. KL-Kuching. Sebaik sampai, kami berdua biarkan semua penumpang turun dahulu. Ini kerana kami mahu mengadakan 1) Street Dakwah Ramadhan yang pertama bersama petugas di awan biru. Seramai 12 orang, 6 penerbangan yang sama dengan kami dan 6 lagi penerbangan seterusnya ke Kuala Lumpur mendapat kuih raya daripada Superfrends. Seronok sangat kami kerana melihat cerianya wajah warga cabin crew waktu itu.

Selepas itu kami bertemu Hamdan, wakil kami di Sarawak untuk proses pengecaman asnaf di Samarahan. Sampailah ke lewat petang membuatkan kami berbuka hari pertama itu di Samarahan. Perancangan mahu melawat pasar Ramadhan hanya tinggal kenangan. :)

30hb Mei. Hati kami masih teringat pada asnaf Serian yang sepatutnya ikut serta. Maka kami mula melancarkan tabung barang dapur untuk 5 keluarga dan duit raya untuk sekitar 30 orang asnaf. Petangnya kami berjaya mengumpulnya dan terus ke Mydin membeli barang-barang. Melalui list yang ada kami ke Serian. Waktu ini kami mengalami dugaan kecil. Kereta yang disewa habis minyak tanpa kami sedari. Betul-betul di tengah jalan. Nasib baiklah ada yang menolong. Menolong menolak dan menolong membelikan minyak dengan motornya. Terima kasih ya dik.

Kami teruskan juga ke Serian walaupuan sudah lewat. Berbuka di pertengahan jalan, KFC je. Kami tiba di Serian melepasi maghrib...

2) Mula menjejak asnaf di Serian. Tiga keluarga dapat dikesan. Jauh juga kami menjejak. Ke kampung yang pendalaman. Melihat keadaan kehidupan mereka. Suasana percampuran agama dan sebagainya. Mereka kebanyakannya sedang menanti sambutan Gawai.

Kerana sudah lewat malam, kami mengambil keputusan menyambung ke esokan harinya.

31hb Mei. Kami menyambung menjejak asnaf. Kali ini dapat 4 keluarga lagi. Bermakna dari perancangan 5 keluarga, ia sudah bertambah kepada 7 keluarga. Alhamdulilah, mereka semua mendapat barang dapur dan duit raya bernilai RM50 seorang.

1hb Jun. Grup volunteer kedua pula tiba. Mereka juga mengadakan program Street Dakwah part II di awan biru. Kuih raya diagihkan sekali lagi kepada warga cabin crew seramai 6 orang.

 

3) Malamnya, kami mengadakan program moreh di Surau Darulamin, Semariang Jaya. Sebanyak 250 aiskrim diagihkan kepada jemaah. Juga agihan telekung sekitar 45 pasang. Seronok sangat masa ni. Walau waktu itu hujan lebat. Selepas habis terawih, kami pun menghabiskan stok aiskrim dan bersama-sama orang kampung bermoreh menjamu selera. Ada teh tarikkkk. :) Kami juga mengambil peluang bersilaturahim dengan orang kampung. Mereka nampaknya teruja dengan kehadiran orang Semenanjung ke surau mereka.

2hb Jun. Hari ini program ke 4) Street Dakwah Ramadhan agihan juadah berbuka sebanyak 300 set di jalanan Kuching, Sarawak. Kami memasak sendiri, mee goreng, dua jenis kuih, dan di dalamnya ada air kotak dan wafer. Memang sangat letih kerana volunteer hanya kami. Belum lagi mendapat pertolongan volunteer Sarawak. Mungkin kerana mereka tidak kenal kami jadi masih ragu-ragu untuk turut serta. Hamdan... Allah mengirimkan Hamdan yang begitu banyak membantu kami. Entah mengapa, anak muda ini begitu berani. Walaupun dia tak kenal kami, tapi dia membantu juga atas nama amal.

3hb Jun. Sabtu. Program ke 5) membeli baju raya bersama 40 asnaf Samarahan di Giant, Tabuan Jaya. 16 orang volunteer terlibat membantu. Sebelumnya volunteer kami jugalah yang mengambil asnaf menggunakan 5 kenderaan. Setiap asnaf mendapat RM150 untuk membeli baju raya. Mereka turut mendapat door gift daripada pihak Giant. Terima kasih Giant atas kerjasama yang diberikan.

6) Malamnya, berbuka puasa dan menginap di hotel boutique Lot 10. Kami menempah 16 bilik, 11 untuk asnaf dan 5 untuk volunteer. Majlis berbuka diadakan di dewan Pua Kumbu. Di dewan bersebelah iaitu dewan Tajau, kami jadikan tempat untuk solat jemaah maghrib, isyak dan terawih. Sebelum berbuka kami adakan tazkirah ringkas sebagai pengisian rohani. Agenda last minit ni, Hamdan yang cover.

7) Kesemua asnaf mendapat RM75 seorang duit raya (zakat) dan RM50 untuk yang bawah 10 tahun. Itulah yang kami kata tadi, kita merancang sedikit, tetapi Allah menambah lagi rezekiNya.

8) 4 hb June. Bersahur, solat jemaah subuh dan tazkirah bersama Asnaf. Asnaf check out sekitar jam 10 pagi dan kami menghantar kesemuanya pulang ke rumah masing-masing. Kami turun mengirim pada yang tidak jadi datang tu, barang dapur dan duit raya pada mereka 4 beranak.... Rezeki Allah tetap ada untuk mereka walaupun tak pergi.

Penat, memanglah. Penat ya amat. Selepas dua hari saya masih rasa terhoyong hayang kepenatan. Tapi, semuanya hilang dengan kegembiraan dan kepuasaan pada successnya program di Sarawak. Volunteer kami, Rosnizan, Naabihah, Mak saudara saya, Ku Yan, sepupu saya, Shahirah, ibu Seri, serta volunteer Sarawak Hamdan, Fatimah, Ida, Ramlah, Nisa, Nazabudin, Nasrudin, Muhaimin dan sahabat-sahabat Raja Azeda... Rohaida, Shahraini dan Sharifah Hamsiah.

Allah menurunkan mereka semua di saat kami amat memerlukan. Sarawak, insyaAllah, Superfrends akan berkunjung lagi dengan misi bantuan seterusnya. Kenangan manis ini tersemat di hati.

Jumpa lagi.

 

 

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

.

KUSYI HIRDAN ialah penulis/wartawan dan pengasas kumpulan amal Superfrends.

.

 
KATA KUSYI HIRDAN 8
Kusyi Hirdan 14 Jun 2017 PDF Cetak E-mail

KATA KUSYI HIRDAN

Street Dakwah Ramadhan Superfrends, Muar....

Assalamualaikum

Sekadar cerita...


Saya nak berkongsi gambar program 10hb Jun 2017, Sabtu yang lepas. Sebelum itu, terima kasih yang tak terhingga pada para penyumbang sekalian, terima kasih para volunteer yang membantu kami sepanjang program berlangsung.
Allah jua yg membalasnya.

Alhamdulillah, tanpa mengira bangsa dan agama, kita berjaya mengagihkan kuih raya dan nasi impit berjumlah 193 agihan (400 balang kuih raya, 200 nasi impit ke:


- Rumah Teduhan Zafrah (kakitangan dan penghuni)
- 3 balai polis
- 2 sekolah
- 1 pejabat pos
- dan kakitangan JKR
- Pemandu2 teksi
- Pemandu2 bas
Gambar bersama polis tidak disiarkan atas permintaan mereka.

Program ini sebenarnya yang ketiga untuk Street Dakwah Ramadhan Superfrends. Yang pertama ialah agihan kurma, gula dan kicap pra Ramadhan, kedua, agihan juadah berbuka di Kuching, Sarawak dan yang ketiga, program yang inilah. InsyaAllah, kalau ada rezeki, akan diadakan program ke empat, ya. Doakan kami...

 

 

 

 

 

 

 

Jumpa lagi.

 

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

NOTA: KUSYI HIRDAN ialah penulis/wartawan dan pengasas kumpulan amal Superfrends

 

 

.

 
Kata Kusyi Hirdan 6
Kusyi Hirdan 27 Mei 2017 PDF Cetak E-mail

KATA KUSYI HIRDAN

1 hari sebelum Ramadhan 2017


Maghrib tadi, saya dan Zul masih dalam perjalanan. Mengejar mana-mana masjid yang sempat. Ini suasana biasa bagi kami setiap Ramadan.

Dahulu, waktu tinggal di Serendah, kami berulang alik ke tempat kerja di Desa Pandan. Sampai rumah memang dah malam buta. Jadi, perancangan dibuat setiap hari, solat terawih di masjid yang kami jumpa dalam perjalanan. Dari satu masjid ke satu masjid setiap malam. Kami bawak bekal baju dan selalunya mandi sekali di masjid. Masjid Negara paling favourite. Oh, terkenang memori itu.

Dalam perjalanan pulang tadi, dari Melaka-KSB, nampak berduyun-duyun orang ke masjid. Bertelekung yang perempuannya, yang lelakinya berkain pelikat. Terawih yang pertama kan...

Suasana macam ini memang seronok dilihat. Semoga, kita semua terus istiqamah imarahkan masjid sehingga habis ramadhan hendaknya. Jangan nak ke hujung, terawih entah ke mana, masjid dah jadi kosong. Kita sibukkan hal raya pulak. Walhal, banyaknya pahala ramadhan yang Allah janjikan, kita selamba je tinggalkan. Sebab nak raya cepat-cepat.

Tahun ni kita target, nak habiskan rutin ke masjid sampai habis ramadhan dan bulan2 selepasnya. Bolehkah? Fighting Fighting (style orang Korea)

Ada masa, bawalah sekeluarga berbuka di masjid, jemaah sama-sama hingga ke terawih. Berilah memori itu pada anak-anak. Percayalah, mereka akan mengenangnya sampai ke tua. Ia pasti menjadi kenangan manis.

Pernah sekali kami ke masjid al Azim, Melaka, nampak sekeluarga ni sama-sama baca al Quran, emaknya guide anak-anak dalam suasana duduk berkumpul dalam bulatan kecil. Anak-anak dari umur remaja sampailah ke kanak-kanak 7 atau 8 tahun. Sama-sama baca al Quran sambil menunggu Isyak. Si emak memperbaiki bacaan anak-anaknya. Kita yang menengok ni rasa seronok sangat. Elok sangat mencontohi keluarga itu.

SALAM RAMADHAN dari saya. Mari kita sama-sama mendoakan yang baik-baik buat keluarga kita di bulan yang mulia ini. Juga buat sahabat kita dan semua orang yang kita sayangi mahu pun yang memusuhi kita. Doakan semuanya. Doakan semuanya dirahmati ALLAH.

Maaf zahir batin.

Jumpa lagi.

 

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

 

.

 
<< Mula < Sblm 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Seterusnya > Tamat >>
Page 3 of 22

Novel Kusyi Hirdan Terkini

Tarikh Hari Ini

Hadis Hari Ini

Dari Abu Hurairah r.a katanya: ”Apabila roh orang-orang mukmin keluar dari tubuhnya dua orang malaikat menyambutnya dan menaikkannya ke langit.” Kata Hammad : ”Kerana baunya harum seperti kasturi.” Kata penduduk langit, “Roh yang baik datang dari bumi. Sallallahu ‘alaika (semoga Allah melimpahkan kebahagiaan kepadamu) dan kepada tubuh tempat engkau bersemayam. ”Lalu roh itu dibawa ke hadapan Tuhannya Azza wa Jalla. Kemudian Allah berfirman: ”Bawalah dia ke Sidratul Muntaha dan biarkan di sana hingga hari kiamat.” Kata Abu Hurairah selanjutnya: ”Apabila roh orang-orang kafir keluar dari tubuhnya – kata Hammad, berbau busuk dan mendapat makian, maka berkata penduduk langit, ”Roh jahat datang dari bumi.” Lalu diperintahkan, bawalah dia ke penjara dan biarkan di sana hingga hari kiamat.”

Statistik Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini194
mod_vvisit_counterSemalam220
mod_vvisit_counterMinggu ini194
mod_vvisit_counterMinggu lepas2859
mod_vvisit_counterBulan ini10037
mod_vvisit_counterBulan Lepas9837
mod_vvisit_counterKeseluruhan710962

We have: 31 guests online
Your IP: 54.159.113.182
 , 
Today: Sep 24, 2017

Masa Itu Emas..