Selamat Datang ke jendelaku Kusyi Hirdan
Kata Kusyi 3
Kusyi Hirdan 11 April 2017 PDF Cetak E-mail

KATA KUSYI HIRDAN

25th Anniversary dan Permaisuri Balu

Sekadar cerita...

Assalamualaikum


Hari ini 11 April 2017, rupanya anniversary saya dan Zul yang ke 25 tahun. Cepatnya masa berlalu kan. Serasa baru semalam, Zul diakad nikah di Masjid Ubudiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar untuk menjadi suami saya. Kemudian dia balik ke rumah untuk sarungkan cincin acara batal air sembahyang. Ia berlaku 25 tahun lalu? Dalam 25 tahun ini kami melalui begitu banyak pahit manis berdua. Susah senang bersama.

Kami berdua sebenarnya terlupa walau saya amat looking forward pada jubli perak ini. Ya, saya sangat looking forward. Pernah saya tanya, setelah kita tak jadi pergi bercuti sekeluarga ke Lake Toba, tak jadi kerana Permaisuri jatuh dan hospitalised, ke mana pula kita nak pergi?

Belum ada perancangan baru pun dan kami ambil keputusan, tak mahu rancang2 lagi. Kalau ada rezeki, terus pergi.

Yang terjadi, sesuatu yang kita looking forward itulah kita lupa. Kan? Lupa kerana ada perkara2 lain memenuhi minda. Weekend lepas selepas kerja kami di Subang Jaya dan singgah2 beberapa tempat, kami terus bergerak ke Serendah. Nak tahu, kerana penat sangat kami terpaksa berhenti sekejap untuk tidur. Kami tahu kalau sampai di Serendah, alasan kepenatan tak boleh dipakai kerana keluarga saya yang sedang menjaga permaisuri balu (my mum) juga sangat penat. Siapa yang menjaga orang tua mesti tahu. Kakak2 dan abang saya menjaga permaisuri balu non stop around the clock. Jadi, kami mahu biar sampai nanti, baton bertugas dari abang boleh terus pass kepada kami. Jadi bila dah tidur sekejap tu, badan lega sikit. Bertenaga sikit.

Malam itu saya dan Zul bertugas. Dalam keluarga kami gelarkan 'shift'. Bermakna kami ambil shift malam. :)

Permaisuri balu memang sukar tidur dan dia memang mesti ada orang berdekatannya. Tangan anak2 mesti kena ada pada tubuhnya. Zul baring di kerusi malas, tangan pada badan permaisuri. Saya di bawah, baring atas tilam toto. Alhamdulillah, permaisuri tidur sampai ke pagi walau ada jugalah dia terjaga beberapa kali. Bila digosok2, dia lena kembali.

Esoknya, adik saya Bahiyah pula ambil giliran bersama suaminya. Gilir2 dengan abang2. Kami nak beri ketiga2 kakak yg lain rehat dari bertugas. Sebab bila tiba weekdays, mereka lagi yang akan tak over around the clock.

Bagi kami anak2 yang masih bekerja ini, hujung minggulah boleh datang. Dan kadang hujung minggu pun kami terikat dengan perkara lain. Begitu juga Zul. Kakak-kakak yang banyak berkorban. KuMatun, Kufuyah dan Miss J. Mereka semuanya warga emas. Kasihan pada mereka, kepenatan yang teramat, tetapi mereka tetap menjaga Permaisuri bagai menatang minyak yang penuh. Dugaan menjaga warga tua sangat besar, Allah sahaja yang tahu.

Kalau tak dapat hujung minggu, saya dan Zul cuba ambil hari2 lain. Apa saja yang boleh dan terdaya kami cuba. Tambahan pula kami tinggal di Melaka... Tetapi tentu tak sama dengan betapa besarnya pengorbanan kakak2 saya.

Jadi, inilah antara penyebab saya banyak terlupa hal2 lain. Tumpuan pun kadang-kala tak boleh fokus. Risau. Wedding anniversary pun lupa terus. Sesuatu yang sebenarnya saya excited menunggunya. Nasib baik ada yang mengingatkan di FB, tergelak sekejap kerana kami sendiri pun lupa.

Isnin semalam, Zul terikat dengan kerja2nya di KL. Kami sampai semula ke Melaka lewat petang. Kemas rumah, makan, siapkan beberapa kerja dan tidur. Sebabnya kami perlu bangun subuh untuk ke hospital Seremban. Kakak2 saya dari Serendah, juga bergerak ke sana dinihari. Miss J sempat update status, perjalanan mereka ditemani cahaya bulan di subuh hari. :)

Pada 28hb Mac 2017, Selasa, permaisuri balu operate tulang pinggulnya di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. Jadi 2 minggu selepas itu iaitu hari ini, jahitan lukanya perlu dibuka dan dicuci. Kami dari Melaka, risau juga tak terbangun pagi kerana kepenatan. Saya kunci jam 3 kali :). Permaisuri balu patah tulang pinggulnya kerana terjatuh dan operation yang dilalui ialah 'Cemented bipolar hemiarthroplasty of left femur (zimmer), itu yang tertulis dalam surat refrencenya.

Kami semua risau nak lalui hari ini. Risau permaisuri balu menangis kesakitan waktu proses itu. MasyaAllah, dia dilayan begitu baik sekali oleh semua orang yang kami temui. Para doktor, nurse, semuanyalah. Kebanyakan masih mengenalinya dan memanggilnya Wan :). Permaisuri balu memang popular sewaktu tinggal di ward kerana dia antara patient yang 'manja'. Bila berada di klinik otopodik dan wad otopodik, kita akan tahu betapa mulianya tugas para doktor dan warga kerja yang lain. Orang begitu ramai, (sangat ramai) kakitangan tidaklah seramai mana. Mereka berusaha melakukan yang terbaik. Bukan senang kerana mereka pun manusia biasa. Ada sekali, saya sangat perlukan pertolongan nurse ketika shift menjaga permaisuri balu tetapi tak sampai hati nak panggil mereka kerana nampak mereka sibuk sangat. Saya intai bilik rehat mereka, nampak ada yang baharu nak makan walaupun hari dah lewat. Tetapi terpaksa juga panggil...

Hari ini doktor memberitahu keadaan permaisuri balu sangat baik. Dia gerak2kan kaki, semuanya okey. "Mesti suruh dia jalan, bergerak," pesan doktor-doktor yang kami temui. Rasanya dalam 4 doktor yang datang melihat kes permaisuri balu tadi.

Kemudian tibalah masanya untuk jahitan dibuka. Zaman ini mana ada jahitan dah, tetapi stapler. Permaisuri balu seperti biasa sangat takut dan risau kami tinggalkannya seorang. Lalu adengan pujuk memujuk pun berlaku. Saya puji semua kakitangan hospital. Mereka sabar dan biarkan kami pujuk. Walaupun ramai lagi yang sedang menunggu giliran. Mereka pun sangat lembut dan mesra dengan permaisuri balu. Siap salam lagi. Oh...



Stapler permaisuri ditanggalkan dengan keadaan dia berpelukan dengan saya. Dia berbaring dan mengerang, dalam pelukan saya. Kerja yang dilakukan begitu cepat sekali. Dia mengaduh sakit sedikit tapi kami pujuk dan pujuk nak bagi dia lupakan kesakitan tu. Sebenarnya saya tahu ia sangat sakit. :(. Kesian sangat masa tu. Saya ajak dia berzikir. Saya beritahu, kejap je, kejap je. Lepas ini kaki Wan baiklah.

Zul siap kira jumlah stapler dan jururawat Rashidah tu kata sebelum ini dia sendiri pun tak pernah kira pun. Hari ini ada orang tukang kira. 17 semuanya.

Luka Permaisuri tampak sudah sembuh, kering dan sempurna baiknya. Kami turut menukarkan reference hospital ke Sungai Buloh supaya lebih dekat dan tak perlu ke Seremban lagi.



Permaisuri balu. Dia memang permaisuri kami. Ada yang tanya, kenapa saya gelar dia 'permaisuri balu'? Well, dia memang sejak dulu dilayan umpama permaisuri oleh anak-anaknya, cucu dan menantu. Balu? Sebab dia seorang balulah. Sebenarnya terma permaisuri balu ini saya dapat dari drama klasik cerita cina yang saya, Bahiyah dan Miss selalu tonton suatu masa dahulu.

Jumpa lagi.

 

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

.

 
KATA KUSYI HIRDAN 2
Kusyi Hirdan 21 Mac 2017 PDF Cetak E-mail

KATA KUSYI HIRDAN

Assalamualaikum

Kisah sebuah keinginan

Sekadar cerita...

Baharu ini saya teringin sangat pada suatu barang. Ia sebuah jam. Walaupun sejak tahun 2000 saya dah tak pakai jam. Lama kan? Sejak ada handphone, itulah jam saya.

Lalu saya beli juga jam itu kerana saya teringin sangat bila tengok gambarnya. Jauh di sudut hati rasa menyesal sangat kerana beli sesuatu yang entah bila saya akan pakai pun. Saya tahu saya tak akan pakai seperti mana beg. Beg memang selalu tukar tukar kan :)

Sesekali saya tengok jam tu. Pegang, belek, pakai di tangan... Tapi belum lagi saya pakai untuk ke mana-mana urusan. Saya terfikir, apakah perasaan sebenarnya yang saya dapat bila beli jam itu. Tak mahal mana pun. Bawah RM100.

Saya rasa seronok kot. Seronok memiliki.

Kadang, itulah yang menyeronokkan kita. Walau ia perkara kecil sahaja. Kita tahu ia hak kita. Kita yang punya.

Tentu ramai yang faham perasaan ini.

Inilah jamnya. CoolCoolCoolCool

Jumpa lagi.

 

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

 

 
Perkukuh Islam di Krabi
Kusyi Hirdan PDF Cetak E-mail

KATA KUSYI HIRDAN

Assalamualaikum

Sekadar cerita...

Saya dah Superfrends ke Krabi lagi!

Kali ini dengan misi yang sama juga. Menyambung dari yang lepas-lepas. Syukur padaMu ya Allah kerana 7 rencana program kecil dapat kami adakan di misi Perkukuh Islam di Krabi 20-22 febdar 2017.

Dengan rombongan 9 orang sukarelawan, kami cuba melakukan yg terbaik. Walau agak kekurangan tenaga muda, kami tetap teruskan juga. Alhamdulillah.

1. Menyerahkan a) lebih kurang RM6,000 utk membina surau/kuarters guru/bangunan belajar di anuban Wangthong. b) Sedekah rm20 kpd 21 org guru c) rm300 utk duit beli air minuman d) sumbangan beras utk sekolah rendah dan menengah
2. Program perbetul bacaan al fatihah dgn pelajar dan guru sekolah anuban Wangthong (rendah). Pagi dan petang.
3. Agihan aiskrim pulut kpd warga sekolah 350 unit
4. Program perbetul bacaan al fatihah dan tahiyat dgn guru dan org kampung di sekolah wittaya wangthong (menengah). Pagi.
5. Street dakwah di jalan raya, edaran 150 bag berisi peralatan solat seperti telekung, sejadah, kopiah, kain pelikat, tasbih, jubah lelaki, tudung pada warga kampung yg lalu lalang sambil menyebut, JGN LUPA SOLAT YA.
6. Edaran barang dapur kpd 20 rumah. Setiap satu berharga rm50.
7. Berkunjung ke rumah adik Ramadan, bertemu datuk dan neneknya bagi usaha awal membawa Ramadan belajar di Malaysia.

Terima kasih sahabat dan saudara yang sentiasa menyokong kami. Terima kasih para volunteers. Membantu dan berpenat lelah bersama kami. Berpanas terik. Kami tahu anda semua sangat penat.... Allah jua yg membalasnya.

Pada Rushdy Thaokloy dan keluarga, terima kasih kerana menerima kami.

Terima kasih para ibu bapa yg mengizinkan anak2 mereka berjihad kecil bersama Superfrends.

Jumpa lagi.

** Kusyi Hirdan ialah founder kumpulan amal Superfrends.

 

 

 
KATA KUSY HIRDAN 1
Kusyi Hirdan 04 Mac 2017 PDF Cetak E-mail

KATA KUSYI HIRDAN

 

LAGI 84 HARI lagi

MENJELANG RAMADHAN 2017


Sekadar cerita...

Assalamualaikum para pembaca blog saya yang dikasihi sekalian.

Saya harap semuanya khabar baik2 ya. Sihat dan ceria serta bahagia.

Hari ini Sabtu, 4 Mac 2017. Saya dan Zul baharu saya pulang dari Sarawak. Hampir 4 hari kami ke sana  untuk survey program ramadhan Superfrends. Ya, tahun ini, insyaAllah, lokasi yang kami pilih ialah SARAWAK. Specifiknya Kuching dan Serian.

Walaupun survey ini tidak sepi dari cabarannya tetapi alhamdulillah kami mendapat kerjasama yang baik dari pihak-pihak yang kami temui. Ada tu kami amat tersentuh dengan apa yang mereka mahu lakukan demi membantu kami.

Ada juga bersikap... yang membuatkan kami mahu menangis kerana sikap mereka. Yang nampak berat sangat membantu.

Tapi... itulah. Dalam setiap usaha, Allah membantu kami.

Program Ramadhan kami sebelum ini pernah berlangsung di Melaka, Kedah, KL, Perak, dan Johor. Kini tiba masanya kami menjenguk saudara kita di Sarawak pula.

Pada tarikh hari ini, kita ada lagi 84 hari menjelang ramadhan... Masa begitu cepat berlalu ya. Seperti biasa, persiapan untuk segala-galanya harus kami sediakan awal kerana ia melibatkan tajaan sumbangan.

Kami merancang beberapa program ramadan di sana seperti program moreh, street dakwah, beli baju raya dan berbuka puasa hingga ke sahur. Program ini sama sahaja seperti yang kami adakan saban tahun di semenanjung...

Doakan kami dapat mengumpul dana. War2kan program kami pada orang terdekat dan grup masing-masing. Sumbangan amat di alu-alukan.

Anda boleh memilih untuk menaja program mana. Berbukakah, baju rayakah, morehkah atau apa saja berkenaan ramadan.

BANTU YA.

Nota: dana turut digunakan untuk menampung para sukarelawan seperti food, lodging dan accomodation.

Jumpa lagi.

 

 

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

 

 
Ku jejak Korea
Kusyi Hirdan 07 Februari 2017 PDF Cetak E-mail

KATA KUSYI HIRDAN

Assalamualaikum

Sekadar cerita....

Waktu itu cuaca di Seoul, Korea sangat sejuk. Mungkin sekitar -5. Memang terasa membeku. Tompokan salji memutih merata-rata. Selalu Zul ke Nami Island menggunakan pengangkutan persiaran tetapi kali itu dia mahu mengajak saya mencuba subway train. Nak rasa adventure katanya. Saya ikut saja.

Dan kami sampai ke Yongsan Station.

Setelah membeli tiket, kami mahu masuk sahaja. Ada setengah jam lagi sebelum train tiba. Entah macam mana kami keliru pada laluan masuk.

Inilah ceritanya. Bagaimana orang Korea yang kami temui ini, bersungguh-sungguh menolong. Mereka ini menolong sampai merisaukan kita.

Asalnya sikit saja. Pada petugas tren kami tanya, nak masuk lorong mana. Dia jawap sesuatu dalam bahasa Korea dan sedikit English. Kami tak faham.
Kemudian datang seorang lelaki yang boleh english. Dia explain apa yang petugas itu mahu sampaikan.

Rupanya petugas itu hendak beritahu, jangan masuk dahulu sebab di dalam sana tu sangat sejuk, frozen cold. Dia nak suruh duk kat ateh dululah. Nanti lagi 15 minit baru turun.

MasyaAllah. Itu maksud dia? Dia risaukan kami akan kesejukan di luar sana.

Kami ucap terima kasih atas prihatinnya. So touched!

Si translator pulak nak terus membantu. Dia mengajak kami ke ruang menunggu. Risau juga hati tu. Baik sangat ni. Tetapi dia insist juga. Ajak juga. Dan kami menurut. Di bilik khas ruang menunggu yang ada heater, dia ambilkan kami kopi.

Namanya Steven, dia perkenalkan diri. Kami bersembang kecil. Nanti kalau ada masalah, jangan ragu-ragu minta pertolongan darinya, katanya. Kemudian, kalau datang ke Pulau Jeju, boleh tinggal di rumahnya, pelawanya lagi.

(Bila bercakap fasal Pulau Jeju, saya akan teringat Bahiyah dan Miss J. Mereka tahulah apa sinonimnya Pulau Jeju dengan drama Korea :) )

Selepas 10 minit Steven sendiri hantar kami sampai selamat duduk di dalam tren. Siap pesan pada penumpang lain, nanti bantu kami sampai dgn selamat.
Dan dia bye bye.

Penumpang yang dia mintak tolong itu pun, yang saya pasti mereka bukan saling mengenali pun, juga menjalankan amanahnya. Sampai di perhentian ke Nami, mereka datang ke tempat duduk kami untuk memberitahu. Dah sampai.

Mereka siapa? Steven ini siapa? Mereka dapat apa dengan menolong kami sebegitu rupa?
Kami lain bangsa, lain agama. Mereka menolong tanpa harapkan balasan.

Mereka contoh SUPERFRENDS. Menolong tanpa syarat balasan. Nak tolong, tolong je.

Steven ajak kami ke tempat menunggu yg khas. Kami dijamu kopi panas.

Siap bye bye lagi.

 


Saya menjejak Seoul 1-4Feb 2017.... Sekejap sangat, ikut Zul. Zul selepas balik ke Malaysia akan ke Korea sekali lagi. Begitulah kerjanya yang sering travel.

Ketika di sana, 2hb Feb, adalah tarikh anak saudara saya, Puteri Ainun Nazirah Najmi aka Kak Yong meninggal dunia setahun lalu. Sekejap saja masa berlalu walau terasa baharu semalam dia pergi.  Pergi selama-lamanya. Hati saya dirobek, sedih, sayu, rindu padanya. Begitulah takdir Allah. Mana bisa kita mengubahnya.
Kan.

Kemudian saya teringat juga Mariam Sahari. Mesti ada yg masih ingat rasanya. Bagamana Mariam ini, orang Johor, pada perang dunia telah jatuh cinta pada askar Korea dan mengikut lelaki itu pulang. Ia kisah cinta... Cuma tragiknya kerana keberanian wanita itu yang luar biasa.

Kisah yang sangat bertepatan dengan NASI LEMAK BUAH BIDARA, SAYANG SELASIH HAMBA LURUTKAN, TINGGAL EMAK TINGGAL SAUDARA KERANA KASIH HAMBA TURUTKAN.

Siapa pun tidak dapat meneka bagaimana perjalanan hidup Mariam. Dia kemudiannya dikesan oleh stesen tv KBS dan di bawa pulang ke Malaysia sekejap. Mariam melalui dua perkahwinan di Korea...

Mariam sudah pun meninggal dunia kerana sakit tua. Dalam kesejukan cuaca yg membeku, saya berharap dan berdoa moga dia mendapat pengakhir yang baik di sisi Allah. Semoga kita semua juga mendapat Husnul Khotimah, insyaAllah.

Allah jua yang mengetahui.

Jumpa lagi.

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

 

Sampai Nami Island.

.
.
 
<< Mula < Sblm 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Seterusnya > Tamat >>
Page 1 of 19

Novel Kusyi Hirdan Terkini

Tarikh Hari Ini

Hadis Hari Ini

Dari Abu Hurairah r.a katanya: ”Apabila roh orang-orang mukmin keluar dari tubuhnya dua orang malaikat menyambutnya dan menaikkannya ke langit.” Kata Hammad : ”Kerana baunya harum seperti kasturi.” Kata penduduk langit, “Roh yang baik datang dari bumi. Sallallahu ‘alaika (semoga Allah melimpahkan kebahagiaan kepadamu) dan kepada tubuh tempat engkau bersemayam. ”Lalu roh itu dibawa ke hadapan Tuhannya Azza wa Jalla. Kemudian Allah berfirman: ”Bawalah dia ke Sidratul Muntaha dan biarkan di sana hingga hari kiamat.” Kata Abu Hurairah selanjutnya: ”Apabila roh orang-orang kafir keluar dari tubuhnya – kata Hammad, berbau busuk dan mendapat makian, maka berkata penduduk langit, ”Roh jahat datang dari bumi.” Lalu diperintahkan, bawalah dia ke penjara dan biarkan di sana hingga hari kiamat.”

Statistik Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini127
mod_vvisit_counterSemalam1111
mod_vvisit_counterMinggu ini2208
mod_vvisit_counterMinggu lepas2392
mod_vvisit_counterBulan ini11434
mod_vvisit_counterBulan Lepas13321
mod_vvisit_counterKeseluruhan668264

We have: 4 guests online
Your IP: 54.162.125.164
 , 
Today: Apr 27, 2017

Masa Itu Emas..