Halaman UtamaCoverProdukKaunselingAgamaKata Kusyi

New Page 2 please!

Nak masuk AF5 ? Boleh ke ni?

 

 

 

        ARKIB LAGI...

Akhmar minta maaf, berbanyak maaf, maaf, maaf. Kita pun sudah menghampiri Ramadan, salah dan silap Akhmar kerana lama tak menulis, harap bos dan pihak jendelaku ampunkan Akhmar.

Akhmar ni bukan saja kena cover wedding of the year tetapi juga wedding of sanak saudara Akhmar sendiri. Jangan marah aaa... Akhmar pun orang biasa juga. Ada sanak saudara dan pentingkan sanak saudara. Bukan macam si Amran tu.

Amran tu Akhmar tengok macam orang sudah lupa diri pulak. Dia sibuk ke Kuala Lipis, bukan coverage pun tapi saja nak menyaksikan sejarah. Begitulah dia heboh-heboh dengan rakan seofis kami ni.

Undangan sanak saudara sendiri semuanya dia tolak tepi. Tak munasabah betul si Amran ni. Jenuh Akhmar geleng-geleng kepala, harapkan dia insaf tapi itulah, Amran tetap Amran.

Akhmar dan Amran sudah bertegur sapa. Amran tu nak bergaduh dengan Akhmar??? Malammmmmm sikit. Duit tak ada, Akhmar juga yang dicarinya. Walau RM10, duit juga tu tau.

Amran sekarang sudah ada misi dan visi baru. Misi untuk masuk AF5 katanya.

Amran ni memang tak handsome dan tak pandai serba serbi dalam bidang seni. Tetapi katanya, kekurangan itu bakal menjadikan dia fenomena. Entahlah...

Akhmar sebenarnya...kan... ish malu nak mengaku. Kalau menyanyi karoeke di rumah tu, kawan-kawan selalu kata ada iras-iras suara Liza Hanim. Memang meremang bulu roma kata mereka. Sumpah Akhmar tak bagi mereka duit barang sehelai pun.

Dari segi paras rupa pula, ramai yang kata mata sepet Akhmar ada ciri-ciri yang buat orang sedih dan kasihan. Kalau dah gitu memang sesuai Akhmar berentap dengan Amran dalam AF5 nanti.

So, bagi anda semua yang ingin menyokong Akhmar atau pun Amran, simpan duit raya banyak-banyak.

Tapi nanti kami buat-buat macam tak kenal dan biarkan orang gosip-gosip kami berdua. Haaa... baru happening.

 

Salam ramadan. Maafkan salah silap Akhmar ya. Jumpa lagi.